Commercial Break

Tuesday, September 18, 2018

Produk Kesihatan, Suplemen dan Ubatan Halal Yang Sentiasa Menjadi Pilihan


Melancong dan keluar bercuti memang sangat menyeronokkan, tambahan pula jika destinasi yang di tuju ialah luar negara. Paling syok kalau negara itu ialah negara empat musim si idaman hati.

Tapikan…ada tapinya…

Bayangkan kalau tiba-tiba badan rasa tak sedap lantas jatuh sakit semasa berada jauh beribu batu dari negara tercinta? Tak ke haru..

Nahhh…siapa kata percutian terutamanya percutian yang panjang tidak memerlukan persediaan yang rapi?

Bukan senang nak pastikan tubuh badan sentiasa cergas dan sihat semasa melancong ke luar negara, terutamanya negara-negara yang sedang mengalami musim sejuk kerana iklim negara tersebut sangat berlainan berbanding Malaysia. Badan pasti terkejut atas perubahan cuaca, suhu dan persekitaran.

Sudahlah tak biasa dengan perubahan persekitaran, waktu tidur pula harus di sesuaikan dengan negara yang berbeza time zone. Jetlag? Ohh tu sudah tentu.

Makan pun tak tentu masa kerana jadual yang kadang-kadang padat. Akibatnya badan kurang nutrisi, terus rasa macam tak cukup zat, penat dan tak larat.

Haaa..sebab itu harus ambik suplemen sewaktu travel.

Inilah vitamin wajib saya setiap kali travel.



Suka sangat dengan Proviton Multivits CoQ10 Plus ini sebab cukup bawa sebotol jenis ini, lengkap segala keperluan nutrisi yang di perlukan untuk tubuh. Bukan itu sahaja, bahan tambahan CoQ10 sememangnya adalah suplemen yang baik untuk penghasilan tenaga yang banyak lantas mengurangkan rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk.

Namun, ada satu sebab paling utama kenapa saya memilih Proviton Multivits CoQ10 Plus. Sebab ianya halal!

Rata-rata pengguna kini lebih memilih dan menyedari apa yang dimasukkan ke dalam tubuh mereka.

Kalau dulu, tak ramai yang sedar akan kewujudan sektor farmaseutikal halal . Namun, kebanyakan pengguna sekarang tak kira agama, bangsa dan latar belakang amat menitikberatkan pengambilan produk yang berkualiti tinggi, halal suci dan bersih dalam kehidupan seharian mereka.

Tambahan pula, pada November 2009 kajian oleh makmal Universiti Sains Malaysia's (USM) Pharmaceutical Science Studies Centre mendapati hampir 30% daripada 100 produk suplemen adalah tidak halal. Sangat mengejutkan!

Persoalannya, ada lambakan produk di pasaran. Macam mana nak tahu produk tu halal ke tak? Aisehh..takkan nak belek dan siasat satu-satu!

Sebenarnya mudah saja untuk pastikan produk tersebut halal atau tidak, iaitu dengan memilih produk yang hanya di keluarkan di bawah sektor farmaseutikal halal.

Saya pilih Proviton Multivits CoQ10 Plus kerana ianya merupakan keluaran syarikat CCM Duopharma Biotech Berhad (Duopharma).

CCM Duopharma merupakan syarikat farmaseutikal pertama yang menerima sijil Halal Malaysia untuk suplemen dan ubat preskripsi, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan piawaian farmaseutikal halal pertama dunia.

Di CCM Duopharma, pengeluaran produk farmaseutikal halal melalui piawaian yang ditetapkan bukan sahaja , oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi juga Malaysia Halal Certification JAKIM.

Inisiatif ini menjanjikan pengeluaran produk farmaseutikal yang selamat, bermutu tinggi dan bersih, seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup pengguna tidak kira latar belakang, muslim atau bukan muslim.


Bukan itu sahaja, CCM Duopharma juga menjanjikan produk yang semulajadi dan asli.

Syarikat ini sangat komited dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam sektor farmaseutikal halal dan juga memberi kesedaran kepada pengguna akan kepentingan memilih produk halal untuk kesejahteraan hidup mereka. Kini, semakin ramai pengguna yang sedar akan kebaikan produk halal. 



Salah satu usaha CCM Duopharma dalam memberi kesedaran kepada pengguna ialah melalui portal www.myh4p.com. Segala info atau persoalan dengan jawapan yang lengkap boleh di dapati di website ini.

Sebenarnya banyak lagi produk halal di bawah CCM Duopharma, antaranya ialah produk-produk yang terkenal dan semakin menjadi pilihan ramai pengguna seperti Uphamol 650, Eye Glo dan Champs.



Dan saya, pasti akan setia dengan produk-produk CCM Duopharma :-)


No comments:

Post a Comment