Commercial Break

Monday, July 14, 2014

Petua dan tips ubati sakit tekak

Sejak daripada mereka kecil, kami tidak gemar memberikan mereka ubat klinik jika mereka demam, batuk atau selsema. Seboleh-boleh cuba untuk merawat mereka dengan cara tradisional dan ubat dari klinik adalah jalan terakhir sekiranya cara tradisional tidak berupaya untuk menyembuh.

Contoh, untuk ubati demam, dulu saya ada berkongsi cara di sini http://ijaie.blogspot.com/2013/03/petua-mengubati-anak-demam.html

Baru-baru ini ketiga-tiga orang kanak-kanak riang ini telah di jangkiti sakit tekak yang agak teruk, di ikuti dengan demam panas, secara berturut-turut. Lepas seorang baik, seorang pula yang dijangkiti. Tahap jangkitan agak teruk hingga menyebabkan demam yang agak panas.

Seperti biasa kali ini saya memang tak beri ubat klinik, saya cuba ubati dengan cara tradisional. Ada beberapa petua dan tips berkesan untuk mengubati anak/diri sendiri sakit tekak dengan menggunakan cara tradisional iaitu:


1) Air Asam Jawa
Rasanya cara ni paling famous, rata-rata kat luar ramai yang dah tahu cara ni iaitu bancuh sedikit asam jawa dengan air suam, kacau rata. Tapis bijinya dan campur sedikit madu untuk menambah khasiat dan memberi rasa manis. Especially kalau nak bagi budak kecik makan, jangan bagi air asam jawa gitu je...tak lalu mereka nak telan.


2) Madu campur habbatus sauda
Nak lagi berkesan, campur satu sudu madu dengan sedikit Habbatus Sauda yang telah dikisar halus. Makan macam tu je. Habbatus Sauda yang telah di campur madu memang tidak ada rasa pahit lansung. Percayalah, kanak-kanak pun boleh telan. Untuk kanak-kanak, beri satu sudu dua kali sehari.
Cara ini, saya pun suka amalkan sekiranya saya sendiri yang sakit tekak. Memang sangat berkesan, Alhamdulillah.


3) Air garam
Kumur air garam sebanyak dua kali sehari.
Caranya: Ambil dua sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk. Selepas itu berkumurlah dengan air garam itu sampai habis.


4) Air Lemon
Ambil setengah biji lemon, campurkan dengan air suam dan madu. Kacau sebati. Minum, sampai habis, dua atau tiga kali sehari.


5)Jus timun.



Cara ini saya baru sahaja mulai gunakan baru-baru ini.
Potong beberapa hiris timun, kisar sampai halus. Ambil airnya. Campurkan dengan sedikit garam dan madu.
Cara ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada tekak, tetapi juga menyejukkan badan yang panas akibat demam.

Begitulah antara petua dan tips ubati sakit tekak secara semulajadi.

Boleh guna mana-mana cara di atas, ikut kesukaan dan kesesuaian badan seseorang. Untuk kanak-kanak, ikut mana yang dia sukai sebab tak ramai kanak-kanak boleh kita paksa minumkan sesuatu yang mereka tak suka.

Itu sahaja, selamat mencuba!!

Sunday, July 13, 2014

Pengalaman berjalan di 798 Art Zone, Beijing

Untuk yang bakal ke Beijing dan salah satu tempat yang akan di lawati ialah 798 Art Zone, mungkin boleh tengok video ini untuk membayangkan sedikit suasana yang bakal di lalui nanti.

Klik link di bawah ya

http://youtu.be/ZOH55MF3ZtA

Tuesday, July 8, 2014

Waktu-Waktu Mustajab Berdoa di Bulan Ramadhan

Kita tahu bahawa Ramadhan adalah bulan yang mulia lagi diberkati yang Allah janjikan ganjaran yang amat besar bagi hamba-hambaNya yang taat.

Mari kita manfaatkan waktu-waktu yang mustajab doa di bulan Ramadhan seperti berikut:

1. Ketika sahur atau sepertiga malam terakhir

Allah Ta’ala mencintai hamba-Nya yang berdoa disepertiga malam yang terakhir. 

Dalam Surah Adz Dzariyat, 18 Allah berfirman seperti berikut:

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون

“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan.” 


2. Ketika berbuka puasa

Waktu berbuka puasa pun merupakan waktu yang penuh keberkatan, kerana ia waktu yang di bolehkan makan dan minum setelah seharian menahan lapar dan dahaga. 

Hadits R. Muslim, no.1151:

للصائم فرحتان : فرحة عند فطره و فرحة عند لقاء ربه


“Orang yang berpuasa memiliki 2 kebahagiaan: kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Tuhan-Nya kelak.” 

Maka di waktu ini, Allah kabulkan doa orang yang telah berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W, hadis Riwayat Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi:

ثلاث لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل و المظلوم

‘”Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi.” 


3. Ketika malam Lailatul Qadar


Malam Lailatul Qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an. Malam ini lebih utama dari 1000 bulan. Sebagaimana firman Allah Ta’ala:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan” (QS. Al Qadr: 3)