Commercial Break

Tuesday, November 3, 2015

Ephesus, The Ruin City



Kami sudah terpacak di Ephesus The Ruin City sejurus selesai menikmati sejarah di Rumah Ibu Nabi Isa a.s dan 7 Sleepers (Ashabul Kahfi).

Bayaran tiket masuk ialah 30 TR seorang. Keluasan Ephesus, berganda-ganda lebihnya daripada Hierapolis. Bentuk muka buminya berbukit bukau. Harus ada stamina yang juga berganda jika di sini.



Penempatan di Ephesus telah wujud sangat lama dahulu, iaitu seawal 6,000 tahun sebelum masihi lagi (zaman Neolitik!!) dan kewujudannya kekal sehingga ke abad 15 selepas masihi. Mengikut anggaran, populasi Ephesus pernah mencecah sehingga ke 56,000 orang.



Sekiranya di Hierapolis anda pasti terasa seperti berada di zaman Roman lama seakan di dalam filem yang pernah di tonton, perasaan di Ephesus pula sangat sukar di gambarkan. ianya lebih dari itu. Susah mahu saya jelaskan. Apa yang saya tunjukkan di dalam blog ini, hanya sedikit sahaja.

Orang yang sayang sejarah, orang yang minat sejarah, sejam dua barangkali bukan waktu yang cukup semasa di sini.

Kami melalui pelbagai lokasi seperti perpustakaan, teater, stadium, tempat shopping, port, kuil dan banyak lagi. 














Dan yang paling menarik ialah kawasan perumahan.

Terdapat perbezaan yang ketara di antara kawasan perumahan orang-orang kaya dan orang-orang miskin. Nyatalah, kewujudan kasta tidak pernah mengenal zaman. Cuma pengenalannya sahaja yang yang tidak sama.




Hampir setiap pelusuk kami jelajahi. Itu untungnya jika pergi sendiri tanpa tour guide. Boleh menghabiskan masa seberapa lama yang di mahukan di tempat seluas ini.

Sekali lagi, amat jelas Ephesus dan kristianity sangat berkait rapat.

Apa yang menarik, adalah di percayai bahawa Ephesus adalah lokasi kisah 7 pemuda Ashabul Kahfi yang di sebutkan di dalam Al Quran.

Katanya, di salah sebuah gua di Ephesuslah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi telah tertidur berabad lamanya. Wallahualam.

Nota: Ephesus merupakan salah satu lokasi UNESCO World Heritage Site di Turki.




No comments:

Post a Comment