Commercial Break

Wednesday, March 11, 2015

NEW ZEALAND SOUTH ISLAND - Pesona Lake Tekapo


Speechless.

Begitulah ketika pertama kali mata bertentang mata dengan ciptaan Tuhan yang sangat indah ini, Lake Tekapo.

Benar sangat. Memang benar apa yang saya rasakan di entri yang lalu bahawa North Island dan South Island mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri. Ia seperti kecantikan yang tidak dapat di bandingkan. Umpama brunette dan blonde.  

Namun, diri seakan berubah hati  apabila beberapa kali terpukau di South Island terutamanya di entri SCENIC JOURNEY BY TRAIN. 

Dan di sini. Terus saya tidak dapat menipu perasaan sendiri apabila salah satunya dirasakan lebih menawan hati.

Lake Tekapo adalah tasik yang kedua terbesar daripada tiga tasik utama di South Island, New Zealand. Tekapo ialah daripada perkataan Maori iaitu Taka (Sleeping Mat) dan Po (Night). Menariknya, tasik ini juga terkenal dengan warna biru turquoise yang unik, hasil daripada pancaran cahaya matahari di bawah batu tanah yang halus dan glasier yang mencair.  

Hebatnya, di sini merupakan lokasi salah satu babak di dalam trilogi Lord Of The Rings (LTOR).






Walaupun agak payah, batu-batu besar yang mengelilingi Lake Tekapo tidak menghalang saya untuk merasai sendiri kedinginan air di Lake Tekapo.

Dan ajaibnya, panorama alam seakan bertukar warna apabila hari semakin menghampiri siang.

Pastinya, entri ini lebih banyak gambar dari kata-kata kerana telah saya katakan bahawa saya speechless.













3 comments:

  1. Subhanallah... cantiknya... tak sabar rasanya nk pergi April 2017 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang masih terpukau

      Delete
  2. salam boleh share Iti new Zealand and bajet saya akan ke sana tahun hadapan. nie email saya nurulmajdah@ymail.com

    ReplyDelete