Sudah ramai di antara kita yang tahu akan fadilat ayat seribu dinar dalam usaha berdoa kepada Allah agar Yang Maha Pemurah kurniakan dan murahkan rezeki kepada kita. Tetapi ramai yang tidak tahu akan kepentingan doa selawat Tafrijiyah ini. Selawat ini fadilatnya amat besar, ia bukan sahaja murahkan rezeki, InsyaAllah, tetapi sekiranya kerap di amalkan, InsyaAllah akan sentiasa di tunjukkan jalan keluar untuk menghadapi masalah dalam hidup serta dimudahkan segala urusan. Amalkan 100 kali sehari pada bila-bila masa dan 11 kali selepas solat Fardhu. Mari ramai-ramai hafal selawat ini dan kemudian amalkannya :-).
Commercial Break
Thursday, September 26, 2013
Sunday, September 22, 2013
Amalan supaya anak tidak degil
This sharing is for myself, for my family members, my circle of friends and of course for my silent readers. Somebody has shared it with me, and you also can share it with others. TQ!!
AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL (sesuai juga utk org yg rapat dgn kita spt isteri @ suami)
1. Semasa
anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai
terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya
(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah
conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke
langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari
diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah
surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan
putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh
janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara
yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang
ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu
melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah
orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan.
Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan
nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.
Pernah
di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya
kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya
didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan
ini aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum
dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit
(bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala
isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari
kandungan lagi.
Friday, September 6, 2013
Mahram bagi bakal haji wanita dibawah umur 45 tahun
Lately banyak terdengar akan keraguan
kawan-kawan dan saudara-mara terutamanya wanita yang berumur di bawah 45 tahun. Mereka mahu pergi haji tetapi masih muda. Bolehke pergi sendiri, tanpa mahram?
Jawapannya adalah jelas. TIDAK BOLEH.
Bermula musim haji 1434 H ini, kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mewajibkan mahram lelaki bagi setiap bakal haji wanita berumur bawah 45 tahun. Peraturannya jelas. Bakal haji wanita yang berumur 45 tahun ke bawah hendaklah
pergi bersama mahram lelaki. Tidak boleh tidak.
Untuk musim 1434 H ini, bakal haji yang terlibat akan dimaklumkan melalui
surat makluman dan panggilan telefon oleh Tabung Haji bagi tujuan meminta mereka
untuk mencari mahram lelaki yang menepati hukum syara' bagi membolehkan mereka
(bakal haji wanita) tersebut dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini
bersama mahram lelaki yang dikemukakan dan tertakluk juga kepada kekosongan
kuota.
Sekiranya bakal haji wanita yang terlibat tidak
mengemukakan mahram lelaki sehingga pada 12 September 2013 ini, maka secara
automatiknya pemergian hajinya akan dibawa ke tahun hadapan iaitu pada tahun
1435H/2014M dan pemergiannya pada tahun 1435H itu juga tertakluk kepada syarat
mahram lelaki yang akan dikemukakan kelak.
Jadi, pastikan anda mengenal pasti mahram yang akan pergi bersama, cuba sedaya upaya agar peluang ini tidak sia-sia.
Selamat berjaya dan selamat menunaikan haji kepada yang berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)