Commercial Break

Tuesday, February 13, 2018

BIO ESSENCE 24K GOLD RADIANCE CLEANSER DAN GOLD WATER DENGAN BIO ENERGY COMPLEX

Ada juga yang bertanyakan tentang brand skincare yang saya pakai?

Actually sejak dari dulu sampai sekarang saya sangat berhati-hati dalam memilih produk dan tak berani memakai sebarangan terutamanya brand yang mendakwa boleh beri kesan dalam jangkamasa yang sangat singkat. Kalau nak pilih memang berlambak di pasaran tapi kesan jangka panjang, alahai gerun apabila di fikirkan! And yet, walaupun brand itu terkenal sekali pun, sebelum guna saya akan pastikan tentang bahan-bahan dan juga keberkesanan produk tersebut dahulu.


Jadi bila diberi peluang untuk mencuba produk dari Bio Essence iaitu BIO ESSENCE 24K GOLD RADIANCE CLEANSER dan GOLD WATER, Ya Allah….rasa teruja sangat ok! Bio Essence kot..memang established brand dan sudah berada puluhan tahun di pasaran. Bio Essence ni banyak menang award kecantikan dan di antara brand yang popular di Asia.


So apa itu produk BIO ESSENCE 24K GOLD series?

BIO ESSENCE 24K GOLD RADIANCE CLEANSER dan GOLD WATER ini di perkaya dengan serpihan emas asli dan Bio Energy Complex yang secara efektif merangsang pembaharuan sel-sel kulit, menghalang dan memperlahankan penuaan seterusnya mengekalkan keremajaan wajah, mengembalikan kesegaran kulit yang kusam lantas menyerlahkan keserian, menambah glowing dan kecantikan wajah. 

Emas? Keremajaan? Glowing? Wahhaha inilah perkataan-perkataan yang menambah keterujaan untuk amalkan produk Bio Gold 24K ni. Siapa tak mahu tepek emas kat muka.



BIO ESSENCE 24K GOLD RADIANCE CLEANSER:

Semestinya fungsi khususnya ialah mencuci segala kekotoran dalam liang roma di wajah dengan cara yang paling lembut tanpa mengeringkan kulit. Kulit akan terasa terhidrat tanpa rasa tegang selepas di cuci pada waktu pagi.

Ianya kaya dengan anti oksida, memperbaiki keanjalan kulit dan memperbaharui sel-sel kulit agar sentiasa remaja dan seterusnya mengembalikan kesegaran kulit wajah yang dahulunya kusam.

Harganya tak mahal. Sangat-sangat berbaloi kerana ianya pekat, hanya gunakan dalam kuantiti sedikit sahaja setiap kali iaitu RM27.90 bagi setiap 100 g BIO ESSENCE 24K GOLD RADIANCE CLEANSER.


BIO ESSENCE 24K GOLD - GOLD WATER 

Harus ada Gold Water juga. Dengan adanya Gold Water, bertambah-tabah ummphh hasilnya pada kulit wajah.

Bayangkan wajah ditepek-tepek dengan kepingan-kepingan emas yang halus di wajah, wow terasa mahal. Surprisingly, teksturnya lembut, tak melekit dan mudah meresap pada wajah.


Ia di gunakan setelah selesai mencuci kulit wajah dengan BIO ESSENCE 24K GOLD RADIANCE CLEANSER.

Gold Water ini fungsinya ialah memperbaiki pori-pori di wajah, menjauhkan kedutan, menyeimbangkan kelembapan, menjadikan kulit wajah lebih berseri serta glowing dan menyegerakan pembaharuan sel-sel kulit.

Bukan itu sahaja, malah ianya membantu melawan sinaran UV berbahaya serta memberikan nutrisi yang mencukupi pada kulit. Kerana itulah Gold Water ini mampu menentang penuaan.

Harga sebotol BIO ESSENCE 24K GOLD - GOLD WATER ialah RM105.90 / 150ML.

Bagaimana? Bestkan? Jom kita try ramai-ramai dan nantikan hasilnya :-)


Rangkaian Bio Essence iaitu Bio-Gold 24K Gold Radiance Cleanser dan Bio-Gold Gold Water boleh di dapati di semua pasaraya terkemuka, farmasi Guardian, Watson's dan platform online shopping seperti Lazada.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai BIO ESSENCE 24K GOLD, sila layari : http://bio-essence.com.my/

3 comments:

  1. Saya pengguna bio essence gold water. Memang best pakai. Tapi kawan2 kata x ada perubahan pada wajah saya.

    ReplyDelete
  2. Untuk umur 22thn,sy ad mslh wajah kombinasi n pori besar

    ReplyDelete