5 Disember 2011
Udara Malaysia di hirup
sedalamnya. Sepuasnya. Malaysia yang ku cintai. Dalam cinta, hati sudah mulai di pagut
kerinduan pada Tanah Suci. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuhi
hidup baru dan kau teguhkanlah iman ku. Kau
tabahkanlah hati yang di gigit kerinduan ini.
Kami berdua melangkah menuju ke
balai ketibaan. Kami antara yang lewat, jadi jejak-jejak manusia sudah mulai
tidak ramai. Mudah sahaja wajah-wajah
yang amat di kenali dari keluarga tercinta di kesan di celah keramaian sedang
tersenyum lebar ke arah kami, menunggu. Mata segera cuba mengesan Afiq, Irfan
dan Rania di antara mereka. Tidak sampai sesaat Afiq segera keluar berlari
menuju kearah kami, memeluk erat. Ada air di matanya, bergenang.
Barangkali kerinduan selama lebih kurang 45 hari berpisah terhambur jua.
Kami bertiga melangkah seiringan
menuju kearah keluarga yang sedang menanti. Irfan merenung, mungkin seakan cuba
mengingat. Tetapi dia tidak cuba mendekati kami. Kami memeluk dan mencium Irfan
tetapi dia hanya tersengih-sengih, malah agak menjauh. Mengenali Irfan, kami faham sikapnya.
Akhirnya Rania, yang sedang di
dukung. Satu-satunya anak perempuan yang paling di rindui. Anak yang terpaksa saya ceraikan
susu demi menunaikan Fardhu Haji ini. Yang belumpun berumur 2 tahun. Saya
menghulurkan tangan, mata besarnya membulat, merenung dalam wajah saya. Malah matanya membelek wajah saya. Tangan yang saya hulurkan tidak di tolak oleh si comel, malah dia segera menghulurkan tangannya kembali. Saya bersyukur.
Dan malam itu sehingga besoknya, Rania tidak berenggang dari saya, malah akan menangis apabila saya menghilangkan diri hatta ke tandas sekalipun!!
Nota: Bagi mereka yang belum lagi membaca cerita penuh perjalanan Haji, sila rujuk entri pertama di sini http://www.ijaie.blogspot.com/2011/10/before-our-journey-to-hajj.html
No comments:
Post a Comment