Commercial Break

Wednesday, May 24, 2017

Tips shopping di Bandung

Hari ini saya tidak mahu bercerita mengenai shopping di Paris Van Java. 
Tidak juga di Rumah Mode. 
Bukan juga di Heritage Factory Outlet.
Apatah lagi di  Cihampelas.

Saya mahu berkongsi mengenai tempat shopping yang paling mencabar tetapi paling popular di Bandung, iaitu Pasar Baru. 
Pasar Baru itu ada 12 tingkat dan luas. Kalau tak biasa memang boleh sesat dan buang masa.
Pencopet tahap proffesional? Di sinilah tempatnya.
Penjual-penjual tepian yang sentiasa mengendeng dan merayu agar kita membeli barang daripadanya? Banyak ada di sini.

Hari ketiga di Bandung. Hari yang telah di atur khas untuk ke Pasar Baru.
Kami tiba ketika kedai-kedai sedang di buka dan pulang sejurus kedai-kedai sedang di tutup.
Bilang supir " Aku fikir kamu mahu tidur di sini" 😂😂😂 
Begitulah penangan aura Pasar Baru.

Oleh kerana mencabarnya untuk shopping di Pasar Baru, maka supir kami telah mengupah seorang 'Bodyguard' khas untuk menjaga kami khas semata-mata untuk bershopping di Pasar Baru.


Inilah bodyguard kami sepanjang di Pasar Baru. Asep namanya.

Badannya tinggi dan tegap. Ada subang di sebelah telinga kiri. Ada sedikit parut di pipi ala-ala gangsta movie Hong Kong.

Sekali pandang memang macam gangsta.
Pertama kali jumpa ada rasa seram. Sekali bila keluar sahaja ayat pertama dari mulutnya yang di utarakan dengan lemah lembut dan disulami dengan sengih2 kerang, terus hilang rasa seram kitorang.

Cara dia jaga kitorang memang tip top. Sampaikan sebelum nak gi toilet dia mintak kebenaran dulu. Memang mcm Mem Besar ðŸ˜‚

Semua hasil shopping, pass je kat dia. Beli, pass. Beli, pass. Semua barang dia yang tolong bawakan.

Dia ni macam along kawasan. Semua orang dia kenal di Pasar Baru dan setiap ceruk di hafalnya. Semua orang tak berani kacau kitorang tapi orangnya yang sebenar adalah baik dan sopan. 
Bilang aja mahu ke mana. Dia pasti akan rekemen kedai yang paling bagus. 

Macam kami sememangnya ada siapkan list barang berserta nama-nama kedai yang mahu di tuju sendiri semasa dari Malaysia lagi. Tunjuk je kat dia...terus dia bawakan. Jadi tak buang masa di situ.

Duit, handbag atau apa saja barang-barang berharga, sila pastikan jaga dengan baik, kerana  Pasar Baru terkenal dengan pencopet proffesional. Pastikan sentiasa pegang di bahagian hadapan badan ya. Senantiasa alert dengan keadaan sekeliling terutama jika ada yang menghimpit atau mendekat.

Oh ya, ni antara senarai kedai kain yang pasti kainnya berkualiti :

1) Ban dung
2)D'Fashion
3)Chand Moda
4)Toko Kain Vogue
5)Sona Texile

Jangan beli sebarang, sebab kemungkinan kualiti kainnya tidak bagus.

Haa..itu baru bab kain. Pasar Baru itu bukan hanya ada kain sahaja. Banyak lagi barang yang di jual di sini. Kalau nak beli apa yang terlintas di fikiran, tanya aja pada yang pakar. Tanya supir yang di upah, siapa yang akan menemani semasa shopping di Pasar Baru nanti.

Kalau dah sehari di Pasar Baru, mestilah nak makan tengahari disitu sekali kan. Jadi saya cadangkan anda makan di Restoran Kemangi. Di sini ianya famous dengan Nasi Penyet dan Gurame Bakar yang di masak secara sizzling.






Untuk tempat-tempat makan di tempat-tempat lain, nanti kemudian saya update di entri yang lain. Stay tune and keep updated.

Monday, May 22, 2017

Itinerari, Bajet dan Perancangan Percutian ke Bandung


Kali ini saya akan berkongsi tentang perancangan yang telah di buat untuk menjayakan percutian di Bandung serta kos-kos terlibat. Percutian ini adalah percutian selama 5 hari.




PENGANGKUTAN / TRANSPORTATION

KUL- BDO = RM 111 per pax (AIR ASIA)
BDO-KUL = RM 230.59 per pax (MALINDO AIR)

JUMLAH HARGA TIKET PENERBANGAN PERGI DAN BALIK KL-BDO-KL = RM 341.59

Perkara pertama yang perlu ada ialah tiket penerbangan ke Bandung. Oleh kerana keputusan untuk ke Bandung ialah di saat-saat akhir, maka tiket yang di dapati tidaklah terlalu murah.

Saya telah memilih Air Asia untuk ke Bandung dan Malindo Air untuk pulang dari Bandung memandangkan itu adalah kombinasi tiket yang paling murah untuk waktu percutian yang di mahukan pada masa ianya di tempah.

Mudah sahaja untuk dapatkan tiket ke Bandung dengan harga yang murah, iaitu melalui Air Asia ataupun Malindo Air.

Saya tidak menambah check-in baggage semasa bertolak, dan hanya menggunakan sepenuhnya 7 kg hand-carry baggage. Tidak juga menempah sebarang makanan di dalam flight, jadi tiada tambahan caj semasa penerbangan bersama Air Asia.

Manakala dengan Malindo Air, harga yang di bayar sudah termasuk check-in baggage 30 kg dan makanan percuma di dalam masa penerbangan! Sangat berpuas hati dengan Malindo!

Harus di ingatkan Bandung adalah kota fesyen, jadi check-in baggage semasa pulang ke tanahair adalah harus!





PENGANGKUTAN DALAM BANDUNG

JUMLAH KOS PENGANGKUTAN DI DALAM BANDUNG : RM 255.75 / IDR 775,000 per pax

Di Bandung, saya menggunakan sepenuhnya khidmat supir kerana ia amatlah mudah dan menyenangkan memandangkan jarak yang jauh untuk pergi ke wisata di Bandung. Hanya pada hari terakhir untuk ke airport dari hotel penginapan, saya menggunakan khidmat hotel memandangkan harganya yang lebih murah, dan juga penerbangan adalah di awal pagi, jadi memang tidak sempat untuk ke mana-mana.

Supir telah di tempah sejak di tanahair lagi manakala perkhidmatan penghantaran hotel ke airport telah di tempah melalui email kepada pihak hotel.

Untuk perkhidmatan supir, kebiasaannya rata-rata mereka caj dalam IDR 450 ribu-650 ribu satu kereta per day.

Oleh kerana kami hanya berdua, maka saya telah berjaya menawar sedikit harga menjadi lebih murah.

Namun begitu, jumlah penumpang yang paling ideal untuk satu kereta ialah 4 orang, kerana jumlah itu boleh di kongsi bersama.

Jika lebih ramai dengan dengan kenderaan yang lebih besar, pastilah harga lebih berlainan daripada ini.






PENGINAPAN / ACCOMODATION

JUMLAH KOS PENGINAPAN : RM 189 per pax

Di Bandung, saya memilih untuk menginap di Oak Tree Premier Bandung.

Hotel ini adalah hotel bertaraf 3 bintang.

Harga satu bilik untuk dua orang satu malam hanyalah RM 141.50 termasuk breakfast. Ini bermaksud, harganya lebih kurang RM 70.75 seorang! Biliknya sangat bersih, moden, baru dan saiznya cukup selesa untuk dua orang.

Ia terletak di kawasan pentadbiran military dan polisi yang sangat selamat. Sekitarnya sunyi, jadi sangat tenang dan sesuai untuk berehat berbanding jika memilih hotel di tengah-tengah kota. Walaupun begitu, ia tidak jauh dari tengah bandar dan airport. Sangat strategik.

Layanan dari staf-staf hotel amat professional, cekap dan pantas.





TIKET MASUK / ENTRANCE FEES

JUMLAH KOS TIKET MASUK : RM 73.43 / IDR 222,500 per pax

Untuk rujukan, saya telah masukkan harga tiket masuk di dalam penyata kos akhir sekali di bawah.


 


MAKANAN

JUMLAH KOS MAKANAN : RM 100 per pax per day.

Bajet kami untuk makan sehari ialah RM 100.

Kami memang makanan Bandung semata-mata dan tidak lansung membawa makanan dari Malaysia. 

Kami telah meminta supir untuk bawa kami ke tempat makan yang bersih dan enak sahaja.

Pilihan tempat makan sangat penting kerana sudah ramai orang Malaysia yang sakit perut apabila ke Bandung.







KOS SHOPPING

Tidak sah ke Bandung tanpa shopping. Sila peruntukkan lebih bajet untuk shopping lebih-lebih lagi sekiranya itu tujuan utama anda ke Bandung. Oleh kerana ini adalah pertama kali saya di Bandung dan memang memasang niat untuk shopping agak bersungguh, maka saya telah bajet lebih 70% hanya untuk shopping semata-mata.




JUMLAH KESELURUHAN PER PAX




JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 859.29 setelah di campurkan jumlah tiket penerbangan perbelanjaan hotel, pengangkutan dan entrance fees.

JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 517.70 sekiranya tidak termasuk tiket penerbangan.

Sila tambah jumlah bajet makanan, shopping dan lain-lain dengan anggaran sendiri mengikut poin yang telah saya nyatakan di atas.

Jumlah ini ialah untuk 5 hari di Bandung. 

Jangan lupa untuk memperuntukkan sedikit bajet untuk lain-lain perbelanjaan seperti simkad dan insurans.

Rumusan kos pelancongan ke Bandung di atas dapat di simpulkan seperti di dalam rajah di bawah. (Sila klik pada gambar untuk besarkan)




Berikut ialah ringkasan itinerary Bandung selama 5 hari:

Day 1  
-Di jemput supir di airport bandung pukul 5.20 petang
-Beli simcard
-Dinner
-Paris Van Java
-Check-in hotel

Day 2  
-The Lodge Maribaya
-Floating market ( And Lunch)
-Farm House
-Grafica Cikole
- Factory Outlet
-Rumah Mode
- back to hotel n rest

Day 3
-Pasar baru 
- dinner 
-Cihampelas walk
- pulang ke hotel n rest 

Day 4
- Kawah Putih
- Glamping Lakeside
-Petik Strawberry
--kartika sari, Amanda
-Parfum Collector
- dinner 
- back to hotel n rest

Day 5
- breakfast at hotel 
- check out 
- drop to airport




Oleh kerana ramai yang bertanya tentang aktiviti-aktiviti di The Lodge Maribaya seperti gambar di atas, maka di sini share sedikit tips untuk memaksimakan masa anda di The Lodge:

TIPS DI THE LODGE MARIBAYA:


1) Jarak perjalanan dari kota ke The Lodge ialah lebih kurang 1 – 1 jam setengah bergantung kepada keadaan trafik semasa.

2)Avoid weekend kerana keadaan trafik yang sesak dan que yang panjang.

3)Opening Hour adalah pukul 9 pagi walaupun dalam website di catatkan pukul 10 pagi! Sila pastikan tiba sebaik sahaja pukul 9 pagi.

4)Susun The Lodge no 1 di itinerary Lembang pada hari yang sama

5)Jika anda ingin mencuba kedua-duanya iaitu Mountain Swing & Zip Bike, sila ke Mountain Swing dahulu kerana que tidak ramai berbanding Zip Bike.

6)Pilih Mountain Swing yang di bahagian bawah kerana fotonya lebih lebar dan cantik.

7)Selepas tamat segala aktiviti yang dipilih, sila terus beratur untuk pilih foto yang di mahukan. Harga bagi sekeping foto ialah RP 10,000. Selepas itu barulah anda habiskan masa untuk bersiar-siar di The Lodge.






Itu serba sedikit tips di Bandung, untuk next entri saya akan share tips yang sangat-sangat penting seperti tips shopping, makan dan sebagainya untuk percutian di Bandung. Stay tuneee for my next entryyy…