Commercial Break

Sunday, January 19, 2014

Khasiat Grapeseed Oil kepada kesihatan dan kecantikan kulit (Awet Muda dengan Grapeseed oil)

Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk menghidu udara di bumi ini dan menikmati hidup bersama orang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kebaikan Grapeseed Oil sebab ari tuh dan janji kat page RANIA HOMEMADE SABUN. (https://www.facebook.com/pages/Rania-Homemade-Sabun/124119211069430) – Siap bagi link lagi..paham-paham jek la ekk :-p.

Anyway, janjiku pasti di tepati.

Antara kebaikan dan khasiat Grape Seed Oil kepada kecantikan kulit adalah seperti berikut:

1)Menghilangkan jerawat
Grapeseed Oil mengandungi linoleic acid, iaitu sejenis bahan yang dapat menguatkan sel-sel kulit dan sekaligus memperbaiki atau menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat. Selain itu ia mampu bertindak sebagai agen antioksida dan anti inflamasi.a

2)Menegangkankan kulit
Salah satu bahan utama yang terkandung di dalam Grape Seed Oil ialah Astringent.Astringent ialah sejenis bahan yang mengaktifkan sel-sel kulit seterusya menegangkanya.

3)Mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata ( under-eye circles)
Kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam Grape Seed Oil dapat menghilangkan kesan lingkaranhitam di bawah mata dalam jangka masa panjang, jika di gunakan selalu secara berterusan.

4) Pelembap (Moisturizer)
Grape Seed Oil sangat mudah meresap ke dalam kulit dan mengandngi komponen yang mampu melembapkan kulit secara semulajadi.

5)Mengurangkan kesan anti penuaan
Menurut kajian oleh University of Maryland Medical Center, bahan antioksida semulajadi yang terdapat di dalam  grapeseed oil sangat berkesan dalam mengurangkan kesan-kesan penuaan.Ia dapat mengurang dan melambatkan kedutan, dan garis-garis penuaan termasuklah memberi kelembapan yang sebenar. Selain itu ia mampu manganjalkan kulit dengan kolagen dan elastin semulajadi.


Jadi tak hairanlah dengan ini grapeseed oil adalah antara bahan utama yang banyak di gunakan dalam produk kecantikan dan kosmetik seperti pelembap bibir (lip balm), pelembap muka(muisturiser), sunblocks, losyen dan banyak lagi. Banyak sungguh kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam grapeseed oil ni kan??

No comments:

Post a Comment