Alhamdulillah,
kerana masih diberi peluang untuk menghidu udara di bumi ini dan menikmati
hidup bersama orang tersayang.
Anyway,
janjiku pasti di tepati.
Antara
kebaikan dan khasiat Grape Seed Oil kepada kecantikan kulit adalah seperti berikut:
1)Menghilangkan
jerawat
Grapeseed
Oil mengandungi linoleic acid, iaitu sejenis bahan yang dapat menguatkan
sel-sel kulit dan sekaligus memperbaiki atau menyembuhkan pelbagai masalah
kulit seperti jerawat. Selain itu ia mampu bertindak sebagai agen antioksida
dan anti inflamasi.a
2)Menegangkankan
kulit
Salah
satu bahan utama yang terkandung di dalam Grape Seed Oil ialah
Astringent.Astringent ialah sejenis bahan yang mengaktifkan sel-sel kulit
seterusya menegangkanya.
3)Mengurangkan
lingkaran hitam di bawah mata ( under-eye circles)
Kajian
mendapati bahan yang terkandung di dalam Grape Seed Oil dapat menghilangkan
kesan lingkaranhitam di bawah mata dalam jangka masa panjang, jika di gunakan
selalu secara berterusan.
4)
Pelembap (Moisturizer)
Grape Seed Oil sangat mudah meresap ke dalam kulit
dan mengandngi komponen yang mampu melembapkan kulit secara semulajadi.
5)Mengurangkan kesan anti penuaan
Menurut
kajian oleh University of Maryland Medical Center, bahan antioksida semulajadi yang terdapat di dalam grapeseed oil sangat berkesan dalam
mengurangkan kesan-kesan penuaan.Ia dapat mengurang dan melambatkan kedutan,
dan garis-garis penuaan termasuklah memberi kelembapan yang sebenar. Selain itu
ia mampu manganjalkan kulit dengan kolagen dan elastin semulajadi.
Jadi
tak hairanlah dengan ini grapeseed oil adalah antara bahan utama yang banyak di
gunakan dalam produk kecantikan dan kosmetik seperti pelembap bibir (lip balm),
pelembap muka(muisturiser), sunblocks, losyen dan banyak lagi. Banyak sungguh
kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam grapeseed oil ni kan??