Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Semalam dah update pasal Aquaria KLCC, hari ni teruja pula nak bercerita pasal Cruise Tasik Putrajaya atau Putrajaya Cruise.
Tak perlu nak pergi jauh-jauh hingga ke Paris, kalau belum ada rezeki jejakkan kaki ke Europe, mari kita cuba Cruise ala-ala Paris di tanahair sendiri.
Jika semalam saya share tips untuk dapatkan tiket murah Aquaria, hari ini saya teruskan lagi dengan cara dan tips beli tiket murah Cruise Tasik Putrajaya ini. Tak lain tak bukan...taraaa...beli di Matta Fair jugakla.
Jangan ingat di Matta Fair ini kita boleh dapatkan tiket murah untuk naik kapal terbang, hotel atau pakej percutian x hari x malam sahaja, malah kalau nak grab tiket murah untuk cuti-cuti Malaysia ala-ala Aquaria atau Cruise Tasik Putrajaya ini, di Matta pun boleh dapat jugak.
Ohh banyak pulak promote pasal Matta Fair, jangan salah faham, saya bukan model iklan Matta Fair.
Anyway, nak tambah, keistimewaan Putrajaya, di sini terdapat banyaknya bangunan-bangunan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi yang bukan sahaja membuatkan mata-mata orang tempatan terbuka luas, malah orang luar negara pun bisa terpegun.
|
Masjid Putrajaya, yang juga mempunyai nilai senibina yang tinggi |
Namun, hari ini tujuan utama bukan nak bercerita mengenai bangunan-bangunan indah di Putrajaya, tetapi berbalik semula kepada cerita asal iaitu Cruise Tasik Putrajaya.
Awak semua kalau nak pergi, ini jadual waktu operasi pada setiap hari Isnin-Khamis.
Yang ini pulak harga sebenar kalau takde promosi.
Dan juga boleh pilih nak cuba bot/perahu Dondang Sayang atau Bot Persiaran.
Kami pilih Bot Persiaran.
Dondang Sayang tu perahu macam dalam gambar di bawah, yang warna merah tu.
Walaupun kami pilih Bot Persiaran yang ada pendingin hawa, tetapi pilih tempat duduk di atas bumbung, jadi adalah rasa angin sepoi-sepoi bahasa, lagi feel ala Paris.
Uh tetiba rasa malas pulak nak cerita panjang-panjang, kalau awak semua nak rasa feel macam ni, jom datang sini.
Enjoy the pics!