Commercial Break

Tuesday, March 30, 2021

Legendary Orchid Perfume

Sedar tak sedar, tak lama lagi puasa, lepas tu raya. Tetiba terfikir eh dah lama tak beli perfume baru! Rasa macam nak tambah koleksi baru.  Harum semerbak berhari raya bersama bauan yang baru. 


Legendary Orchid Perfume Eau De Parfum oleh Legendary Malaysia. Wow brand apa tu? Pertama kali dengar, tapi namanya yang unik membuatkan hati lebih tertanya-tanya dan ingin merasa. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu perfume ni boleh di dapati di tempat yang bukan calang-calang. Mall-mall besar, malah di airport. Kelass bukan.



Mempesonakan. Sangat wangi. Itu perkataan pertama yang terlintas di hati sejurus selepas semburan pertama Legendary Orchid Perfume. Tak sangka bunga orkid baunya sangat harum. Semerbak satu rumah walau yang pakai tu sorang je haha.






Katanya wangian orkid memaparkan cinta, kecantikan dan kekuatan. Benar sekali! Malahan lebih daripada itu, perasaan terbuai.. tenang dan relaks.

Kalau ada yang tertanya-tanya bagaimanakah bauan wangian orchid? Cubalah dulu perfume ini.




Perfume ini terdapat dalam 2 volume iaitu 30ml atau 50ml. I try yang botol 30ml. Alahai rekaannya bukan sahaja unik, ekslusif keemasan malahan ringan dan comel, mudah di bawa ke mana-mana, masuk je dalam handbag. Mudahlah sis nak sembur kalau agak-agak nak lebih wangi harum semerbak bila kat luar sana haha.




Sebenarnya perfume ini untuk lelaki dan perempuan, dua-dua boleh pakai. Tapi personally I rasa bau dia lebih sesuai untuk wanita kerana wangiannya agak feminine. Rekaannya yang wow menyebabkan ianya juga boleh di pilih sebagai hadiah yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang istimewa.

Tak sangka betul perfume buatan Malaysia pun setanding dengan luar negara.



Mesti ada yang tertanya-tanya, kat mana nak dapatkan Legendary kan? Silalah ke lokasi berkenaan yang berdekatan anda:



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Legendary, bolehlah jenguk-jenguk :


Sunday, January 24, 2021

Aishitoto Marine Collagen Jelly Ceramide Plus Acai Flavor dan Gokayama Soya Extract Cleanser Review

Dah lama gak usha-usha produk kolagen.

So memang pastilah teruja apabila diberi peluang oleh AEON Wellness untuk merasai sendiri khasiat Aishitoto Uruoi Sengen Ceramide Plus ataupun di kenali juga sebagai Aishitoto Marine Collagen Jelly Acai.

Mereka yang arif mengenai kecantikan pasti sedar betapa banyaknya khasiat kolagen pada kulit dan tubuh badan. Namun begitu, lambakan produk kolagen di luar sana pasti menyukarkan kita untuk membuat pilihan yang tepat agar produk pilihan mampu memaksimakan kesan terbaik. 

Selepas menggunakan produk ini hampir dua minggu dan merasai sendiri kesannya, tidak hairanlah mengapa Aishitoto Collagen Jelly merupakan produk kolagen jelly No 1 terlaris di Jepun selama 10 tahun berturut-turut. Memang BEST! 





Produk ini bukan calang-calang tau. Produk ini laku keras kerana ianya: 

  • memenangi Monde Selection International Quality Gold Medal & International High Quality Trophy 
  • tiada artificial sweetener 
  • zero fat 
  • 0.9 kcal per sachet 
  • tiada rasa ikan 
  • mengandungi jus acai beri 
  • 30,000mg Marine Collagen per box 
  • fully imported daripada Jepun 
  • telah di jual sebanyak 10 million sachets 


                       
                                

Aishitoto Marine Collagen Jelly Ceramide Plus Acai Flavor diperkaya dengan bahan-bahan yang memberikan khasiat terbaik untuk kulit dan organ iaitu Collagen Peptide, Konjac derived Ceramide (Glucosylceramide), Grape Juice, Apple Juice dan Acai Extract/Citric Acid

Kolagen memang terkenal khasiatnya dalam menghalang penuaan manakala ceramide pula membantu memerangi masalah kulit seteruk eczema! 

Gabungan kesemua bahan ini membantu memperbaiki struktur kulit, menambah perlindungan pada kulit, memastikan kulit kekal lembap dan muda serta terlindung daripada pencemaran bakteria dan persekitaran. Sememangnya produk ini membantu tubuh anda menewaskan tanda-tanda penuaan.


              

  



Ringkasnya kalau korang nak kulit kekal sihat menawan serta tubuh yang sihat, cubalah Aishitoto Marine Collagen Jelly! 

Haaa lagi satu, untuk ekstra cantik, korang boleh cuba pencuci muka Gokayama Soya Extract Cleanser ini. 

         

        

Serius best pencuci ni sebab selepas menggunakannya pada wajah:

  • kulit terasa lembut, bersih disamping tidak mengeringkan kulit wajah. 
  • Di formulasi dengan Isoflavones-Rich soy lantas membantu memperbaiki tona wajah agar sekata serta menghaluskan kulit untuk kelihatan lebih sihat. 
  • mampu menghilangkan kesan mekap dan kulit mati.
  • melembap dan mencerahkan kulit
  • mampu menghilangkan garisan penuaan
  • menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit wajah

Yang menariknya, pencuci ini : 

  • Hot selling di Jepun 
  • Diperkayakan dengan soya sebenar
  • Mengandungi hyaluronic acid 
  • Tiada pewangi 
  • Tiada paraben 
  • Fully imported daripada Jepun 
Korang boleh dapatkan produk-produk di atas daripada semua store AEON Wellness. Korang pun tau kan AEON Wellness ni dah lama bertapak di Malaysia. Produk yang di jual di sini pun memang bagus-bagus, so tak rugi kalau nak cuba.

 

Kunjungilah Aeon berdekatan untuk dapatkan produk-produk ini! Ataupun sila layari dan follow media sosial Aeon Wellness seperti yang tertera di bawah:

AEON Wellness Facebook @aeonwellnessmy : https://www.facebook.com/aeonwellnessmy/

AEON Wellness Instagram @aeonwellnessmy : https://www.instagram.com/aeonwellnessmy/


Selamat mencuba dan sehingga ketemu lagi!

Tuesday, October 27, 2020

Menang Hadiah Utama Peraduan Nestle Oktober 2020 melalui PG Mall

Online shopping kini merupakan satu trend kerana semakin hari semakin ramai pembeli lebih suka membeli secara online berbanding pergi ke kedai untuk mendapatkan sesuatu barangan.

Membeli secara online bukan sahaja lebih mudah, malah banyak juga barangan yang di jual lebih murah berbanding dari kebiasaan. Belum lagi termasuk diskaun dan promosi hebat yang ditawarkan. Harganya berganda-ganda lebih murah jadinya.

Alang-alang sedang giat dengan aktiviti online shopping sana-sini, apakata korang join sekali contest oleh Nestle melalui PG Mall ini.

Tak sah tau kalau korang tak kenal dan tak pernah bershopping di PG Mall tau.

Haa..kalau nak tahu, PG Mall ialah satu-satunya platfrom perniagaan online tempatan di Malaysia. Ianya sudah wujud sejak tahun 2017 dan menurut laporan yang di keluarkan oleh Iprice Insight, ianya berada dalam ranking top 3 laman yang paling kerap di kunjungi di Malaysia!


Cara nak mendaftar di PG Mall juga sangat mudah.


Bagaimana caranya?


1)Langkah pertama :

Klik link ini untuk daftar menjadi ahli PG Mall secara percuma DAFTAR PERCUMA 


2)Langkah kedua:

Klik kat ikon login/sign up di tepi sekali seperti di bawah


3) Langkah ke tiga

Klik sign up dah penuhkan butir-butir anda dalam ruangan seperti di dalam gambar di bawah



  4) Langkah ke empat

Tunggu sahaja email daripada PG Mall yang besertakan referral link.


Selepas itu korang boleh terus browse-browse katalog dan bershopping di PG Mall!

Di antara barangan yang popular di PG Mall sudah tentulah produk NESTLE.

Nestle memangla bukan calang-calang brand. Kebanyakan dari kita  pasti gemar dengan barangan dari Nestle. Memang tak sah tau kalau tak beli barangan Nestle dalam sebulan.

Jadi, sebagai pengguna produk Nestle, jangan lepaskan peluang ini tau sebab sekarang Nestle melalui PG Mall sedang mengadakan contest yang dinamakan Top Spender Contest.

 


Untuk bulan October ini, peraduan Nestle melalui PG Mall ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu mingguan dan bulanan:

1)Mingguan: Pemenang mingguan seramai tiga orang akan menerima baucer sebanyak RM80 setiap seorang.

2)Bulanan : Pemenang bulanan seramai dua orang pula akan menerima baucer sebanyak RM150 setiap seorang.

Syarat pertandingan pun sangat mudah. Cepatlah join, mana tahu ada rezeki.

Korang boleh terus klik di sini jika ingin melihat barangan Nestle di PG Mall https://pgmall.my/Nestl%C3%A9-Online-Store-1

Antara produk Nestle yang boleh di dapati di PG Mall ialah Milo. Banyak promosi hebat yang ditawarkan tau kalau korang beli Milo melalui PG Mall.

 






Jadi cepat-cepat grab peluang untuk turut serta dalam peraduan Nestle ini dan ambil kesempatan ini untuk menjadi Top Spender October Nestle dan seterusnya berpeluang memenangi hadiah daripada Nestle.  Belanja sekarang sehingga 31 Oktober tau. Nanti dah menang baucer boleh gunakan baucer tu belanja produk Nestle lagi dan lagi!

Boleh follow media sosial PG Mall untuk sentiasa keep updated dengan promosi terkini :


Website: www.pgmall.my
Facebook: PGMallOfficial , https://www.facebook.com/PGMallofficial/
Instagram: PGMall.my , https://www.instagram.com/pgmall.my/
Telegram Rasmi: https://t.me/pgmallofficial001