Commercial Break

Monday, October 19, 2015

Love Valley of Cappadocia

Hari ini adalah hari terakhir di Cappadocia dan kami akan bertolak ke Pamukkale pada malam hari dengan menaiki long distance bas. Selepas relaks-relaks menghirup udara di Uchisar sepuasnya, menghampiri pukul 10.30 baru kami check-out dari hotel. Sekiranya ada rezeki untuk ke Cappadocia sekali lagi, saya pasti akan menginap di hotel berkonsepkan gua juga, tetapi teringin mencubanya di hotel lain pula.

Teksi yang di tempah atas pertolongan owner Uchisar Pension dengan harga 20 TR datang menjemput kami di hotel untuk ke kaunter Metro Turizm di Otogar, Goreme Valley. Kami tumpang letak bagasi di kaunter Metro Turizm di Goreme then minta teksi yang sama hantar kami ke Love Valley pula dengan tambahan harga sebanyak 20 TR.

Sebenarnya boleh je nak berjalan kaki then naik pengangkutan awam dari Uchisar ke Goreme tetapi di sebabkan kesuntukan masa dan juga sudah jenuh menapak berkilo-kilometer sejak hari pertama di Turki, maka kami layankan juga menaiki teksi untuk kedua-dua lokasi tersebut.


Love Valley.

Untuk yang mempunyai banyak masa di Cappadocia, ini merupakan satu lagi trek yang mempunyai pemandangan yang unik serta boleh dinikmati tanpa perlu membayar apa-apa. Ianya lebih kurang sama dengan Fairy Chimney yang terdapat di Cavusin, cumanya di sini bentuk2 Fairy Chimney nya agak 'unik' dan sesuai dengan namanya sebagai Love Valley.

Jika kesuntukan masa, anda mungkin boleh memilih di antara Fairy Chimney yang terdapat di Cavusin atau Love Valley ini.


Kemudiannya kami menaiki dolmus dari Love Valley untuk ke Goreme dengan harga 2TR seorang. Kami singgah makan di Nazar Borek sebelum bertolak ke Avanos dengan menaiki dolmus dengan bayaran 2 TR seorang.

No comments:

Post a Comment