Commercial Break

Thursday, October 22, 2015

Pamukkale




Kami tiba di Ofis Metro Turizm di Pamukkale lebih kurang pada pukul 7.30 pagi. Ofis Metro Turizm di Pamukkale ini agak besar, walaupun tidak sebesar di Istanbul. Ia juga betul-betul terletak di tengah-tengah pekan Pamukkale yang merupakan sebuah pekan yang kecil sahaja walaupun namanya begitu gah di serata dunia!


Sebaik sahaja sampai di situ, kami telah memastikan perkara-perkara berikut sebelum check-in hotel;

1) Membeli siap-siap tiket bas pukul 9.30 pagi untuk keesokan harinya dari Pamukkale ke Selcuk. Tiket bas berharga 60 TR seorang.

2) Salah satu kelebihan menaiki Metro Turizm ialah ofis mereka di Pamukkale ini ada juga menawarkan pakej-pakej tour di sekitar Pamukkale dengan harga yang berbaloi. Setelah memilih dan meneliti, kami segera menempah tiket tour untuk ke Karahayit (Red Hot Springs & Glazier), Hierapolis, Cotton Castle dan Travertine Pamukkale dengan harga 60 TR seorang. Ianya akan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang pada hari itu juga. Harga tersebut termasuk tour guide, transportation, entrance fees dan lunch.

Selesai semua urusan, baru kami berjalan kaki menuju ke hotel apabila diberitahu bahawa hotel kami tidak jauh dan boleh berjalan kaki sahaja. Alhamdulillah, sungguh tidak di sangka, rupa-rupanya hotel kami hanya 500 meter sahaja berjalan kaki dari ofis Metro Turizm, tempat kami di berhentikan sebentar tadi.

Hotel Pamukkale, harganya cuma 75 TR satu malam, di booking melalui Agoda.com. Inilah hotel TERMURAH yang telah kami duduki sepanjang di Turki.

Kami fikir, mungkin ianya hotel biasa-biasa sahaja.


Rupa-rupanya, dengan harga sebegitu, hotel ini lebih dari jangkaan ‘biasa’. Tidaklah ia luar biasa, tetapi ia lebih dari memuaskan hati dengan harga yang murah untuk dua orang. Selain lokasi, ianya juga ada swimming pool. Swimming poolnya pula diisi oleh air daripada air panas semulajadi yang dialirkan daripada Travertine Pamukkale. Biliknya sederhana besar, simple dan ada tingkap (hahaha setelah 3 malam menginap di hotel gua, kami benar-benar perlukan tingkap). Bilik air bersih. Keseluruhan bilik bersih terjaga. WIFI PERCUMA.


Lokasi superb. Selain ianya berdekatan dengan ofis Metro Turizm yang menjadi transport utama kami di Pamukkale, di sekelilingnya juga ada kedai-kedai souvenir, restoran-restoran, kedai runcit dan ianya berdekatan dengan pintu keluar / masuk Cotton Castle. Namun harus di ingatkan, Pamukkale hanya pekan kecil sahaja. Jadi ianya tidaklah terlalu happening. Kami tinggal di Pamukkale pun hanya satu malam khas untuk ke tempat-tempat yang telah kami booking melalui tour sahaja.

Breakfastnya simple sahaja, namun tetap mengenyangkan. Tiada buffet kerana mereka terus hidangkan sejumlah beberapa jenis makanan kepada kita. Tidak pasti kalau perut orang Turki, tapi kalau perut Melayu pasti penuh. Unlesslah kalau memang dah target nak makan buffet, tak dapat nak menolong.

Kafeterianya mengadap Cotton Castle, pemandangan cantik dan indah.

Separuh dari makanan. Yang lain dah masuk perut.

Yang penting, mereka beri kami check-in awal tanpa ekstra caj (telah dimaklumkan awal-awal melalui Agoda bahawa bas kami akan tiba awal).

Sempat kami berehat-rehat, mandi dan menyegarkan diri sebelum menyertai tour yang akan bermula pada pukul 10 sebentar nanti.



4 comments:

  1. Salam... Brape jam ye bas dari cappadocia ke pamukkale? n bas dari pamukkale ke istanbul brape jam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Cappadocia-Pamukkale - 10 jam.
      Pamukkale ke Istanbul saya tidak pasti

      Delete
  2. Salam Ija

    If kita dr cappadocia dan nak ke pamukkale dia akan turunkan kita kt denizle atau bawak terus pamukkale?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dhiya,
      We all naik bas yang mmg chartered khas terus ke Pamukkale...so dia direct terus ke Pamukkale.
      Ada gak yg singgah di Denizle...jadi mmg kena tanya mereka untuk sahkan status bas

      Delete