Commercial Break

Thursday, December 19, 2013

Berminat nak menjalani praktikal atau latihan industri di Tabung Haji?

Tabung Haji menerima permohonan praktikal daripada pelajar IPT berdasarkan pada keperluan semasa. Permohonan perlulah dihantar kepada:

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti
Lembaga Tabung Haji
Lantai 25,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

Sekiranya ingin menjalankan latihan industri di cawangan tertentu, pemohon dikehendaki memaklumkan dalam surat permohonan bagi pertimbangan selanjutnya. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti akan menghubungi semula melalui e-mel untuk memaklumkan sekiranya permohonan tersebut berjaya atau sebaliknya.

Syarat-syarat permohonan praktikal:

1. Tempoh mestilah melebihi 3 bulan.
2. Keutamaan pemilihan berdasarkan kelulusan CGPA 3.00 ke atas.
3. Bidang pengajian adalah bersesuaian dengan tempat menjalani latihan amali.

Dokumen yang perlu di sertakan bersama permohonan:

1. Resume pemohon.
2. Surat sokongan dari IPT.
3. Satu salinan keputusan peperiksaan terkini (transkrip).
4. Sekeping gambar berukuran passport.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03-6207 1919 

23 comments:

  1. Tempoh mestilah melebihi tiga bulan tu macam mana ye?

    ReplyDelete
  2. Kat mana boleh saya dapatkan borang permohonan ye?

    ReplyDelete
  3. Intern dekat th dapat elaun tak?

    ReplyDelete
  4. Intern dekat th dapat elaun tak?

    ReplyDelete
  5. Just nak tanye, ade vacancy for Software Developer team tak?

    ReplyDelete
  6. tabung haji still ambil lagi tak budak intern sesi jun 2016?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak pasti, cuba call nombor tertera

      Delete
  7. sekeping gambar berukuran passport ? lekatkan dekat resume or dia mmg nak satu keping?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole telefon di nombor tertera ya untuk kepastian

      Delete
  8. Assalamualaikum..tumpang tanya,awak pernah intern di TH ke?kalau pernah saya ingin bertanya detail tentang laporan amali yg harus dibuat pelajar di akhir sesi latihan..apa yg perlu ada dlm laporan tu ye?format die pun macam mana ye?saya da tanye pihak TH,mereka minta saya tanya bekas pelajar yg pernah intern di TH..Tu sahaja..TQ

    ReplyDelete
  9. bahagian teknikal boleh x menjalankan praktikal di th??

    ReplyDelete
  10. adakan TH menjalankan intenship di sabah??

    ReplyDelete
  11. adakah TH menjalan intership di bahagian semporna sabah?

    ReplyDelete
  12. Salam. Maaf, sy nk tanya, tabung haji terima tak food biotechnology student?

    ReplyDelete
  13. Salam, maaf saya nak tanya, tabung haji terima tak arabic language student untuk praktikal? Atau yang jenis tabung haji travel ke.

    ReplyDelete
  14. salam, bagi sesi 2017, adakah tabung haji masih menerima pengambilan pelajar praktikal?

    ReplyDelete
  15. Adkah TH terima pelajar dari dip pengajian perniagaan?

    ReplyDelete
  16. Masa awak hantar resume, resume awak dalam bahasa melayu or bahasa inggeris?

    ReplyDelete
  17. th terima tak klu student pengajian islam

    ReplyDelete
  18. Asalamualaikum . TH terima student pengajian pelancongan ?

    ReplyDelete