Commercial Break

Monday, March 27, 2017

Itinerari, bajet dan perancangan percutian ke Korea Selatan (South Korea)






Kali ini saya akan berkongsi tentang perancangan yang telah di buat untuk menjayakan percutian di Korea Selatan (South Korea) serta itinerari, bajet dan kos-kos terlibat. Percutian ini adalah percutian selama 2 minggu dan meliputi Seoul, Sokcho, Jeju, Gyeongju dan Busan.



PENGANGKUTAN / TRANSPORTATION

KUL - ICN  (KUALA LUMPUR – SEOUL)
PUS - KUL (BUSAN – KUALA LUMPUR)
TOTAL : MYR 787 Per Pax


Perkara pertama yang perlu ada ialah tiket penerbangan pergi dan balik ke South Korea. Saya telah memilih penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Seoul dan pulang ke Kuala Lumpur dari Busan kerana itu adalah harga yang paling murah pada tarikh dan jangkamasa travel yang di mahukan. 



Anda mampu mendapatkan harga tiket penerbangan yang lebih murah daripada harga di atas sekiranya tidak kisah dengan tarikh dan jangkamasa travel.




PENGANGKUTAN DALAM KOREA SELATAN



JUMLAH KOS PENGANGKUTAN DI DALAM KOREA SELATAN : RM 846 per pax



SEOUL :


Di Seoul, kami menggunakan sepenuhnya khidmat metro dan bas kerana ianya amatlah mudah, efektif dan menyenangkan.

Tambahan pula, accomodations yang di tempah di Seoul & attractions dan tempat-tempat menarik di Seoul berdekatan dengan metro station. 

Tidak perlu risau untuk membiasakan diri dengan pengangkutan awam di Seoul kerana pelbagai maklumat pengangkutan mudah di dapati di mana jua seperti di Tourist Information Centre.



SEOUL ke SOKCHO:


Dari Seoul ke Sokcho yang mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan, kami telah menggunakan long-distance bas.

Terdapat dua stesen bas di Seoul yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas jarak jauh iaitu Express Bus Terminal (berdekatan metro Express Bus Terminal station) dan Dong Seoul Bus Terminal (berdekatan metro Gangbyeon Station).

Kami telah ke Sokcho melalui Express Bus Terminal station manakala dari Sokcho ke Seoul kami telah turun di Dong Seoul Bus Terminal.



SOKCHO:

Di Sokcho, kami menggunakan sepenuhnya khidmat teksi dan bas. Sokcho tiada metro station. Namun sistem pengangkutan awam di Sokcho juga efficient dan menyenangkan sama seperti di Seoul. Harga teksi juga tidak mahal, lebih-lebih lagi apabila di kongsi bertiga.



SEOUL ke JEJU ISLAND:


Untuk ke Jeju Island dari Seoul, kami telah memilih untuk menaiki kapal terbang.

Kami memilih untuk menaiki penerbangan Easter Jet kerana harga tiket penerbangan selepas promosi diskaun tersangat murah, hanya MYR 60.50 sahaja ( GIMPO – JEJU).

Untuk mendapatkan harga promo seperti ini, saya tempah tiket penerbangan 3 bulan sebelum tarikh berlepas.

Malah, jangkamasa perjalanan hanyalah 1 jam 5 minit sahaja! Urusan check-in penerbangan di GIMPO airport juga sangat efficient dan tidak memakan masa yang panjang.

Harga yang lebih murah, jangkamasa penerbangan yang tidak lama, serta urusan imegresen di GIMPO airport yang efektif dan sebagainya telah membuatkan saya memilih mode pengangkutan ini berbanding lain-lain untuk ke Jeju. Bagaimanapun, jika tiada kekangan masa, anda boleh juga explore dan cuba menaiki bas daripada Seoul ke Busan, dan seterusnya menaiki kapal terbang dari Busan Ke Jeju.



JEJU ISLAND:


Di Jeju Island, kami telah menyewa kereta melalui Sixt.com. Kami menggunakan sepenuhnya kereta sewa semasa di Jeju, kecuali semasa hari terakhir, iaitu ketika ke lapangan terbang Jeju dari hotel kami menggunakan khidmat teksi. (hotel hanya terletak lebih kurang 10 minit dari lapangan terbang Jeju)


Perkhidmatan sewa kereta melalui syarikat Sixt.com sangat bagus dan memuaskan hati. Contohnya, kami dapat tukar kereta bila rosak, hanya call dan kami di beri kereta baru dan segala urusan selesai hanya dalam masa satu jam sahaja! (Saya akan berkongsi cara untuk menyewa kereta di Jeju dalam entri yang kemudian).


Jumlah kos sewa kereta selama 3 hari (jenis Morning Kia) : MYR 341.88
Duit minyak di Jeju selama 3 hari : MYR 120
Internation Driving Permit (IDP) : MYR 150
Teksi (Hotel – airport) : MYR 15.00


Summary Per person (transport di dalam Jeju):
Jumah kos sewa kereta per person: MYR 113.96
Duit minyak di Jeju selama 3 hari per person: MYR 40.00
Internation Driving Permit (IDP) : MYR 50
Teksi (Hotel – airport) : MYR 5.00
Kos pengangkutan di Jeju Per Person (sewa+minyak+IDP+teksi) : MYR208.96



JEJU ke BUSAN :


Untuk ke Busan dari Jeju, kami telah memilih untuk menaiki kapal terbang.

Kami memilih untuk menaiki penerbangan Air Busan kerana harga tiket penerbangan selepas promosi diskaun sangat murah, hanya MYR 72.96 sahaja ( JEJU – BUSAN).

Untuk mendapatkan harga promo seperti ini, saya tempah tiket penerbangan 3 bulan sebelum tarikh berlepas.

Malah, jangkamasa perjalanan hanyalah 55 minit sahaja! Urusan check-in penerbangan di JEJU dan seterusnya di Gimhae Airport juga sangat efficient dan tidak memakan masa yang panjang.

Harga yang lebih murah, jangkamasa penerbangan yang tidak lama, serta urusan imegresen di airport yang efektif dan sebagainya telah membuatkan saya memilih mode pengangkutan ini berbanding lain-lain untuk ke Busan dari Jeju.


BUSAN ke GYEONGJU :


Setibanya di Gimhae Airport, kami segera membeli tiket bas untuk ke Gyeongju.
Perjalanan bas dari Busan ke Gyeongju hanya mengambil masa 1 jam 10 minit. Kekerapan bas ialah 1 jam sekali dan terminal bas terletak di bangunan airport.

Harga tiket bas Busan ke Gyeongju ialah 9,000 KRW seorang.

(Saya akan berkongsi cara-cara untuk menaiki bas di airport Busan, dalam entri yang kemudian).


GYEONGJU:

Di Gyeongju, kami lebih banyak berjalan kaki, manakala lain-lainnya kami menggunakan sepenuhnya khidmat teksi dan bas. Gyeongju tiada metro station. Namun system pengangkutan awam di Gyeongju juga efficient dan mudah.



GYEONGJU ke BUSAN:


Kami menaiki bas untuk ke Busan dari Gyeongju. Perjalanan bas dari Gyeongju ke Busan hanya mengambil masa 1 jam 10 minit. 

Harga tiket bas Busan ke Gyeongju ialah 9,000 KRW seorang.

Bas dari Gyeongju ke Busan akan berhenti di Busan Central Bus Terminal yang terletak di subway Nopo-dong Station. Dari Nopo-Dong Station ni mudah sahaja untuk ke accomodations yang telah di tempah.



BUSAN:


Di Busan, seperti biasa kami banyak menggunakan kemudahan metro. Selebihnya ialah teksi dan bas. 

Sebagaimana Seoul, pengangkutan awam di Busan efficient dan menyenangkan.



PENGINAPAN / ACCOMODATION


JUMLAH KOS PENGINAPAN UNTUK PERCUTIAN SELAMA 2 MINGGU di SOUTH KOREA : RM 891 per pax 


Setiap hotel yang kami pilih untuk menginap adalah dalam kategori selesa, tetapi dengan harga yang 'resonable' dan ‘affordable’.


Details dan review terperinci untuk setiap penginapan ada di catitkan di entri ini http://ijaie.blogspot.my/2016/12/tempat-tempat-penginapan-murah-tapi.html




TIKET MASUK / ENTRANCE FEES


JUMLAH KOS TIKET MASUK : RM 103.00 per pax


Bagi saya, harga tiket masuk ke tempat-tempat menarik di South Korea harganya tidak mahal dan berbaloi.


Ada juga tiket masuk yang kami dapat dengan harga promo melalui kempen promosi yang di jalankan oleh Korea Tourism Organization.



MAKANAN, SHOPPING DAN LAIN-LAIN


Kami memang ada membawa makanan daripada Malaysia, namun kami juga memperuntukkan sejumlah wang untuk menikmati makanan di South Korea. Sememangnya kami tidak teragak-agak membelanjakan duit untuk menikmati makanan di Korea.


Jadi, untuk mereka yang mahu menikmati pelbagai makanan di South Korea, mungkin boleh tambah sedikit budget untuk makanan.


Saya akan sediakan satu entri khas untuk makanan di South Korea.

Untuk shopping pula, Seoul sememangnya adalah shopping heaven bagi penggemar skincare, make up, fashion dan banyak lagi.


Untuk Travel Insurance, saya telah memilih AXA yag berharga MYR 58.50 sebagai coverage sepanjang masa di South Korea.


Peruntukan wang untuk makanan, shopping dan lain-lain sememangnya mengikut kehendak masing-masing.


JUMLAH KESELURUHAN PER PAX


JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 2,686 setelah di campurkan jumlah tiket penerbangan, accomodations, pengangkutan dan entrance fees.


JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 1,899 sekiranya tidak termasuk tiket penerbangan MALAYSIA – SOUTH KOREA – MALAYSIA.


Jumlah ini ialah untuk 2 minggu di South Korea. 


Bajet untuk lain-lain perbelanjaan seperti souvenir, makan, shopping dan sebagainya saya tidak masukkan di sini kerana peruntukan untuk ini ialah mengikut kehendak dan kesukaan sendiri.

Dan akhirnya, rumusan kos pelancongan ke South Korea di atas dapat di simpulkan seperti di dalam rajah di bawah.



ITEM
Total MYR 
(PER PERSON)


TRANSPORTATION
KL - INC, PUS - KL (AIR ASIA)
787
Gimpo-Jeju (Eastar Jet)
61
Jeju-Busan (Air Busan)
73
Internal Trans (Metro, Bus, Taxi)
549
Car rental – Jeju
114
IDD
50
TRANSPORTATION (TOTAL)
1,633


ACCOMODATION
Seoul Station Pencil Hostel
127
Egg House Sokcho Guesthouse
69
Bong House
138
Maro Hostel
82
Ilchul Sun Pension
89
Kodakkodak Guesthouse
61
Olle Tourist Hotel
73
Blueboat Hostel Gyeongju
75
Kimchee Busan Guesthouse
178
ACCOMODATION (TOTAL)
891


ENTRANCE FEES (ALL)
103


TRAVEL INSURANCE –AXA
59


GRAND TOTAL
2,686




CADANGAN ITINERARI
SOUTH KOREA (SEOUL-SOKCHO-JEJU-GYEONGJU-BUSAN)


Pada saya, itinerari ini cukup lengkap dan akan banyak membantu di sepanjang perjalanan di South Korea.


(Sila klik untuk besarkan image dan lihat dengan lebih jelas)






 









Di harap entri kali ini banyak membantu anda yang mahu merancang sendiri percutian ke South Korea.

InsyaAllah jika ada kelapangan, saya akan update pula cara-cara untuk pergi dari satu daerah ke daerah yang lain serta makanan halal yang mesti cuba di South Korea.

Bagi yang mahukan itinerari macam saya, boleh je komen kat bawah tu dan tinggalkan email address, nanti free-free saya emailkan :-) Thank u for your time!!




14 comments:

  1. Salam..nt leh x tolg emailkan kat sni rossyana90@gmail.com sy pon akn pergi korea 2mgu jgak bln 10 nt.. huhu

    ReplyDelete
  2. Assalam ija...info yg bagus...cara penyampaian pun senang di ikuti..blh email itinerary ke email saya dzulana72@gmail.com...terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..Boleh share iti ke suhana2979@gmail.com? Thank you in advance

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..Boleh share iti ke sara2176@yahoo.com? Thank you in advance

    ReplyDelete
  5. salam, emailkan pada sy nurstars_25@yahoo.com.. terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  6. Tq awkkkk tlg send ya..bgus iti awk ni... ni email sy mashirnani@gmail.com


    Tq

    Tq

    Tq!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Boleh share itinerary ke revolution_8721@yahoo.com?? Terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.. cantek gambo.. kalu x keberatan boleh la email itinerary.. sammy_2906@yahoo.com Moga sedikit sebanyak dapat membantu.. 10q..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...itinerary yg best..boleh email ke noorhazilah@mrsmkuantan.edu.my.....tqvm��

    ReplyDelete
  10. Salam kak,boleh tak email details itinerary ni ke alisaisha3@gmailcom tq

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Boleh kongsikan intinery. Nak buat plan ke korea tahun dpn...email saya juhaidakamil@gmail.com. Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Salam..Boleh share itinerary to titaniuminc.aspx@gmail.com? tqvm :)

    ReplyDelete
  13. Salam. Please share your itinerary to nurulfatin.ar@gmail.com. Thank youuuu :)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.. Boleh share itinerary ke nnabilah17@yahoo.com?? Terima kasih.. ^_^

    ReplyDelete