Commercial Break

Tuesday, April 14, 2015

Bermusafir

Assalamualaikum kepada pengunjung setia blog ini (jika ada),

Saya akan ke oversea lagi, untuk travel, relax dan enjoy ciptaan Allah Yang Maha Esa.

InsyaAllah, kali ini saya akan menjejakkan kaki ke dua buah negara. 

Satunya negara yang penuh dengan kisah salah satu Rasul UlulAzmi. Nabi yang pernah berkata-kata dengan RabbulAlamin.

Dan satu lagi negara yang amat indah dan unik dengan pertembungan antara budaya Eropah dan Timur.

Jangan terkejut jika saya lama tak update blog ini. Saya pasti akan berkongsi kisah menarik perjalanan saya setelah saya pulang ke Malaysia.

Doakan saya selamat, di permudahkan segela urusan dan di beri kesihatan yang sempurna.

Terima kasih atas doa kalian :-)

Thursday, April 9, 2015

Tips melancong dan shopping di New Zealand

Kaki melangkah masuk ke kedai. Serta-merta kehadiran di sambut dengan senyuman paling manis dengan di iringi kata-kata, 

“Good Morning, how are you?” 

“Can I help you?”

Saya menggelengkan kepala sambil tersenyum, 

“It’s ok. Can I look around first?”

Pelayan kedai menjawab dengan mesra,

“Of course, just call me if you need any assistance,"

Dan selepas itu saya dapat membeli-belah dengan tenang, kadang-kadang memanggil dan bertanya pelayan kedai untuk sebarang kemusykilan. Mereka tidak pernah jemu membantu.

Dan, walaupun mana-mana sahaja jika ada pelanggan keluar dengan tangan kosong tanpa membeli, mereka tetap senyum dan berkata, “Ok, have a nice day, see you again”

Budaya peramah dan lembut dalam melayan pelanggan ini nampaknya bukan sahaja di pamerkan oleh golongan Kiwi, malah turut mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang berniaga di sini.

Manalah hati tidak tertarik dengan keagungan budi bahasa.

Shopping dan membeli-belah di New Zealand amat mudah, ada beberapa tips yang mungkin mampu membantu anda di New Zealand:

1) Sebelum membeli makanan, pastikan ada tanda halal untuk setiap makanan yang anda ragu status halalnya. Jabatan yang memantau halal di New Zealand ialah FIANZ - The Federation of the Islamic Association of New Zealand.

2)Anda mesti cuba  aiskrim, susu, brownies dan cookies kerana rasa susu di sini sangat segar dan sedap. Pastikan ianya halal.  Cuba aiskrim yang halal dan sedap di New Zealand, seperti jenama Kiwiyo. Cookies pula ialah Cookies Time.

3)Beli coklat Whittakers dan Cadbury di New Zealand. Coklat jenis ini yang di jual di sana kebanyakannya ialah limited edition, iaitu tidak pernah di bawa masuk ke Malaysia. Semuanya sedap-sedap dan marvelous rasanya.

4)Dapatkan honey/madu di New Zealand. Sebenarnya, mereka mengeluarkan bermacam-macam variasi honey untuk pelbagai khasiat, bukan hanya Manuka sahaja. Honey/Madu yang dijual ini memang tak akan kita jumpa di Malaysia, contohnya Rewarewa Honey.

Perhatikan promosi berbaloi yang mereka tawarkan. Di Auckland saya telah memborong beberapa honey di Comvita yang berdekatan Harbour kerana pada masa itu mereka telah membuat promosi dan honey di jual dengan harga yang sangat berpatutan.




5)Barang-barang kecantikan yang di perbuat daripada bahan semulajadi dan natural seperti sabun, losyen, dan lain amat mudah di dapati di New Zealand. 

6)Souvernirs yang paling murah ialah di DF Souvenirs di Queenstown atau di beberapa kedai di Downtown Mall di Auckland.


7)Makanan halal usah di New Zealand. Namun ada juga beberapa tempat yang menjual makanan halal, contohnya seperti di Pak and Save.

8) Untuk yang suka bershopping ala-ala La Valle di Paris, anda boleh berkunjung ke Dress-Smart. Cerita mengenai Dress-Smart ada saya kongsikankan di entri yang lalu. Sila klik di sini. DRESS SMART

Selain daripada tips shopping seperti di atas, ada lagi beberapa tips melancong ke New Zealand:-

1) New Zealand ada 4 musim. Pilih musim yang anda sukai. Selain daripada itu, walaupun New Zealand tidak mempunyai  penduduk yang ramai, namun untuk memastikan anda dapat book accomodation yang murah, pilih bukan hari cuti umum NZ semasa ke sana kerana kebiasaannya kadar harga hotel akan tinggi dari kebiasaannya.

Krismas di New Zealand sangat meriah. Barang-barang dan makanan (seperti coklat) di beri percuma, malah ada Christmas Parade di mana pada masa inilah kita dapat melihat Auckland yang penuh dengan penduduk tempatan keluar beramai-ramai. Untuk yang mahu melihat sendiri kemeriahan perayaan ini di sini, sila pilih dua atau tiga minggu sebelum perayaan Krismas. Malah, kebanyakan kedai/shopping kompleks ada membuat Christmas Sale.



2) Declare barang yang di bawa masuk ke New Zealand. Refer entry lepas di sini DECLARE NZ

3) Rakyat Malaysia tidak perlu apply visa untuk masuk ke New Zealand.

4) Lesen memandu Malaysia boleh di gunakan di New Zealand. Cuma perlu berhemah dalam pemanduan.

5) Rate petrol adalah berbeza-beza di setiap kawasan. Semakin hulu kawasan, semakin tinggi harga petrol, jadi sebaiknya isi minyak di bandar-bandar besar.

6) Sekiranya belum membuat keputusan tentang perjalanan anda, anda boleh gunakan I site semasa berada di sana. I site terdapat di banyak tempat di New Zealand. Mereka sangat peramah, membantu dan boleh juga tolong book kan tour atau apa sahaja termasuk accommodation.

Harap anda dapat enjoy percutian anda di New Zealand ;-)


Tuesday, April 7, 2015

Pengalaman menaiki Air New Zealand

Saya pulang ke Auckland dengan menaiki Air New Zealand dari airport Dunedin.



Tidak rugi saya mencuba. Walaupun hanya penerbangan short-distance, tetapi kami masih di hidangkan dengan minum petang yang ringan. Ada, dua pilihan, boleh pilih yang anda yakini halal.

Pramugari dan pramugara tidak lokek dengan senyuman. Mereka orang kiwi barangkali, di lihat daripada rupa, perwatakan, bahasa dan keramahan mereka.

Hari yang cerah adalah hadiah hari itu, membolehkan kami menikmati pemandangan hebat dari udara.


Di Auckland, saya ternampak pejabat Air New Zealand ini, tidak terlalu besar. Asalkan mereka mampu memberi perkhidmatan yang baik.

NEW ZEALAND SOUTH ISLAND - DUNEDIN

Dunedin merupakan bandar yang tertua di New Zealand dan ia mempunyai bilangan pelajar universiti yang paling ramai di universitinya, iaitu University of Otago.

Pada awal 1900 an, Dunedin merupakan pusat komersial New Zealand sebelum Auckland.



Ada beberapa attractions dan tempat yang menarik untuk dikunjungi di Dunedin selain Baldwin Street dan Larnach Castle yang telah saya ceritakan sebelum ini:

1)Dunedin Railway Station

Dibina sejak tahun 1906, ianya tetap gah sehingga kini dan mempunyai reka bentuk yang menarik.

Untuk yang mahu mencuba short scenic trail, boleh menaiki scenic train yang bertolak daripada Dunedin pada masa-masa yang tertentu.



2) First Church of Otago



3) China miniature ini terletak di Octagon. Jika berada disini, benar-benar terasa seperti di negara China.


4) Di sini saya shopping coklat Cadbury tak hengat. Kalau mahukan coklat Cadbury liited edition yang tiada di Malaysia, di sinilah tempatnya. Sedap sangat. Bagi penggemar souvenir, ada juga di jual souvenir Cadbury.Juga tiada di Malaysia.





5) Akhir sekali, bolehla berjalan-jalan atau shopping di sekitar bandar Dunedin. Namun, ianya tidak murah atau banyak pilihan seperti di Auckland dan Queenstown.

DUNEDIN - Larnach Castle

Bulu roma tegak berdiri. Seram sejuk. Namun ianya bukan disebabkan oleh angin sejuk Dunedin. 

Tidak. Bukan kerana itu.

Maklumat yang di baca tempoh hari melalui google mengenai Larnach Castle yang konon-kononnya ada aura supernatural, hanya di percayai 50-50 sebelum ini. Namun, apabila tiba di sini, benda yang tidak ada pun terbayang di mata.  
Agkibat terlalu percayakan akan apa yang di baca.

Fuhh kanan fuhhh kiri. Jauhkan..

Dan tiba-tiba seakan dititip semangat baru, sebaik sahaja kereta yang di naiki tiba di pintu masuk ke Larnach Castle dan berhenti untuk bayaran tiket, bayang keseraman yang muncul sebentar tadi hilang dan menjauh. Senyuman penjaga tiket amat meyakinkan dan menenangkan. Di tambah dengan hati mulai terpaut dengan keindahan sekeliling. Tidak haruslah takut. Sia-sia takut apabila berada di tempat indah sebegini.




Amat besar. Sehinggakan bayaran yang di kenakan untuk castle & gardens serta gardens sahaja adalah berlainan cajnya.

Larnach castle tersergam indah. Ia adalah satu-satunya istana di New Zealand. Tetapi cerita sejarah di sebalik gahnya Larnach Castle, ianya agak menyayat hati. Indah tetapi sunyi. Saya agak keberatan mahu bercerita mengenai sejarah Larnach di sini. Kalau sesiapa nak baca cerita lengkap, boleh klik disini Larnach History.

Istana yang di bina pada tahun 1871 ini pada asalnya adalah kepunyaan William Larnach, seorang ahli politik dan perniagaan yang terkemuka pada ketika itu.

Kini, semua itu hanya tinggal sejarah. Larnach Castle telah di beli dan kini di punyai oleh keluarga Baker. Mereka tidak tinggal di sini, sebaliknya menjadikan istana ni sebagai tempat pelancongan.




Di ruang hadapan di dalam castle ini telah dijadikan kedai souvenir.


Mari tinjau serba sedikit keadaan di dalam Larnach Castle.

Satu bilik di jadikan sebagai tempat pameran dan cerita lengkap tentang Larnach Castle.


Yang ini pula ballroom dan dining room. Tempat ini juga sering di sewa untuk sebarang majlis/function.



Ini pula antara bilik-bilik yag terdapat di Larnach Castle. Ada juga bilik dan kelengkapan untuk bayi.




Aduhai..jangan terkejut. Kalau takut tengok je sebelah mata.

Selepas itu, kami naik ke bahagian balkani atas. Perlu melalui tangga berbelok-belok yang sempit ini. Pintu keluar pun amat kecil.

Ini pintu kecil yang di lalui untuk keluar ke balkoni.
   
Subhanallah, inilah sebab utama William memilih tempat terpencil ini untuk di jadikan kediamannya. Pemandangan yan magnificent. Inilah dia Dunedin, Otago Harbour,  Peninsula dan  Pacific Ocean.




Selepas itu kami bersiar-siar di luar.

Ini katanya adalah tempat tinggal orang gaji pada zaman dahulu.



Dan ini antara kawasan yang tidak di baik pulih.





Wishing Well.
               

Dan lupa nak beritahu, jika mahu, anda boleh tinggal di sini. Maksud saya, ada bangunan kecil didalam kawasan castle ini yang di jadikan hostel/hotel. Ada berani? hehehe

Sempat saya mengambil gambar di luar dan salah satu bilik di Larnach Hotel ini.




Biliknya biasa-biasa, tetapi pemandangan di balkoni bilik, sangat superb.

Akhir sekali, kami menerokai kecantikan garden di Larnach Castle.




Monday, April 6, 2015

DUNEDIN -Memanjat BALDWIN STREET (The steepest street in the world)

DUNEDIN.

Matahari memancar, namun tidak terik. Sejuk ala-ala New Zealand masih terasa tatkala musim panas di South Island.

Agak tergamam apabila kami tiba di lorong memasuki Baldwin Street ini. Ianya sudah di rancang bahawa kami mahu menyaksikan sendiri lorong yang telah di senaraikan sebagai "The steepest treet in the world" oleh Guinness Book of Records. Namun tidak menjangka yang ianya securam ini.
                  

Penuh gigih kami memanjat. Harus hilang beberapa gram. 

Bayangkan mereka yang tinggal di tepi lorong lereng ini. Setiap waktu perlu menggunakan jalan ini hatta walau ke mana.

Untuk yang membawa kereta pula, jangan cuba sekiranya tiada kepakaran yang sangat tinggi dalam mengawal kelajuan.

                



Sempat kami tinggalkan kesan dan jejak di lorong Baldwin ini. Kebetulan tiada kereta yang lalu. 

Serius, agak seriau. Rasa mahu terjatuh menggelongsor kerana kecuraman jalan yang hampir 90 darjah.

 Sesungguhnya, harus ke sini sekiranya singgah di Dunedin.


Thursday, April 2, 2015

Keajaiban dunia di MILFORD SOUND

Dingin pagi itu di Queenstown, 5’ celcius.

Terdengar ibu menggigil-gigil di dalam telekung menahan kesejukan. Membuatkan saya berasa takut untuk keluar dari selimut. Bergegar-gegar katil apabila ibu masuk semula ke bawah selimut, masih mengigil.

Dengan berat hati saya keluar dari selimut, bukannya malas mahu menunaikan kewajipan solat, tetapi agak seram melihat reaksi ibu yang sebegitu. Keluar sahaja dari selimut, udara sejuk dengan segera menyapa tubuh. 

Ya Allah amat sejuk. Sejuk tahap maksima. Lagi-lagi selepas selesai wuduk. 

Namun, kesejukan melampau yang di rasai pagi itu tidak menghalang semangat kami untuk bersiap-siap dan bersedia untuk ke Milford Sound. Kami harus bertolak seawal 5 pagi kerana perlu sampai untuk menaiki cruise di Milford Sound pada pukul 11.30 pagi.

Sememangnya, perjalanan yang di tempuh dari Queenstown - Kingston- Lumsden - Mossburn - Te Anau - Milford Sound itu sangat mengujakan. Sangat indah tidak terbayang oleh kata-kata. Gambar pun tidak cukup indah untuk menyatakannya. Merata-rata air terjun dan bukit bersalji. Ada juga tasik dan terowong. Ianya pelbagai variasi keindahan.


Kelihatan salji mulai mencair 


Setelah 5 jam yang tanpa bosan, akhirnya kami sampai di Milford Sound. Jalan masuk ke Milford Sound sendiri sudah cukup indah. Amat mempesonakan.
 
Tangkap leleh tengok pemandangan sebegini

Banyak cruise yang menawarkan pengembaraan indah Milford Sound, dan kami telah memilih untuk menaiki Jucy Cruise yang berharga 50 NZD per pax. Rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai cruise ini.JUCY CRUISE.
Begini keaadaan di dalam Juicy Cruise
Pada mulanya saya hanya duduk-duduk sahaja di tempat tertutup ini sambil meminum coffee percuma yang di sediakan. Tiba di satu tempat setelah lebih kurang 10 minit cruise bergerak, beberapa orang kelam kabut keluar menuju ke open space yang terlatak di atas sekali dan di bawah sekali. Terus saya tidak keruan di buatnya. Apakah yang menarik? Hati tertanya-tanya.

Lalu coffee yang enak segera di tinggalkan lalu memecut menaiki open space di tingkat atas. Sudah ramai orang yang bertenggek menyukarkan saya untuk melihat. Cuba-cuba mencari ruang kosong. Beberapa mat salleh tersedar akan kehadiran saya dan dengan baik hatinya mereka memberi ruang. Ahamdulillah. 

Manalah tidak dapat tidak dapat dilihat Islam dalam diri mereka ini setelah begitu banyak kebaikan yang saya saksikan sendiri di bumi New Zealand ini. 




Selamat saya berada di depan sekali.

Rupa-rupanya, di bawah di tepi kapal, sekumpulan dolphins berenang laju menyaingi cruise yang kami naiki seolah mengajak untuk berlumba. Ya Allah rasa macam best sangat masa tu. Yang paling best ada seekor dua yang melompat seakan menunjukkan skill.


Agak lama juga dolphins (ikan lumba-lumba) ini mengikut cruise kami, sehinggalah tiba di satu lokasi, kami ternampak anjing laut (seal) pula sedang bersantai dan bersidai di sini.



Milford Sound memang sangat mengkagumkan. Tidak hairanlah ia tersenarai di antara lokasi pelancongan yang sangat menabjubkan dan mesti di lawati oleh Trip Advisor 2008.





Dalam gambar-gambar di atas tu nampak waterfall yag kecil kecil je kan? 

Kemuncak cruise Milford Sound ini ialah apabila cruise lalu bertul-betul dibawah waterfall yang amat besar.

Memang terasa air terpercik ke arah kami yang sedang berdiri di open space.
            

Setelah beberapa lama kemudian apabila cruise mulai berpatah balik, barulah ramai yang meninggalkan open space/viewing area dan duduk-duduk melihat view dari dalam sahaja. 

Hanya ada beberapa orang sahaja yang masih tinggal.


Seronok je mat salleh ni enjoy di tiup angin. Saya pula, tudung sudah senget benget akibat angin.


Masa orang tidak berapa ramai ni, sempat kami berborak-borak dengan sekumpulan pelancong yang datang dari Spain. Mereka ni saudara mara atau adik beradik. Untuk ke sini, dari Spain mereka travel selama 48 jam. Huh..lama sangat.

Sempat saya dan ibu bergambar bersama mereka.




Keseluruhannya, cruise di Milford Sound adalah kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.