Commercial Break

Tuesday, January 12, 2016

Galata Tower

Kami menaiki tram ke Karakoy untuk ke Galata Tower. Untuk sampai ke situ, kami perlu menyeberangi Selat Bosforus yang merupakan sempadan antara dua benua menggunakan tram. Setelah turun di Karakoy, kami menanyakan seorang pengawal keselamatan arah tuju Galata Tower dan ditunjukkan kearah satu lorong mendaki bukit. 


Lorong mendaki bukit yg mampu membuat sesiapa pun mengah, tidak mematahkan semangat untuk melihat dengan mata sendiri antara tourist spot yang popular di Istanbul itu.


Semasa ianya di bina pada tahun 1348, ianya merupakan mercu tanda tertinggi di Istanbul. Banyak sejarah melingkari menara yang menawarkan pemandangan menarik dari lantainya yang teratas ini. 

Selesai bersiar-siar dan mencuci mata di sekitar Galata Tower, kaki masing-masing terasa amat lega kemudiannya apabila menuruni bukit melalui deretan kedai-kedai di sekitar Galata Tower untuk ke Metro Tunnel.


4 comments:

  1. seronok baca kisah2 travel sis. sblm ni saya silent reader. salam perkenalan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan :-)
      Terima kasih sudi jengah

      Delete