Commercial Break

Monday, February 25, 2019

Tempat penginapan strategik dan selesa di Jepun


Kami berada di Jepun (Tokyo – Nikko – Kawaguchiko – Disneysea) pada akhir musim luruh (autumn) selama 10 hari.


Selama tempoh tersebut, sebanyak 5 buah hostel/hotel telah kami pilih sebagai tempat untuk menginap di Jepun. Kesemua accommodations ini telah di tempah seawal 2 BULAN hinggalah 3 BULAN sebelum menjejakkan kaki di Jepun.

Berikut adalah jumlah harga setiap accommodations yang telah kami tempah:

1) First Cabin (1 malam): 5,300 yen per person
2) Hotel Famitic Nikko (1 malam) : 9,000 yen per room.
3) E-Hotel Highashi Shinjuku (3 malam): 35,000 per room for 3 nights.
4) Plaza Inn Kawaguchiko (1 malam) : 8,500 yen per room
5) Akhibara Hotel 3000 (3 malam) : 21,342 yen per room for 3 nights.

Penginapan di Jepun telah di tempah melalui website AGODA.

Ketika memilih dan menempah accommodations yang sesuai untuk 2 orang, saya telah mengambilkira beberapa faktor:-

1) SELESA YANG PALING MURAH. (atau BERPATUTAN). Percutian ini tidaklah bajet sangat,, memandangkan saya membawa ibu bersama. Pilihan pertama ialah yang selesa. Namun saya tetap dengan sedaya upaya cuba untuk meminimakan kos accommodations. Lagipun kami keluar awal pagi dan hanya pulang lewat petang/malam, jadi agak rugi jika pilih accommodations yang mahal. 

2) RATING YANG TINGGI. Walaupun murah/berpatutan, kesemua accommodations yang dipilih saya pastikan punya rating Agoda sekurang-kurangnya 7.5 dan ke atas. Saya juga membandingkan rating di Tripadvisor, Booking.com dan Hostelworld.com. Seperti yang telah dinyatakan di atas, saya tetap pentingkan keselesaan dan kepuasan hati dalam memilih tempat penginapan yang sesuai.

3) PRIVATE ROOM & PRIVATE BATHROOM Pilihan pertama, saya cuba untuk mendapatkan accomodations Private Room & Private Bathroom. Jika tidak mampu, saya akan aim hostel-hostel with shared bathroom dengan rating yang tinggi. Jadi, separuh accomodations yang saya senaraikan ini adalah murah untuk mereka yang mahukan private room. Jika anda pilih yang bukan private room, mungkin harganya boleh dapat lebih murah lagi.

4) HEATER & HOT SHOWER – ini sangat penting kerana cuaca autumn sejuk sedang menghampiri winter. Paling best kalau accommodation yang dipilih ada floor heating, pijak lantai yang warm dalam kesejukan yang mencengkam adalah sebuah kebahagiaan.

5) BERDEKATAN SUBWAY, BUS STATION atau EASILY ACCESSIBLE. Kalau tidak, jenuh menapak sebab kami menggunakan pengangkutan awam sepenuh masa. Kena rajin baca review jika mahu tahu betul atau tidak accomodations berkenaan berdekatan metro atau tidak kerana 5 minit orang Jepun mungkin bersamaan dengan 15 minit orang Malaysia berjalan kaki. Trust me!

6) BERSIH, BERSIH & BERSIH. Dah la murah, nak bersih pulak tu. Itu sudah pasti! Banyak je accomodations di Jepun murah dan bersih. Selain bersih, pastikan jangan ada bed bug (kena baca review satu persatu jika mahu tahu ada bed bug atau tidak.)

Semasa accomodations ini di tempah, ianya adalah pada waktu yang berbeza-beza, maka rate semasa itu juga berbeza-beza.

Setelah study berulangkali, akhirnya berikut ialah senarai tempat-tempat penginapan pilihan yang telah di tempah selama berada di Jepun. 



1)First Cabin (Haneda)



Apa yang bestnya hostel ni?

Tujuan utama saya memilih tempat ini ialah kerana mahu merasai tinggal di capsule hostel. Sebab kedua ialah saya merancang untuk bergerak ke Nikko dengan menaiki bas dari Airport Haneda pada awal pagi, maka hostel ini adalah pilihan yang paling sesuai memandangkan ia terletak di kawasan airport. Ianya sangat dekat dengan Haneda International Airport, dan hanya perlu menaiki shuttle bus untuk ke First Cabin, yang terletak di Haneda Terminal 1.

Selain itu, hostel ini sangat bersih, dengan toilet yang first class. Kemudahan yang disediakan adalah first class dengan selipar, baju tidur dan toiletries brand Sheiseido yang terdiri daripada pencuci muka, toner malah moisturizer. Ladies Cabin dan Men Cabin adalah berasingan.






Kelemahan capsule hotel ialah untuk orang yang mudah terjaga, mungkin tidur akan sedikit terganggu sekiranya jiran-jiran capsule keluar/masuk/bercakap walaupun dengan nada perlahan.



My rating : 7.0/10 - Capsule hotel adalah pengalaman yang unik, tetapi saya suka tidur didalam keadaan yang senyap sunyi, maka mungkin saya tidak akan memilih capsule hotel lagi selepas ini. Jika anda jenis yang tidak mudah terjaga semasa tidur, saya rasa capsule hotel lebih bagus daripada hostel kerana keadaan tempat tidur yang sangat privacy.




2) Hotel Famitic Nikko

Saya pilih hotel ini kerana ia adalah hotel yang paling murah dengan rating yang paling tinggi di Nikko mengikut ciri-ciri yang saya mahukan.

Hotel ini tersangatlah dekatnya dengan TobbuNikko station, tak sampai 5 minit berjalan kaki.


Bilik yang saya pilih mempunyai tandas dan sinki di dalam bilik, cuma untuk shower ianya terdapat di luar, bersebelahan bilik. Keluasan di dalam bilik adalah sederhana, tidak besar tetapi memadai untuk 2 orang.

Toiletries juga tiptop, dengan pencuci muka dan moisturizer.






Kebersihan adalah tip top, dengan pemandangan luar yang amat memukau.

Yang seronoknya, hotel ini berhadapan dengan Famili Mart, malam-malam sempat kami ke sana minum coffee dan hot chocolate.

Malam tidur memang enak kerana suasana bilik yang sunyi, tambahan pula bilik di lengkapi dengan floor heating.

My rating: 9/10



3)E-Hotel Highashi Shinjuku

Segala-galanya yang ada di sini sememangnya seperti hotel. Harga sebenar hotel adalah mahal, tetapi saya dapat grab semasa promo oleh Agoda.






Keluasannya tidak besar, tetapi memadai untuk 2 orang, bergantung kepada saiz beg.  Semuanya lengkap termasuklah ada ubat gigi dan siap dengan toiletries seperti pencuci muka, toner dan moisturizer. Kebersihan adalah tip top.  Toilet sudah tentulah complete di dalam bilik.



Yang paling seronok, hotel ini terletak betul-betul di sebelah pintu masuk mrt station.


My rating: 8.5/10



4) Plaza Inn Kawaguchiko

Mungkin kerana Kawaguchiko menjadi tumpuan ramai pelancong, jadi di saat-saat saya survey accomodations di sini, tak banyak yang tinggal mengikut jenis-jenis hotel yang saya mahukan. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk menempah hotel ini kerana terbaca review bahawa ia merupakan bangunan lama. Namun nasib baik semuanya baik-baik sahaja haha!

Walaupun accommodation ini ialah sebuah hotel di bangunan yang agak lama, tetapi ianya bersih dan lengkap, toilet di dalam bilik.  Ianya merupakan bilik yang paling besar sepanjang saya menginap di Jepun. Ntah mengapa saya lupa mengambil gambar bilik, mungkin kerana terlalu asyik mengambil gambar video dan pemandangan di luar. Jadi kalau nak tahu pemandangan di dalam bilik, boleh aje tonton video di bawah sekali.

Bilik saya menghadap belakang, view luar bilik memang super awesome! Paling best boleh lihat rumah-rumah orang Jepun secara dekat. 






Ianya sangat dekat dengan Kawaguchiko Station, iaitu lebih kurang 5 minit berjalan kaki.

Cuma yang tak bestnya, ada receptionist yang agak kurang fasih berbahasa Bahasa Inggeris.

My ratings: 7.5/10

   

5) Akihabara 3000



Antara semua tempat saya menginap di Jepun, Akihabara 3000 adalah yang paling jauh dari stesen mrt iaitu sejauh 600 meter.

Ianya merupakan sebuah hostel dan kesemua tandas terletak di luar bilik.

Seperti biasa, saya tetap memilih private room untuk 2 orang. Kekurangannya, semua katil adalah jenis dua tingkat, tiada double bed atau single bed. Namun yang bertuahnya, sepanjang kami menginap, hanya kami berdua di tingkat tersebut dan penggunaan tandas juga amat privacy, iaitu kedua-dua toilet  dan shower room sangat dekat terletak di hadapan bilik.



Paling saya suka di hostel ini ada disediakan kemudahan coffe, tea etc 24 hrs di kafenya yang berada di tingkat bawah sekali.

My ratings: 7.5 /10


RINGKASANNYA, 
JUMLAH KOS PENGINAPAN PER PAX bagi 10 hari percutian kami di Jepun ialah MYR 1,605 Per pax.

Bagi yang berminat untuk lihat lebih lanjut, ini pula video accomodations di atas..harap dapat membantu.

Tq and stay tune for next entry!





Other similar posts:


http://ijaie.blogspot.com/2019/04/tips-jimat-pengangkutan-awam-di-jepun.html

Friday, February 1, 2019

PELANCARAN EBOOK WAJAH CANTIK TANPA SUPLEMEN

Tahu tak, di dapur tu banyak sangat bahan yang boleh kita gunakan untuk kecantikan kulit. 

Bukan saja untuk dimasak, malah boleh diguna pula untuk dibuat skin care, body care, hair care dan foot care.

Anda nak tak, sesuatu yang mampu bantu anda hasilkan produk penjagaan wajah mengikut jenis kulit, HANYA dari bahan dapur saja. Bahan dapur ni termasuk sayur, buah, minyak, herba dan rempah ratus. 

Di sini  terdapat cara buat skin care yang fresh, yang boleh dipakai setiap hari, tapi sungguh berkesan dan efektif. 

Gabungan petua tradisional dan moden untuk kecantikan dan kesihatan. Sebelum ni edisi mini sudah di keluarkan, dan ramai orang dah cuba resipi dalam tu dan gembira dengan perubahan kulit mereka.


Sempatlah beraya dengan kulit baru yang buatkan orang tanya, "WOW, pakai skincare apa tu?"


"Alah, dari buah kat dapur je."


"Wahh, berserinya muka kau!"


"Alah, aku ikut resipi guna bahan dapur je."


✔️ Tak perlu dah nak belanja lebih beli setiap bulan untuk maintain skin care mahal.

✔️ Hasil sebaik buat facial spa yang mahal

✔️ Tak risau dengan bahan kandungan skin care sebab kita tahu apa yang kita guna dan masukkan.

✔️ Mudah dan cepat. Hanya perlu simpan dalam peti sejuk.

✔️ Sesuai untuk orang berkulit sensitif yang susah betul nak cari skin care sesuai.

✔️ Back to nature. Beralih kepada cara cleopatra yang lawa jelita hingga menawan lelaki terhebat di dunia.

✔️ 100% guna bahan alami, 100% selamat untuk kulit


Best kannn? 



Jom lihat apa isi kandungannya?










BERAPA HARGA EBOOK?

RM25 saja. 

Ya, tak tipu. Memang harga ini sangat mampu dimiliki supaya anda boleh jadikan ia koleksi dan khazanah berharga.

BOLEH BELI DI MANA?






APA LAGI BONUS YANG SAYA DAPAT?

Bukan sahaja anda dapat ebook dengan harga yang mampu milik, malah anda akan di bantu untuk dapatkan kulit idaman sebelum hari raya!

Hanya dalam group telegram khas untuk pembeli ebook wajah cantik tanpa suplemen!

Bertindaklah sekarang, pasti tercapai hajat di hati!