Commercial Break

Tuesday, March 29, 2016

Itinerari dan perancangan percutian ke Turki



Kali ini saya akan berkongsi tentang perancangan yang telah di buat untuk menjayakan percutian di Turki serta kos-kos terlibat. Percutian ini adalah percutian selama 13 hari.


PENGANGKUTAN / TRANSPORTATION

CAI-IST-CAI = RM 1,137 per pax

Perkara pertama yang perlu ada ialah tiket penerbangan ke Istanbul. Untuk yang pernah mengikuti entri percutian kali ini dari awal, pasti telah sedia maklum bahawa saya telah menggabungkan percutian Mesir dan Turki, iaitu di dahului dengan Mesir dahulu dan kemudian Turki. Setelah membandingkan beberapa airlines untuk ke Istanbul dari Cairo dan mengambil kira faktor transit, akhirnya kami memilih tiket return CAI-IST-CAI melalui Turkish Airlines kerana ia merupakan tiket yang PALING MURAH dan masa transit yang PALING SINGKAT

Untuk membandingkan harga tiket, kami ke website Sky Scanner, dan menempah secara online melalui credit card.

Pengalaman menaiki Turkish Airlines daripada Cairo ke Istanbul memuaskan hati.

Sila klik yang berikut untuk entri penuh mengenai pengalaman bersama Turkish Airlines. Pengalaman bersama Turkish Airlines


PENGANGKUTAN DALAM TURKI

JUMLAH KOS PENGANGKUTAN DI DALAM TURKI : RM 687 per pax

Di Istanbul, kami menggunakan sepenuhnya khidmat train kerana ia amatlah mudah dan menyenangkan.

Untuk ke satu daerah dari daerah yang lain yang berjarak jauh antara satu sama lain, kami banyak menggunakan long-distance bas.

Manakala untuk bergerak di dalam tempat-tempat seperti Cappadocia, Pamukkale, Bursa dan sebagainya kami menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam seperti Dolmus dan bas. Cuma sekali kami menggunakan perkhidmatan teksi daripada hotel di Uchisar, Cappadoccia untuk ke Love Valley disebabkan tiada pengangkutan awam yang masuk ke situ disamping membawa terus bagasi kami ke Stesen Bas Goreme.

Begitu juga kami terpaksa menggunakan teksi untuk ke Maryemena (Rumah Ibu Nabi Isa a.s) dan 7 Sleepers (Ashabul Kahfi) di Seljuk. Ini kerana tiada perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih murah lagi untuk ke tempat-tempat ini. Pemandu teksi tersebut memasukkan sekali pengangkutan ke Ephesus dalam perkhidmatannya.


PENGINAPAN / ACCOMODATION

JUMLAH KOS PENGINAPAN : RM 1027 per pax

Kesemua penginapan di Turki telah di tempah melalui Agoda :-

Cappodocia – Uchisar Cave Pension
Pamukkale – Hotel Pamukkale
Selcuk – Urkmez Hotel
Bursa – Hotel Efehan
Istanbul – Family Istanbul Hotel

Setiap hotel yang kami pilih untuk menginap adalah dalam kategori selesa, tetapi dengan harga yang 'resonable'.

Details dan review untuk setiap penginapan ada di catitkan di entri-entri yang lepas. Sila klik pada nama setiap hotel di atas untuk baca review selanjutnya.



TIKET MASUK / ENTRANCE FEES

JUMLAH KOS TIKET MASUK : RM 450 per pax

Untuk rujukan, saya telah masukkan harga tiket masuk setiap tempat  di setiap entri mengenai pengalaman kunjungan ke satu-satu tempat. Ada juga saya sertakan di dalam penyata kos di bawah. Banyak juga keindahan Turki kami nikmati secara percuma.



MAKANAN

JUMLAH KOS MAKANAN : RM 217 per pax

Kami memang makanan Turki semata-mata dan tidak lansung membawa makanan dari Malaysia. 

Sebahagian makanan yang portionnya besar, kami kongsi berdua. (sebenarnya banyak makanan yang di beli, portionnya adalah sangat besar).

Jadi, untuk mereka yang agak kuat makan, mungkin boleh tambah sedikit budget untuk makanan.



JUMLAH KESELURUHAN PER PAX


JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 3,520 setelah di campurkan jumlah tiket penerbangan (ex Cairo), perbelanjaan hotel, pengangkutan, entrance fees dan makanan.

JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 2383 sekiranya tidak termasuk tiket penerbangan.

Jumlah ini ialah untuk 13 hari di Turki. 

Jangan lupa untuk memperuntukkan sedikit bajet untuk lain-lain perbelanjaan seperti souvenir, simkad, toilet (toilet di Turki berbayar!) dan sebagainya.

Dan akhirnya, rumusan kos pelancongan ke Turki di atas dapat di simpulkan seperti di dalam rajah di bawah.




TL
(TOTAL) TL
RM (TOTAL)
RM (PER PAX)
TRANSPORTATION





Return Tiket Cai-Ist
TURKISH AIRLINES


2274
1137
Metro
8
16
Long Distance Bus Istanbul to Cappadocia
70
140
Istanbulkart
7
7
Top up Istanbulkart
20
20
Long Distance Bus Cappadocia-Pamukkale
50
100
Dolmus Goreme to Uchisar
2
4
Dolmus from Uchisar to Cavusin
3
6
Bus from Cavusin to Uchisar
3
6
Teksi ke Goreme
20
20
Teksi ke Love Valley
20
20
Domus ke Goreme
2
4
Dolmus pegi balik Avanos-Goreme
5
10
Bas Pamukkale - Selcuk
60
120
Dolmus pergi balik Denizle
7
14
Long Distance bus Selcuk-Bursa
55
110
Teksi (Maryemena, Ephesus & Seven Sleepers)
80
Bas Bursa-Istanbul
32
64
Bas Bursa-Ulu Camii
3
6
Teksi ke Teleferik
10
Teleferik
30
60
Istanbulkart
45
Bosphorus Cruise
12
24
Airport Transfer
15
30
TOTAL


916
1374
687






FOOD





Kebab
2
3
Bfast
10
10
Lunch
10
10
Dinner
25
25
Pisang
9
9
Aiskrim
5
10
Sac Tava
23
23
Aiskrim
4
4
Aiskrim Mcdonald
6
6
Bucuk & Peyner & Aiskrim
13
13
Breakfast Holiday Restaurant & Air
7
7
Makan Denizle
15
Air & Coklat
4
Sulu Yemekler
30
Lunch Selcuk
16
Dinner Iskandar Kebab + Shay
18
Air mineral + Chocolate
3
Donerli Pide
18
Kunefe
6
Lunch Sucuklu Menemen
8
Chicken Soup
4
Doner
10
Konefe
8
Syai
2
Lentil Soup
4
Ayvalik Tostu
7
Pizza
18
TOTAL


290
434  
217






ACCOMODATION





Uchisar Pension
646
Hotel Pamukkale
75
97
Urkmez Hotel
120
167
Hotel Efehan
170
213
Family Istanbul Hotel
700
933
TOTAL


1,065
2056
1028
ENTRANCE FEES





Goreme Open Air Museum
20
40
Green Tour (Panorama Goreme,Selime Cathederal,Ihlara Valley & Dernkiyu Underground City)
100
200
Cavusin Church
8
16
Tour Pamukkale
60
120
Maryemena / Virgin Mary
20
40
Ephesus
30
60
Muzium Selcuk
10
20
Topkapi
23
45
Panorama
10
20
Dolmabache
20
40
TOTAL


601
902
451
GRAND TOTAL



TOTAL (RM)
PER PAX (RM)
Flight Ticket
2274
Transportation, Entrance Fee, Accomodation
4331
Food
442




7047
3524




CADANGAN ITINERARI



Berikut ialah cadangan itinerari Turki:
Day
Remarks
Note
1
Depart from Cairo at 9.55 via Turkish Airlines
Landing - Istanbul at 12.05


go to Istanbul Otogar (Aksaray) by Metro from the airport (Beli Metro token siap-siap from a Jetonmatik machine at the Havalimanı (Airport) Metro station )stop at the Otogar station -10th stop)


Beli tiket Istanbul-Cappadocia (Metro Turizm).

Blue Mosque
Naik train semula dan utk ke Masjid Biru dan explore Sultanahmet.

Sultanahmet
Ke Otogar semula menjelang petang.

ISTANBUL  - CAPPADOCIA
bertolak malam hari (bas pukul 9.15 malam)
2
Goreme
Goreme Open Air Museum (open everyday 8.30 am - 7 pm)

Uchisar
Check in Uchisar Cave Pension


Visit Uchisar Castle
3
Join Green Tour
Panorama Goreme


Selima Cathederal


Ihlara Valley


Derinkiyu Undergroud City
4
Pigeon Valley
Walking Distance

Cavusin
Take bus to Cavusin (Cavusin Church, Pasabag Valley, Cavusin Castle)
5
Check Out Hotel
Love Valley of Cappadocia


Avanos

CAPPADOCIA - PAMUKKALE
bertolak malam hari (bas pukul 8.00 malam)
6
Arrived at Pamukkale
Check in HOTEL PAMUKKALE

TOUR PAMUKKALE
Karahayit


Hierapolis


Cotton Castle

DENIZLE
Round town

PAMUKKALE -SELCUK

7
SELCUK
Check in URKMEZ HOTEL


Maryemena (8 km from Selcuk Otogar)


Seven Sleepers


Ephesus The Ruin City


Ephesus Muzium


Aquaduct


Basilicia St John


Isabey Camii


Istana Selcuk

SELCUK-BURSA

8
check out hotel
Bertolak from Selcuk to Bursa.  (by bus)

BURSA
check in EFEHAN HOTEL


Yesil Camii (Green Mosque)


Yesil Turbe (Green Tomb)

Malam
Tarian Sufi Percuma di Kabatas I Veli
9
Uludag
Naik cable car, main salji di Uludag.

Check Out Hotel Bursa


Continue to Bursa City Centre
Koza Han


Ulu Camii


Bursa City Museum

 BURSA to ISTANBUL
Bus

ISTANBUL
check in Family Istanbul Hotel
10
Galata, Eminonu
Galata Tower


Galata Bridge


Historical Tunnel


Taksim Square


Istiklal


Eminonu


Muzium Bank Turki


Bosphorus Cruise
11
Sultanahmet
Topkapi Palace


Basilicia Sistern


Grand Bazaar
12
Besiktas
Dolmabahce

Sultanahmet
Little Hagia Sophia

Other attractions:
Suleymaniye Masjiq, Beyazit Masjid, Miniatturk
13
Topkapi
Panorama 1453, taman & tembok kubu sebelah Panorama.

Haseki
Singgah beli coklat, makan2.


Check out hotel

Airport
Welcome home


Di harap entri kali ini banyak membantu anda yang mahu merancang sendiri percutian ke Turki.