Kami berada di Korea Selatan pada akhir musim luruh (autumn) selama 2 minggu dan telah ke 5 buah bandar iaitu Seoul, Sokcho, Jeju, Gyeongju dan Busan.
Selama tempoh tersebut, sebanyak 9 buah guesthouse/hostel/hotel telah kami pilih sebagai tempat untuk menginap di Korea Selatan. Kesemua accommodations ini telah di tempah seawal 3 BULAN hinggalah SEBULAN sebelum menjejakkan kaki di Korea Selatan.
Currency South Korea berbanding Malaysia adalah agak mahal , jadi untuk menginap di hotel yang mahal (3 bintang ke atas) selama 2 minggu adalah agak mustahil. Sememangnya, accommodation yang popular di kalangan rakyat Malaysia yang melancong ke Korea ialah guesthouse/hostel.
Ketika memilih dan menempah accommodations yang sesuai untuk 3 orang, saya telah mengambilkira beberapa faktor:-
1) Murah,murah dan MURAH. (atau BERPATUTAN). Percutian ini tidaklah bajet sangat, sebab kami cuba untuk cover sebanyak mana tempat-tempat menarik, try makan makanan halal yang enak-enak sesungguh hati, dan shopping dengan sepenuh hati. Oleh itu saya dengan sedaya upaya cuba untuk meminimakan kos accommodations. Lagipun kami keluar awal pagi dan hanya pulang lewat petang/malam, jadi agak rugi jika pilih accommodations yang mahal.
2) RATING YANG TINGGI. Walaupun murah, kesemua accommodations yang dipilih saya pastikan punya rating Agoda sekurang-kurangnya 7.8 dan ke atas. Saya juga membandingkan rating di Tripadvisor, Booking.com dan Hostelworld.com. Saya tetap pentingkan keselesaan dan kepuasan hati dalam memilih tempat penginapan yang sesuai.
3) PRIVATE ROOM & PRIVATE BATHROOM kecuali di dua hostel (Triple Private Bathroom with Shared Bathroom), itupun hostel-hostel with shared bathroom tersebut mendapat rating 9.0. Jadi, accomodations yang saya senaraikan ini adalah murah untuk mereka yang mahukan private room. Jika anda pilih yang bukan private room, mungkin harganya boleh dapat lebih murah lagi.
4) HEATER & HOT SHOWER – ini sangat penting kerana cuaca autumn sejuk sedang menghampiri winter. Paling best kalau accommodation yang dipilih ada floor heating, pijak lantai yang warm dalam kesejukan yang mencengkam adalah sebuah kebahagiaan.
5) BERDEKATAN SUBWAY, BUS STATION atau EASILY ACCESSIBLE. Kalau tidak, jenuh menapak sebab bentuk muka bumi South Korea kebanyakannya berbukit-bukau…dan pada kebanyakan masa metro akan di gunakan hampir sepenuhnya lebih-lebih lagi di Seoul dan Busan. Kena rajin baca review jika mahu tahu betul atau tidak accomodations berkenaan berdekatan metro atau tidak kerana 5 minit orang Korea mungkin bersamaan dengan 15 minit orang Malaysia berjalan kaki. Trust me!
6) BERSIH, BERSIH & BERSIH. Dah la murah, nak bersih pulak tu. Itu sudah pasti! Banyak je accomodations di South Korea murah dan bersih. Selain bersih, pastikan jangan ada bed bug (kena baca review satu persatu jika mahu tahu ada bed bug atau tidak.)
7) WIFI PERCUMA di bilik. Sehari tanpa internet?? Agak tidak dapat bayangkan. Bila ada wifi di bilik, tak perlu kami beli simcard ekstra, dan sememang tak beli lansung. Sehingga hari terakhir di Korea boleh bertahan dengan WIFI di bilik sahaja tau. Lagi pun, di South Korea, WIFI percuma banyak terdapat di tempat-tempat awam seperti Metro, restoran, airport dan sebagainya.
Semasa accomodations ini di tempah, ianya adalah pada waktu yang berbeza-beza, maka rate semasa itu juga berbeza-beza, iaitu di antara 1,000 KRW : MYR 3.69 hingga 3.90. Jadi di samping MYR, saya nyatakan sekali rate KRW untuk anda buat perbandingan sendiri.
Setelah study berulangkali, akhirnya berikut ialah senarai tempat-tempat penginapan pilihan yang telah di tempah selama berada di Korea Selatan.
1) Seoul Station Pencil Hostel (SEOUL)
Apa yang bestnya hostel ni?
Hanya 5 minit berjalan kaki dari Sookmyung University Station (Line 4, Exit 8). Kalau first time tiba dengan heavy luggage boleh ikut Line 4, Exit 10 untuk kemudahan lif. Kawasan ini terletak berdekatan Sookmyung University, jadi memang tak sunyi dan meriah dengan students universiti. Namun, penghuni hostel tetap tidak terganggu dengan kebisingan sebab hostel ini terletak agak ke dalam dan bukannya di tepi jalan besar.
Facilities dalam bilik memang awesome sebab ada mesin basuh dan peralatan memasak lengkap dengan alat. Siap ada meja kecik boleh lipat untuk kita makan-makan dengan proper. Kalau nak sidai baju boleh di rooftop. Malah ada floor heating jadi tido malam memang best dan pijak lantai memang tak sejuk. Bilik mandi pula luas, lengkap dengan heater, syampu & shower foam.
Wifi di bilik memang marvelous laju amat. Owner pula memang helpful. Mereka memang tak kemas bilik everyday tapi condition bilik, toilet dan keseluruhan hostel memang bersih.
Location: Close to Sookmyung University ((Line 4, Exit 8/10).
HARGA TRIPLE PRIVATE ROOM WITH PRIVATE BATHROOM untuk 2 malam:
KRW 99,100 / MYR 380.44
Harga per night per person: MYR 63.00
Rating as at Disember 2016
Agoda: 9/10
Booking.com : 9/10
My rating : 8.5/10 -Selain daripada kebaikan-kebaikan yang disebut di atas, kontranya ialah bilik sempit untuk 3 orang (Mungkin bilik jadi sempit sebab penuh dengan kelengkapan. Tapi memang rata-rata hostel / guesthouse di Seoul biliknya memang tidak luas.)
2) Egg House Sokcho Guesthouse (SOKCHO)
Malam tidur memang enak kerana suasana bilik yang sunyi, tambahan pula bilik di lengkapi dengan floor heating.
Saya pilih guesthouse ini kerana ia adalah guesthouse yang paling murah dengan rating yang paling tinggi di Sokcho mengikut ciri-ciri yang saya mahukan.
Guesthouse (GH) ini tersangatlah dekatnya dengan Intercity Bus Terminal, tak sampai 5 minit berjalan kaki. Jika datang dengan ekspress bas dari Seoul, pesan kat driver siap-siap untuk turunkan kita di Intercity Bus Terminal ya, sebab jika kita di turunkan di Express Bus Terminal, kena naik teksi pula untuk ke GH ini (tidak sampai 10 minit dengan teksi - dalam KRW5,000).
Memang teruja dengan bilik dan tandas yang besar sebab dah beberapa hari duduk di bilik kecil di Seoul. Warna bilik yang colourful membuatkan terasa sedap mata memandang, tambahan pula keadaan guesthouse yang secara keseluruhannya kemas, bersih dengan facilities yang complete.
Malam tidur memang enak kerana suasana bilik yang sunyi, tambahan pula bilik di lengkapi dengan floor heating.
Wifi bilik memang laju yang amat, siap boleh layan youtube dalam bilik.
Breakfast pun percuma. Jangan risau semuanya halal sebab mereka sediakan breakfast yang simple-simple je seperti roti dan jem, serta cereal. Dapur kongsi, tetapi boleh di gunakan pada bila-bila masa.
Location: located within a 5-minute walk from Sokcho Intercity Bus Terminal.
HARGA TRIPLE PRIVATE ROOM WITH PRIVATE BATHROOM untuk 1 malam:
KRW 92,212 / MYR 308.29
Harga per night per person: MYR 69.43
Rating as at Dicember 2016
Agoda: 8/9/10
Booking.com : 8.9/10
My rating: 9/10 – Saya sangat puas hati sebab GH ini besar dan bersih. Common area di ground floor (tempat makan, reception & tempat bersantai) sangat cozy seperti merasakan berada di rumah sendiri.
3)Bong House (SEOUL)
Selepas menginap di Sokcho satu malam, kami kembali semula ke Seoul.
Kali ini kami menginap di Bong House.
Ada cerita tak berapa sedap tentang Bong House.
Mereka dah tersalah beri bilik untuk 2 persons sahaja untuk kami.
Kali ini kami menginap di Bong House.
Ada cerita tak berapa sedap tentang Bong House.
Mereka dah tersalah beri bilik untuk 2 persons sahaja untuk kami.
Agak luas jugakkan? |
Ini bilik untuk 4 orang, ada satu lagi katil di hujung tepi. |
Dapur ada tetapi peralatan untuk memasak tiada. |
Breakfast bermula agak lewat iaitu pada pukul 9 pagi, jadi ianya agak mengganggu schedule sekiranya kita plan keluar berjalan awal. Walau bagaimanapun, shared kitchen yang terletak di bangunan bersebelahan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Tandas tanpa shower foam atau syampu. |
Saya rasa mungkin bilik-bilik lain ok sebab rating Bong House sebenarnya tidak teruk. Pendapat di atas adalah mengenai bilik yang kami dapat.
Location: near
the Hyehwa metro station on the subway line 4, a 10 minutes
walk. It"s also situated right next to Sungkyunkwan University.
HARGA TRIPLE PRIVATE BEDROOM WITH PRIVATE BATHROOM untuk 2 malam:
KRW 108,714 / MYR 412.58
Harga per night per person: MYR 69.00
Rating as at Disember 2016
Agoda: 7.8/10
Booking.com : 8.1/10
4) Maro Hostel (Downtown Jeju, Jeju Island)
Untuk hari pertama di Jeju, saya telah memilih Maro Hostel yang berdekatan airport kerana flight hanya tiba pada waktu malam.
Saya suka Maro Hostel kerana ianya bukan setakat bersih, tapi katil tebal, lembut dan selesa (kebanyakan katil di hostel yang saya duduki di Korea agak keras). Bilik tidak terlampau luas, sedang-sedang sahaja, tapi tandas agak besar.
Breakfast sangat ok!
Dapur |
Sempat ambik gambar food yang ini je...lupa nak ambik gambar, dah lapar |
Agak terkilan juga kerana tidak dapat lama menginap di Maro Hostel kerana flight kami mendarat pada waktu malam dan kami check out awal-awal pagi keesokan harinya selepas breakfast.
Location: 5 km from Jeju International Airport
HARGA TRIPLE PRIVATE BEDROOM WITH PRIVATE BATHROOM untuk 1 malam:
KRW 60,969/ MYR 245.68
Harga per night per person: MYR 81.89
Rating as at Disember 2016
Agoda: 8.6/10
Booking.com : 8.8/10
My rating: 8.6/10
5) Ilchul Sun Pension (Seongsan, Jeju Island)
Disebabkan telah merancang untuk mendaki Seongsan Ilchulbong Peak untuk menikmati sunrise sejurus selepas Subuh, saya pilih guesthouse ini kerana ianya terletak betul-betul bersebelahan Seongsan Ilchulbong Peak.
Ini tips penting, untuk mereka yang berminat untuk mendaki Seongsan Ilchulbong Peak, masuk sebelum pukul 7 pagi adalah percuma. Selepas pukul 7 pagi, bayaran tiket masuk ialah 2,000 KRW seorang. Pemandangan Seongsan Ilchulbong Peak semasa sunrise adalah yang paling popular.
Ini tips penting, untuk mereka yang berminat untuk mendaki Seongsan Ilchulbong Peak, masuk sebelum pukul 7 pagi adalah percuma. Selepas pukul 7 pagi, bayaran tiket masuk ialah 2,000 KRW seorang. Pemandangan Seongsan Ilchulbong Peak semasa sunrise adalah yang paling popular.
Ilchul Sun Pension ini, biliknya sangat luas, sesuai sangat dengan harganya yang paling mahal di antara tempat-tempat penginapan yang saya pilih di South Korea. Kelengkapan sangat lengkap sama seperti di hotel-hotel.
Owner seorang sahaja yang pandai bercakap dalam Bahasa English, yang lain-lain tak pandai tetapi sangat helpful.
Cuma, harga guesthouse ini agak mahal tanpa breakfast percuma.
Location: Situated in Seongsan, very near to Seongsan Ihulbung Peak
HARGA TRIPLE PRIVATE BEDROOM WITH PRIVATE BATHROOM untuk 1 malam:
KRW 66,498/ MYR 265.50
Harga per night per person: MYR 88.50
Rating as at Disember 2016
Agoda: 8.1/10
My rating: 8.3/10 (Semuanya puas hati, tetapi harga agak mahal, dan tiada sarapan percuma)
Owner sangat tidak berkira dan sempoi.
Pertama kali sampai dia dah beri kami peluang untuk buat pilihan, nak pilih bilik Ondol Triple seperti yang telah di tempah awal-awal atau pilih bilik untuk 4 orang, katil dua tingkat. Siap beri kami peluang untuk melawat kawasan sebelum decide, dan akhirnya kami telah pilih bilik dengan katil dua tingkat kerana saiznya yang lebih besar.
Dan bila turun dari Mount Hallasan sekitar pukul 3 pm, owner masih tak kisah bila kami memohon untuk tumpang solat di bahagian dining area walaupun pada masa itu kami telah check out.
Dan bila turun dari Mount Hallasan sekitar pukul 3 pm, owner masih tak kisah bila kami memohon untuk tumpang solat di bahagian dining area walaupun pada masa itu kami telah check out.
Walaupun guesthouse ini ialah sebuah guesthouse di bangunan yang agak lama, tetapi ianya sangat bersih dan lengkap, toilet siap ada bath tub dan ubat gigi. Dapur juga boleh di gunakan pada bila-bila masa.
Kedudukannya strategik iaitu berdekatan dengan Seogwipo Olle Market dan beberapa kedai kosmetik.
Location: Seogwipo, very near to Seogwipo Olle Market.
HARGA untuk 1 malam:
KRW 45,593/ MYR 182.19
Harga per night per person: MYR 60.73
Rating as at Disember 2016
Agoda: 8.0/10
Booking.com:8.0/10
My rating: 8.6/10 (Best sebab dapat bilik yang hargaya lebih mahal berbanding dengan yang telah di tempah, dan juga owner yang sempoi)
7) Olle Tourist Hotel (Downtown Jeju, Jeju Island)
Segala-galanya yang ada di sini sememangnya seperti hotel. Semuanya lengkap termasuklah ada ubat gigi dan siap dengan losyen. Muslim friendly breakfast pun banyak pilihan seperti sayur-sayuran ala korea, nasi, bubur dan roti.
Bangunannya hanya ada nama hotel dalam bahasa Korea, jadi pastikan bersedia dengan nama dan alamat hotel di dalam Hangul.
Hotel ini dekat sahaja dengan Jeju Airport iaitu lebih kurang 10 minit dengan kederaan.
Segala-galanya yang ada di sini sememangnya seperti hotel. Semuanya lengkap termasuklah ada ubat gigi dan siap dengan losyen. Muslim friendly breakfast pun banyak pilihan seperti sayur-sayuran ala korea, nasi, bubur dan roti.
Bangunannya hanya ada nama hotel dalam bahasa Korea, jadi pastikan bersedia dengan nama dan alamat hotel di dalam Hangul.
Hotel ini dekat sahaja dengan Jeju Airport iaitu lebih kurang 10 minit dengan kederaan.
HARGA TRIPLE PRIVATE BEDROOM WITH PRIVATE BATHROOM untuk 1 malam:
KRW 52,148/ MYR 219.84
Harga per night per person: MYR 73.28
Rating as at Disember 2016
Agoda: 7.7/10
Booking.com:7.9/10
My rating: 8.8/10
8) Blueboat Hostel (Gyeongju)
Dalam banyak-banyak tempat penginapan di Korea Selatan, hanya ada dua sahaja penginapan yang saya tempah, tandasnya perlu berkongsi dengan orang lain.
Salah satunya ialah Blueboat Hostel di Gyeongju ini. Inipun saya pilih setelah mengambilkira beberapa faktor seperti kedudukannya yang terletak berdekatan dengan stesen bas dan tempat-tempat menarik di Gyeongju. Paling penting ratingnya ialah 9.0 ke atas.
Walaupun shared bathroom (berasingan lelaki & wanita) namun kebersihannya memang nombor satu (1). Privacy pun sangat-sangat terjaga, mungkin kerana peraturan yang ketat perlu di ikuti oleh semua penghuni hostel. Kalau orang yang jenis tak suka ikut peraturan mungkin tak suka tinggal di sini, tapi hasilnya hostel ini suasananya amat privacy dan bersih.
Walaupun biliknya tidak besar, tetapi ianya memang sangat bersih.
Walaupun biliknya tidak besar, tetapi ianya memang sangat bersih.
Breakfast pun memuaskan hati.
Kalau tak berapa faham Gyeongju, anytime boleh tanya owner secara detail, owner sangat helpful.
Location: 2 minutes walk to Gyeongju Intercity Train Station.
HARGA untuk 1 malam:
KRW 59,182 / MYR 225.74
Harga per night per person: MYR 75.25
Rating as at Disember 2016
Agoda: 9.4/10
Booking.com: 9.5/10
My rating: 8.2/10 (tapi untuk mereka yang tidak sukakan tempat tinggal yang strict dengan peraturan dan time limit, ini bukannya tempat untuk anda!)
9) Kimchee Busan Guesthouse (Busan)
Dalam banyak-banyak guesthouse yang telah ditempah, inilah GH yang paling dekat dengan metro. (tak sampai 5 minit berjalan kaki ke Beomnaegol station Line 1).
Ini juga guesthouse dengan tandas berkongsi (asing lelaki dan wanita).
Guesthouse ini baru lagi, jadi segala-galanya masih cantik, baru dan sangat-sangat selesa. Bilik bersih dan luas. Mereka tak kemas setiap hari, tapi jika guest nak request untuk kemas pun boleh. Tuala pun boleh minta untuk ditukar setiap hari.
Dapur boleh digunakan 24 hours. Tidak pasti samada ini kebaikan atau kelemahan, hostel ini tidak strict seperti Blueboat, contohnya seperti dapur boleh guna 24 hrs, ada guest yang dah guna pinggan mangkuk tak cuci, sampah kat dapur dibiarkan merata. Kalau di Blueboat confirm kena denda.
Penghuni juga di galakkan untuk mingle around di common area bersama-sama traveller lain dari seluruh dunia.
Anyway bilik dan tandas memang sangat bersih. kelengkapan di tandas pun cukup, shower foam dan syampu ada di sediakan.
9) Kimchee Busan Guesthouse (Busan)
Dalam banyak-banyak guesthouse yang telah ditempah, inilah GH yang paling dekat dengan metro. (tak sampai 5 minit berjalan kaki ke Beomnaegol station Line 1).
Ini juga guesthouse dengan tandas berkongsi (asing lelaki dan wanita).
Guesthouse ini baru lagi, jadi segala-galanya masih cantik, baru dan sangat-sangat selesa. Bilik bersih dan luas. Mereka tak kemas setiap hari, tapi jika guest nak request untuk kemas pun boleh. Tuala pun boleh minta untuk ditukar setiap hari.
Dapur boleh digunakan 24 hours. Tidak pasti samada ini kebaikan atau kelemahan, hostel ini tidak strict seperti Blueboat, contohnya seperti dapur boleh guna 24 hrs, ada guest yang dah guna pinggan mangkuk tak cuci, sampah kat dapur dibiarkan merata. Kalau di Blueboat confirm kena denda.
Penghuni juga di galakkan untuk mingle around di common area bersama-sama traveller lain dari seluruh dunia.
Anyway bilik dan tandas memang sangat bersih. kelengkapan di tandas pun cukup, shower foam dan syampu ada di sediakan.
Location: 1 minute away from Beomnaegol station on Line 1.
HARGA TRIPLE PRIVATE ROOM WITH SHARED BATHROOM untuk 3 malam:
KRW 132,307 / MYR 532.57
Harga per night per person: MYR 59.17
Rating as at Disember 2016
Agoda: 9.4/10
Booking.com: 9.0/10
My rating: 8.2/10
Common observation of South Korean Accommodations :
1) Mereka percaya kepada kejujururan guest - sebagai contoh setibanya di Sokcho, tiada siapa yang menyambut kami. Kunci di tinggalkan di receptionist table dengan sehelai envelop yang mengandungi pesanan untuk guest.
2) Banyak self-service - jangan harapkan layanan 24 hours seperti di accomodations di Malaysia. Kebanyakannya kita pandai-pandai sendiri.
3) Semuanya tourist friendly dan tersedia maklumat-maklumat pelancongan kecuali di Ilchul Sun Pension.
RINGKASANNYA, JUMLAH KOS PENGINAPAN PER PAX bagi 2 minggu percutian kami di South Korea ialah MYR 890.90. (Rate KRW : MYR berbeza-beza, 1,000 KRW : MYR 3.69 hingga 3.90 semasa tempat-tempat penginapan ini di tempah. Rate ini semasa MYR agak jatuh nilainya berbanding nila Korean Won).
Stay tune and keep visiting this blog for updated info about other countries ya ;-). TQ so much.