Commercial Break

Sunday, February 15, 2015

NEW ZEALAND NORTH ISLAND -The Hobbiton Movie Set




Hobbiton……!!!!!!! Ya Allah rasa seronok sangat..teruja sebab selama ni tengok cerita Lord Of The Rings (LTOR) rasa macam uii comel sungguh rumah-rumah di kawasan perkampungan kaum Hobbit di dalam movie Lord of The Rings (LTOR) dan The Hobbit ini. Cantik sangat dalam pandangan mata. Dulu ingatkan itu semua kesan khas filem tapi tak sangka rupa-rupanya memang betul-betul tempat ni wujud.

Perjalanan ke Hobbiton, Matamata ini hanyalah memakan masa lebih kurang 2 jam sahaja dari Auckland CBD dengan menaiki kereta.

Perjalanan berjalan lancar, dan sekali lagi hati terpana oleh kecantikan New Zealand. Oleh kerana jalan dan lebuhraya di New Zealand sangat sistematik dan user-friendly, tiada apa halangan yang di hadapi kecuali apabila sampai di Matamata, tiada specific signboard untuk ke The Hobbiton Movie Set ini. (or tak sure samada tak jumpa?)

Apabila tiba di Hobbiton, pelawat di kehendaki menaiki bas Hobbiton yang bertolak dari The Shires Rest Cafe yang terletak di pintu masuk Hobbiton. Tiket bas ini kita boleh booking siap-siap melalui website. Bas terawal yang bertolak dari The Shires Rest Cafe ialah pada pukul 9.00 pagi. Tapi saya book tiket pukul 11 pagi, to be in the safe side in case kalau sesat atau lewat. Untuk informasi dan maklumat lanjut mengenai Hobbiton (tiket masuk, jadual, tempahan dan sebagainya) klik di sini The Hobbiton Movie Set Tours. Maklumat mengenai ramalan cuaca pun ada di website ini.




Harga tiket masuk ke The Hobbiton Movie Set ialah NZD 75 (dewasa). Tempat ini di buka setiap hari kecuali cuti umum.

Namun, ini ialah harga untuk tour bus dari The Shires Rest Cafe. Saya tidak pasti harga daripada tempat-tempat lain.

Selain boleh makan dan minum untuk alas perut sementara menunggu giliran bas bertolak, di The Shires Rest Cafe ini ada di sediakan tandas. Tandas di New Zealand rata-ratanya sangat bersih dan di jaga rapi serta berbau wangi, cuma seperti biasa kebanyakan tandas di oversea memang tiada air dalam tandas. Oleh kerana itu, sila bawa botol kosong siap-siap untuk tadah air di sinki sebelum masuk ke tandas.

Selain itu, bagi yang suka menambah koleksi dan variasi souvenir anda, di The Shires Rest Cafe (ground floor) ini ada di jual bermacam-macam souvernir . Di kaunter souvernir shop inilah kita collect tiket yang kita dah tempah.

Masa di kaunter untuk collect tiket tu, kita akan di beri sekali peta perkampungan Hobbiton ini. Apabila dah tiba waktu bas yang kita tempah tadi, kita kena siap-siap beratur di hadapan The Shires Rest Cafe ini untuk menaiki bas.

Setiap bas diberi seorang dedicated tour guide. Tapi tour guide dalam bas orang lain, dan tour guide di dalam perkampungan Hobbiton orang lain pula sebab bila dah tiba di The Hobbiton Movie Set nanti kita di pecah-pecahkan pula kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Walaupun pagi itu orang tidak terlalu ramai, dan bas yang di naiki tidak penuh, namun bas tetap bertolak tepat-tepat pada pukul 11.00 pagi. Beratur-atur bas-bas Hobbiton masuk ke dalam, melalui kawasan berbukit bukau yang cantik. Perjalanan yang memakan masa hanya selama 10 minit itu memang tidak bosan, tambahan pula tour guide di dalam bas ni tak putus-putus bercerita serba sedikit mengenai asal usul kewujudan The Hobbiton Movie Set.




Bagi yang tidak tahu, Hobbiton merupakan sebuah perkampungan kaum hobbit / kerdil seperti yang digambarkan dalam filem dan juga buku-buku The Lord Of The Rings karya J.R.R. Tolkien. Sesiapa yang dah tengok filem ini pasti berperasaan sama, kagum dan geram dengan keindahan dan kecomelan kampung kaum Hobbit ini. Mungkin kerana bentuknya yang kerdil, Hobbit ini merupakan kaum yang bersifat pemalu. Oleh kerana itu, merasa lebih selesa dan selamat untuk tinggal di perkampungan mereka dan tidak bercampur dengan dunia luar.

Bagaimana boleh wujudnya The Hobbiton Movie Set and Tour ini dan kekal sehingga sekarang?

Ianya bermula pada tahun 1998, tidak beberapa lama selepas Peter Jackson, seorang pengarah filem kelahiran New Zealand mendapatkan hak cipta menerbitkan filem untuk karya terkenal J.R.R. Tolkien.

Semasa sedang mencari-cari lokasi yang sesuai untuk di jadikan sebagai pusat pengembaraan filem trologi Lord of The Rings ini, Peter menemukan ladang milik keluarga Alexander seluas 500 hektar di Matamata. Pemandangan indah dan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dirasakan amat sesuai untuk di jadikan perkampungan kaum kerdil itu.

Ianya sememangnya adalah tuah dan rezeki yang tidak di sangka-sangka bagi keluarga Alexander yang sebelum ini hidup bersederhana sahaja dan menguruskan ladang mereka. Sehingga sekarang, The Hobbion Movie Set ini telah di kekalkan dan menjadi tumpuan jutaan pelancong dalam dan luar negera.


Sebaik sahaja sampai, pelancong akan di berikan sedikit penerangan sebelum tour sebenar menjelajah seluruh perkampungan Hobbiton di mulakan.




Selepas diberikan penerangan ringkas, kami memulakan pengembaraan di perkampungan Hobbit ini dengan di ketuai oleh tour guide. Tour guide ini akan berhenti di beberapa lokasi utama bagi spot yang terlibat dalam penggambaran filem LOTR dan The Hobbit, lantas menerangkan secara terperinci scene berkaitan filem tersebut yang shoot kat sini dan krolonoginya. Bagus betul mereka ni sebab boleh hafal semua jalan cerita LTOR ini.



Namun, untuk mereka yang tidak pernah menonton filem ini, mungkin akan blur-blur sedikit sebab kita yang dah pernah tonton pun agak blur sebab puas nak mengingati setiap intipati movie tersebut. Tapi yang penting, memang tidak terasa bosan sebab pemandangan memang cantik sangat.

Dan Alhamdulillah memang enjoy the tour sebab cuaca hari itu elok, sedang-sedang elok. Cuaca tidak panas, dan tidak terlalu sejuk. Nyaman. Udara pun segar.. Yang penting tidak hujan. Namun seperti biasa, ianya akan terasa amat sejuk sekiranya angin bertiup kencang. Angin sangat kencang hingga terasa mahu melayang. Wanita yang bertudung di nasihatkan masukkan tudung ke dalam baju sejuk anda manakala bagi yang berambut panjang haruslah rambut di ikat siap-siap, jika tidak akan terbang segala. Begitulah cuaca di New Zealand yang unpredictable ketika itu.

Jalan-jalan di perkampungan hobbit ini memang berbukit bukau, tapi oleh kerana cuaca yang nyaman dan sejuk, tidak rasa penat, malah seronok pula apabila mendaki. Lebih-lebih lagi apabila dikelilingi oleh landskap mengkagumkan dan rumah-rumah Hobbit yang cantik comel. Rasa macam berjalan dalam filem.



Yang bestnya, rumah-rumah ni pintu-pintunya ada bermacam-macam warna, dan di halaman rumah pun ada macam-macam benda seperti garden dengan pelbagai bunga, kerusi rehat, dan bermacam-macam lagi seoalah-olah macam rumah sebenar.

Orang dewasa pun geram tengok, kalau kanak-kanak apatah lagi.

Sebenarnya kita tidak di benarkan masuk ke dalam rumah, tetapi hanya di benarkan ambil gambar di depan rumah sahaja. Cuma ada satu rumah sahaja yang di benarkan pelancong masuk, tetapi tiada apa-apa pun dalam rumah tu. Kosong. Tiada kerusi atau meja seperti di dalam filem.

Ini kerana, hanya hanya babak ‘outdoor’ sahaja yang diorang shoot di sini. Manakala semua penggambaraan indoor mereka shoot di Wellington.







Dalam banyak-banyak rumah di sini, ada satu rumah yang berlainan daripada rumah-rumah lain, kerana ada pokok di atas rumah tersebut. Itulah rumah Bilbo & Frodo Baggins. Ohh rasa rindu pulak nak tengok filem Lord Of The Rings bila cakap pasal ni.


Akhir sekali, kami di bawa ke The Green Dragon Inn, satu-satunya restoran di dalam the Hobbiton ni.


Di sini, pelancong akan diberikan minuman percuma. Boleh pilih nak minum apa sahaja,tetapi hanya Ginger beer sahaja yang non-alcoholic, selebihnya adalah alcoholic drinks.




Hiasan dalaman dan interior restoran ini memang klasik dan classy. Semuanya di perbuat daripada kayu. Perasaan terasa benar, apatah lagi ada unggun api di sini. Saya cuba pergi dekat-dekat dengan unggun api tersebut, sebab di Malaysia tiada kan benda ni…selalu tengok dalam filem omputih je..fuhhhh memang panas berapi-api.

Kalau nak tahu, dalam filem LTOR, sebarang sambutan, keraian dan keramaian segalanya diadakan di The Green Dragon Inn ini .

Di sini juga, pelawat bebas di benarkan melawat-lawat dan melihat sekitar. Bukan sahaja di dalam restoran, malah di luar, kawasan sekitar.




Kiranya, di The Green Dragon Inn inilah lokasi terakhir di Hobbiton sebelum kami di kumpulkan semula dan di berikan penerangan ringkas sebelum sessi lawatan berakhir dan di bawa semula ke The Shires Rest Cafe.



Rezeki barangkali, dapat saya bergambar bersama cincin LTOR dan tour guide kami hari itu. Saya tak minta pun, tiba-tiba she offered me the ring. Hmm..bagaikan mengantuk di sorong bantal..





Alhamdulillah, rasa happy sangat di sini dan sesungguhnya ia merupakan salah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan. 



Tour ke sini,adalah highly recommended especially for all LTOR and The Hobbit fans out there.

14 comments:

  1. Ya Allah terujanya tengok.. saya juga akan ke sini disember nanti insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, bestnya.semoga manjadi satu pengalaman yang amat manis :-)

    ReplyDelete
  3. Terbaik lah..comel...pemandangan yg cantik ..dan penerangan pom amat menarik. Kipidap!

    ReplyDelete
  4. Sis pergi guna travel agency atau backpacker ya? Ada tour guide ke?

    ReplyDelete
  5. Sis guna tour guide ke masa melancong di new zealand

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada tour guide. Pergi secara backpaker

      Delete
  6. Tiada. pergi secara backpacker

    ReplyDelete
  7. hi sis, bulan berapa your trip ni? is it summer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...akhir bulan 11 sehingga awal bulan 12. akhir spring permulaan summer

      Delete