Commercial Break

Thursday, April 2, 2015

Keajaiban dunia di MILFORD SOUND

Dingin pagi itu di Queenstown, 5’ celcius.

Terdengar ibu menggigil-gigil di dalam telekung menahan kesejukan. Membuatkan saya berasa takut untuk keluar dari selimut. Bergegar-gegar katil apabila ibu masuk semula ke bawah selimut, masih mengigil.

Dengan berat hati saya keluar dari selimut, bukannya malas mahu menunaikan kewajipan solat, tetapi agak seram melihat reaksi ibu yang sebegitu. Keluar sahaja dari selimut, udara sejuk dengan segera menyapa tubuh. 

Ya Allah amat sejuk. Sejuk tahap maksima. Lagi-lagi selepas selesai wuduk. 

Namun, kesejukan melampau yang di rasai pagi itu tidak menghalang semangat kami untuk bersiap-siap dan bersedia untuk ke Milford Sound. Kami harus bertolak seawal 5 pagi kerana perlu sampai untuk menaiki cruise di Milford Sound pada pukul 11.30 pagi.

Sememangnya, perjalanan yang di tempuh dari Queenstown - Kingston- Lumsden - Mossburn - Te Anau - Milford Sound itu sangat mengujakan. Sangat indah tidak terbayang oleh kata-kata. Gambar pun tidak cukup indah untuk menyatakannya. Merata-rata air terjun dan bukit bersalji. Ada juga tasik dan terowong. Ianya pelbagai variasi keindahan.


Kelihatan salji mulai mencair 


Setelah 5 jam yang tanpa bosan, akhirnya kami sampai di Milford Sound. Jalan masuk ke Milford Sound sendiri sudah cukup indah. Amat mempesonakan.
 
Tangkap leleh tengok pemandangan sebegini

Banyak cruise yang menawarkan pengembaraan indah Milford Sound, dan kami telah memilih untuk menaiki Jucy Cruise yang berharga 50 NZD per pax. Rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai cruise ini.JUCY CRUISE.
Begini keaadaan di dalam Juicy Cruise
Pada mulanya saya hanya duduk-duduk sahaja di tempat tertutup ini sambil meminum coffee percuma yang di sediakan. Tiba di satu tempat setelah lebih kurang 10 minit cruise bergerak, beberapa orang kelam kabut keluar menuju ke open space yang terlatak di atas sekali dan di bawah sekali. Terus saya tidak keruan di buatnya. Apakah yang menarik? Hati tertanya-tanya.

Lalu coffee yang enak segera di tinggalkan lalu memecut menaiki open space di tingkat atas. Sudah ramai orang yang bertenggek menyukarkan saya untuk melihat. Cuba-cuba mencari ruang kosong. Beberapa mat salleh tersedar akan kehadiran saya dan dengan baik hatinya mereka memberi ruang. Ahamdulillah. 

Manalah tidak dapat tidak dapat dilihat Islam dalam diri mereka ini setelah begitu banyak kebaikan yang saya saksikan sendiri di bumi New Zealand ini. 




Selamat saya berada di depan sekali.

Rupa-rupanya, di bawah di tepi kapal, sekumpulan dolphins berenang laju menyaingi cruise yang kami naiki seolah mengajak untuk berlumba. Ya Allah rasa macam best sangat masa tu. Yang paling best ada seekor dua yang melompat seakan menunjukkan skill.


Agak lama juga dolphins (ikan lumba-lumba) ini mengikut cruise kami, sehinggalah tiba di satu lokasi, kami ternampak anjing laut (seal) pula sedang bersantai dan bersidai di sini.



Milford Sound memang sangat mengkagumkan. Tidak hairanlah ia tersenarai di antara lokasi pelancongan yang sangat menabjubkan dan mesti di lawati oleh Trip Advisor 2008.





Dalam gambar-gambar di atas tu nampak waterfall yag kecil kecil je kan? 

Kemuncak cruise Milford Sound ini ialah apabila cruise lalu bertul-betul dibawah waterfall yang amat besar.

Memang terasa air terpercik ke arah kami yang sedang berdiri di open space.
            

Setelah beberapa lama kemudian apabila cruise mulai berpatah balik, barulah ramai yang meninggalkan open space/viewing area dan duduk-duduk melihat view dari dalam sahaja. 

Hanya ada beberapa orang sahaja yang masih tinggal.


Seronok je mat salleh ni enjoy di tiup angin. Saya pula, tudung sudah senget benget akibat angin.


Masa orang tidak berapa ramai ni, sempat kami berborak-borak dengan sekumpulan pelancong yang datang dari Spain. Mereka ni saudara mara atau adik beradik. Untuk ke sini, dari Spain mereka travel selama 48 jam. Huh..lama sangat.

Sempat saya dan ibu bergambar bersama mereka.




Keseluruhannya, cruise di Milford Sound adalah kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.


5 comments:

  1. Assalamualaikum.. bole share pakej percutian mana yg saudari sertai? emailkan kepada saya di zamirjalil@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, saya tak ikut mana2 pakej percutian. Saya pergi secara backpackers

      Delete
    2. Waalaikumsalam, saya tak ikut mana2 pakej percutian. Saya pergi secara backpackers

      Delete
  2. ija.. mebi sy terlepas pandang, awak pergi bulan berapa yer?
    sy insya Allah bln 12 ni.. summer tapi teruja sebab blog awak ada salji sikit2.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Izza,

      Saya pergi akhir bulan 11 - awal bulan 12. ya..masih ada salji walaupun sudah masuk awal summmer..dan masih sejuk sangat di sesetengah tempa..study cuaca betul2 ya...summer tidak semestinya panas

      Delete