Commercial Break

Friday, April 22, 2016

10 tempat-tempat yang menarik di Langkawi

Ini adalah tempat-tempat menarik di Langkawi hasil daripada pengalaman saya yang baru ke Langkawi awal tahun ini.


1) Kereta Kabel



Banyak kali sebelum ini saya dengar, bahawa kereta kabel di Langkawi adalah antara kereta kabel yang tercuram di dunia. 

Baru-baru ini dapat juga saya merasakan perasaan berada di darjah yang paling curam. Tambahan pula angin bertiup agak kencang juga pada pagi itu membuatkan hati sangat berdebar-debar ketika di dalam gondola. 

Bukan itu sahaja, menyaksikan keindahan Langkawi daripada puncak yang kedua tertinggi di Langkawi iaitu Gunung Mat Cincang, merupakan pengalaman yang mengagumkan. Rata-rata pengunjung juga merasakan seperti itu. (Dalam TripAdvisor, Langkawi Cable Car merupakan no 1 things to do in Langkawi.) Malah jika anda bernasib baik, anda akan berjaya menyaksikan tanah negara jiran, Thailand sekiranya cuaca elok dan hari cerah.



Tips Cable Car Langkawi:

1) Pergi awal-awal pagi atau lewat petang untuk elak beratur panjang membeli tiket. SIstem pembelian tiket adalah efficient namun ribuan pengunjung berpusu-pusu ke sini setiap hari, yang mengakibatkan anda tidak dapat mengelakkan diri dari beratur panjang.

2) Bawa mykad untuk diskaun bagi setiap pembelian tiket. Bukan hanya mykad pembeli tetapi juga yang lain.

3) Dapatkan maklumat terkini dengan menelefon 'hotline' kerana kadang-kadang perkhidmatan terpaksa diberhentikan tanpa notis kerana faktor keselamatan seperti angin kencang atau penyelenggaraan ad-hoc



2)    Sky Bridge



Di penghujung kereta kabel terdapat jambatan panjang yang menggegarkan perasaan sesiapa pun untuk menyeberanginya. Ianya menjadi pilihan setiap individu samada untuk cuba Sky Bridge ini atau tidak, dengan tiket masuk tambahan bagi yang mahu cuba.



3) Interactive 3D Art Museum



“The biggest 3D Interactive Art Museum in Malaysia” ini mempamerkan lebih daripada seratus lukisan interactive 3D oleh pelukis antarabangsa.

Yang menariknya, kita sebagai pengunjung akan ’berinteraksi’ dengan lukisan-lukisan yang seperti hidup ini.

Tidak rugi jika berkunjung ke sini.

Tambahan pula, ia adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi sementara menunggu giliran ke cable car kerana di ianya terletak di lokasi yang sama, dan tiketnya d beli di kaunter yang sama.


4) Kilim Geoforest Park

Bukan hanya di sapa dan merasa betapa dinginnya angin laut.




Bukan hanya menyaksikan sendiri spesies pokok bakau yang berusia ratusan ribu tahun.



Bukan hanya melihat sendiri struktur batu kapur yang mencecah usia jutaan tahun.




Malah merasa debarnya menyusuri laut yang pernah di landa tsunami suatu ketika dahulu.
Ianya juga sebahagian daripada UNESCO World Heritage Geoparks.


5) Island Hopping (Pulau Dayang Bunting, Pulau  Singa Besar, Pulau Beras Basah)



Ianya bukan sahaja dengan tujuan mandi di Dayang Bunting untuk mereka yang mahukan anak,malah Island Hopping di Langkawi menjanjikan aktiviti seperti Eagle feeding,snorkeling, paddle boating, sunbathing malah boleh saja relaks menikmati udara, angin dan pemandangan laut.



6)Galeria Perdana.



Mahu lihat penghargaan pembesar-pembesar dalam negara malah luar negara kepada bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir melalui hadiah yang di terimanya? Di sinilah tempatnya!



7) Shopping




Orang kata tidak lengkap kunjungan ke Langkawi jika tidak bershopping! Paling tidak, anda harus bawa balik sekotak dua cokelat! Antaranya tempat sopping yang popular di Langkawi ialah HIG, Pasaraya One Stop danThe Zone.



8) Kota Mahsuri




Untuk yang minatkan Lagenda Mahsuri, tempat ini adalah jawapannya kerana ia bukan sahaja terletaknya makam Mahsuri, malahan rumah yang di katakan bekas tempat tinggal Mahsuri.



9) Dataran Helang


Ianya merupakan satu kawasan berdekatan dengan jeti kuah, yang menempatkan arca helang gergasi sebagai penanda pulau ini.


10) Pantai Chenang

Pantai yang paling menjadi tumpuan pelancong di Langkawi ialah Pantai Chenang. Di sini terdapat pelbagai tumpuan penginapan pelancong seperti hotel, chalet, resort dan juga kedai-kedai. Pelbagai aktiviti pantai juga terdapat disini.