Commercial Break

Tuesday, October 20, 2015

Avanos, Cappadocia





Avanos merupakan satu pekan lama yang terkenal dengan pembuatan pottery sejak berabad lamanya dan juga istimewa kerana sungai yang terpanjang di Turki iaitu sungai Kizilirmak (Red River) melalui pekan ini.

Jarang-jarang tourist melawat tempat ini namun ianya merupakan lokasi yang ideal untuk lebih mengenali penduduk di Cappadocia. Semasa kami tiba dan bersantai di sini terutamanya di tepi sungai yang menjadi tumpuan penduduk di sini, sememangnya tidak kelihatan seorang tourist pun di sini. Ramai penduduk tempatan sedang bersiar-siar dan bersantai bersama keluarga. 

Di sini juga banyak kedai-kedai menjual aiskrim. 

Kami tidak lama di sini, sekadar bersantai-santai dan bersiar-siar. 

Lebih kurang pukul 5 petang, kami menaik semula dolmus (3 TR seorang) untuk ke Goreme Valley.

No comments:

Post a Comment