Commercial Break

Tuesday, June 16, 2015

Malam pertama di Mesir


Kapal terbang Saudi Airlines yang kami naiki selamat mendarat di Cairo pada pukul 11.30 malam.

Untuk melepasi imegresen Mesir, barisannya agak panjang. Sambil itu hati sempat berdoa agar semuanya di permudahkan kerana banyak cerita kurang enak yang kami dengar mengenai imegresen Mesir.  

Namun semuanya mudah. Pegawai Mesir di kaunter hanya melihat sepintas lalu muka hadapan passport Malaysia.  Senang sangat di lepaskannya. Ianya di cop dan kami melangkah secara rasmi di Mesir yang selama beberapa minggu mengganggu ritma normal debaran hati. Lega rasa dan serta merta malam hari di Kaherah kelihatan terang.

Kami terus menyelesaikan segala-galanya, mengambil bagasi dan melalui pemeriksaan untuk sekian sekalinya.  Beg-beg kepunyaan penumpang-penumpang di hadapan kami ada yang di buka. Kelihatan mereka periksa setiap inchi di dalam beg. Ada yang di hujani dengan soalan yang bertubi.

Tiba giliran kami, pegawai kastam hanya membelek sepintas lalu passport Malaysia dan terus dilepaskannya kami tanpa lansung menyentuh beg.

Alhamdulillah. Mungkin malam itu tuah memihak. Tuah tidak akan datang tanpa istiqamah doa agar kemasukan detik-detik awal di permudahkan.

Dan akhirnya lega. Detik-detik pertama di Mesir berlansung dengan amat baik.

Akhirnya di balai ketibaan, gembira sangat melihat wajah manis ceria Nazihah di sebalik wajah-wajah Arab Mesir yang berebutkan penumpang untuk menaiki teksi mereka. Dua tahun sudah tidak melihat wajah itu. Pasti ada rindu kami dan rindu dia.

Malam pertama di Kaherah, kami tidur di Rumah Perlis, iaitu rumah anak negeri / rumah tamu yang boleh di sewa sekiranya tidak di gunakan. Ianya amat besar, mempunyai beberapa buah bilik yang berharga daripada 120 le sehingga 200 le satu malam dan terletak di Hayyu Sabi' serta bersambung dengan asrama Rumah Perlis di atas bangunannya. Kami menyewa bilik yang berharga 200 le. Ia merupakan bilik yang paling mahal di rumah Perlis kerana ada attached bathroom di dalamnya. Namun harganya amat berbaloi-baloi lebih-lebih lagi setelah convert ke duit Malaysia yang dua kali ganda lebih besar daripada Egyptian Pound (EP) atau lebih popular dengan panggilan geneh (le).Ianya lebih kurang RM 100 satu malam.

Manakala yang paling murah(120le) ialah bilik dengan pilihan tandas di luar bilik.

Saya rasa ada lebih kurang dalam belas-belas jumlah bilik dalam satu rumah. Selain daripada itu ada ruang tamu, ruang makan, dapur dan mesin basuh.

Ianya bersih dan selesa. Ubat gigi, sabun dan syampu di sediakan.

Walaupun malam sudah agak lewat, namun tidur kami tetap nyenyak kerana amat keletihan setelah berbelas jam dalam perjalanan KUALA LUMPUR-CAIRO.

I

Dan ini gambar daripada hadapan dan luar Rumah Perlis yang di ambil keesokan paginya.






Nota:
Visa ke Egypt bagi warganegara Malaysia ialah percuma dan boleh di dapati terus di kaunter imigresen di airport di Egypt (Visa On Arrival). Namun, bermula 15 Mei tahun 2015, semua pelancong Malaysia ke Mesir perlu membuat permohonan Visa di kedutaan semasa di Malaysia lagi.

8 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya baru tahu berkenaan rumah penang pun ada sediakan homestay.
    Berkenaan visa on arrival ( percuma 2minggu), pada Bulan Mei sememangnya ada pengumuman untuk Mesir menghentikan pemberian VOA. Namun diumumkan 2minggu kemudian, tindakan tersebut ditangguhkan selama 6-8 Bulan sementara sistem kastam mereka diupgrade ke sistem baru. Sehingga sekarang VOA masih diberikan. Kemungkinan akan diberhenti mulai JANUARI 2016 ( jika dikira 6-8 Bulan Selepas pengumuman penangguhan). Apa-apa update boleh didapati dari Laman Web kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
    Alhamdulillah, selalunya utk warga Malaysia, kastam X check beg yang dibawa ( minta dibuka). Saya rasa mgkin kerana kebiasaan student Malaysia di sini hanya stok makanan dari Malaysia. Saya pun setiap kali pulang melepasi checkpoint kastam, warganegara lain dihadapan saya kebanyakan disuruh utk membuka beg. Sampai saya, dia cuma Tanya, 'apa ni? Makanan?' yup semua makanan.. 😁
    Terima kasih untuk travelog ini, banyak yg saya belajar. Saya bakal menjemput rombongan keluarga saya dari Malaysia.
    Terima kasih kerana sediakan juga enterance fee setiap tempat dilawati.
    Boleh Mula merancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Terima kasih di atas maklumat yang berguna. InsyaAllah semoga perancangan untuk membawa keluarga ke Mesir di permudahkan. :-)

      Delete
  2. Assalamualaikum Cik Ija,boleh saya dapatkan email Cik Ija?Ada beberapa pertanyaan yg saya ingin tanya.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Boleh. ijaierania@gmail.com

      Delete
  3. Salaam mohon jasa baik share how to book rumah perlis.contact number n contact person.terima kasih byk2....nazrisaid59@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Boleh check email :-)

      Delete
    2. Salam ija..saya pun nk mohon jugak no contact... Mekasih..jasamu dikenang wink2
      iron.minx@gmail.com

      Delete
  4. assalam ija nak tumpang tanya nak sewa duduk bilik rumah2 perlis /negeri lain syarat die kita mesti asal dari negeri tu ke cmana??minta tlg ija share cara nak book semua boleh x? terima kasih budi baik anda sangat dihargai. nursyahirahazahar@gmail.com

    ReplyDelete