Commercial Break

Thursday, July 25, 2013

Tips Kebahagiaan Anak

Salam Ramadhan untuk semua..


Lebih dari seminggu juga saya tak update blog heavenku ini kerana sempena berpuasa ni saya sengaja  slow downkan rentak saya, salah satunya termasuklah memperlahankan rentak blog ini, walaupun dalam kepala banyak benda mencurah-curah mahu di abadikan melalui keybord komputer. Ini kerana sempena waktu baik bulan baik ni saya nak cuba ambik banyak masa untuk muhasabah diri, tenangkan diri, tidak kelam kabut, tidak terlalu asyik mengejar kejayaan keduniaan walaupun saya mahu, kerana bak kata Prof Muhaya "Ramai manusia di dunia ini menggunakan umurnya dari 20 tahun sehingga ke 40 tahun untuk mencari harta dan menggunakan 40 tahun ke atas umurnya menggunakan hartanya untuk mengubati dirinya." 

Saya bukan seorang yang sudah lama mengkagumi Prof Muhaya kerana saya mengenali kata-katanya adalah melalui siri Celik Hati, baru-baru ini sahaja. Namun, dalam masa yang singkat itu banyak kata-kata Prof Muhaya yang menarik hati saya. 

Paling saya suka ialah Prof Muhaya sering menekan bahawa orang-orang yang paling sihat, ceria, bahagia dan gembira serta macam-macam lagi kebahagiaan diperolehinya ialah orang yang berfikiran positif. Sebenarnya saya dah lama tahu mengenai teori ini terutama daripada suami sendiri yang selalu mengajar saya berfikiran positif. Tetapi, bila Prof Muhaya, seorang doktor bertahun-tahun yang merawat pelbagai pesakit, menyatakan bahawa biasanya orang yang sakit itu adalah mereka yang berfikiran negatif dan keladak(favourite words of Prof Muhaya), makinlah teori itu menjadi kepercayaan. 

Alhamdulillah nak di jadikan cerita seseorang berkongsi tips untuk kebahagiaan dan kecemerlangan anak-anak ini by Prof Muhaya, dan di bawah ni saya berkongsi juga dengan para pembaca setia semua.

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

@drmuhaya (siap ada signature Prof lagi..)

Ok, jumpa lagi di lain waktu. Mari kita gunakan masa Ramadhan yang tinggal sedikit sahaja lagi ini untuk memperbaiki diri dan amalan..


No comments:

Post a Comment