Commercial Break

Monday, February 3, 2014

Labuan - Tempat-tempat yang menarik untuk di lawati di Labuan

Apa tempat-tempat yang menarik untuk di lawati di Labuan? Ya, jangan tak percaya, banyak juga tempat yang boleh di lawati oleh seisi keluarga jika ke Labuan. Antara tempat-tempat yang menarik di Labuan:

1)Muzium Chimney

Yang menarik tentang Muzium Chimner ini ialah ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan dan dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur bangunannya imerupakan ala British.

Apa yang misteri tentang Chimney ini ialah sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Misteri inilah yang menarik minat pelancong, malah penduduk tempata untuk mengunjunginya.


















2) Taman Burung Labuan

 Ini tempat di Labuan yang paling di sukai kanak-kanak. Mana tidaknya, terdapat hampir beratus species brung yang tidak pernah di lihat tedapat di sini. Taman Burung Labuan ini, terletak berdekatan dengan Chimney, jadi sebaik sahaja habis jalan satu Chimney, kami terus sahaja ke sini..
Yuran Kemasukan:
  • Dewasa - RM 3
  • Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Percuma
  • Pelajar/Warga Emas - RM 2
  • Pelancong - RM 5
Memang murah sangat, jadi tak rugi pun ke sini.Taman Burung Labuan ini dibuka setiap hari  kecuali pada hari Jumaat









3)Muzium Marin Labuan

Kalau tadi kita tengok burung, sekarang kita tengok ikan dan koral pula.


Muzium Marin Labuan ini dibina untuk memelihara warisan laut berharga Labuan dan bertujuan untuk memberi informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.



Kalau sesiapa yang berminat dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain, hati pasti terpaut pada tempat ini.





4) Ujana Kewangan / FInancial Park

Kalau dah tiba Labuan, sebenarnya tak sah kalau tak menyinggah Duty Free Shop. Alang-alang dah sampai biarlah bawak buah tangan.

Antara Duty Free Shop yang terkenal di Labuan ialah Sky Par Duty Freek yang terletak di Financial Park atau lebih di kenali sebagai Ujana Kewangan.

Kalau nak ke Sky Park Duty Free ni, tak perlu masuk ke dalam shopping kompleks, sebab ianya terletak di luar tepi-tepi je, tak pening nak cari.

Macam-macam barang di jual di sini, contohnya perfume. Memang cukup murah dan banyak.
Tapi hat ini tetap terpaut pada satu bahagian iaitu coklat!! Memang rambang mata tengok cokelat kat sini.

.




Dalam Ujana Kewangan ni terdapat banyak lagi kedai. Ada juga foodcourt. Kami makan di sini je. 





Terminal Feri Labuan
Dah penat dan puas berjalan, kami ke Terminal Feri Labuan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kota Kinabalu. Perjalanan di jangka dalam masa 3 jam, jadi kami siap-siap solat di sini.





4 comments:

  1. menarik=menarik....teringin nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ada rezeki satu hari nanti :-)

      Delete
  2. TERIMA KASIH INFO... PLAN NAK PEGI BULAN 12 ... nk tnya tempat ni smua bdekatan ke?? org jauh dr bndar labuan?

    ReplyDelete
  3. Sama2 :-)
    Semua tempat2 ni tak begitu jauh antara satu sama lain

    ReplyDelete