Commercial Break

Wednesday, February 4, 2015

AUCKLAND - Western Springs Lakeside Park, Auckland Zoo & MOTAT

Western Springs Lakeside Park, Auckland Zoo dan MOTAT (Museum of Transport and Technology). Ketiga-tiga tempat yang menarik untuk di lawati di Auckland ini terletak berdekatan antara satu sama lain iatu di Great North Road, Motions Road dan Western Springs, Auckland.

Jadi, untuk yang mahu ke sini, sila rancangkan itinerary Auckland anda dengan menghimpunkan lokasi-lokasi ini bersama dalam satu hari sekaligus menjimatkan tambang pengangkutan / duit minyak anda.

Namun, anda boleh pilih untuk melawat kesemuanya sekali atau pilih dua sahaja antara tiga kerana ketiga-tiga tempat ini amat besar.

Saya ke sini dengan menaiki bas dari Karangahape  Road, Auckland (K Road). Saya hanya berjalan kaki dari Auckland CBD (dalam 10 minit) dan menunggu di tempat perhentian bas berhadapan restoran Malaysia terkenal di Auckland ini, iaitu Uncle’s Man Restaurant.



Bas akan berhenti di sini, dari sini kita boleh naik tram melalui The Western Spring Tramway untuk terus ke Muzium. Tram adalah percuma untuk pengunjung MOTAT sahaja. Bagi yang tidak berkunjung ke MOTAT, anda dikehendaki membayar tiket berharga 2NZD sahaja untuk menaiki tram ini. Tram available setiap 30 minit sekali. Untuk jadual tram dan senarai tempat perhentian tram, anda boleh rujuk di sini www.motat.org.nz


MOTAT ialah Muzium Pengangkutan dan Teknologi yang terbesar di New Zealand. Untuk yang meminati transport dan technology maka muzium ini adalah pilihan yang tepat kerana ia mempamerkan kemajuan dan pencapaian transport dan technology dari pelbagai segi, fungsi, sejarah dan bentuk yang menarik.
Jika terigin nak pergi, anda boleh rujuk admission fee / bayaran tiket masuk di dalam jadual di bawah.
Ianya dibuka setiap hari daripada pukul 10am-5pm. Ia juga dibuka pada waktu cuti umum pun dibuka kecuali pada masa perayaan Krismas dan perayaan Pasifika.
Masa yang di habiskan di sini di anggarkan minima 4 jam.

Untuk yang suka berkunjung ke zoo atau membawa anak-anak kecil, Auckland Zoo wajib di masukkan di dalam itinerari.

Segala-galanya unik di sini. Kedai Zoo unik, persekitaran yang unik, dan juga haiwan-haiwan New Zealand teramatlah unik, ada yang sukar di jumpai di negara kita.

Bayaran masuk bagi dewasa ialah 28NZD dan 12NZd untuk kanak-kanak berumur 4 - 14 tahun. Ada juga family pass yag menjimatkan untuk keluarga. 

Sila rujuk website ini www.aucklandzoo.co.nz untuk maklumat lanjut tentang bayaran masuk dan opening hours Auckland Zoo.



Toilet bersih. 


Sekiranya dua tempat di atas tadi ada bayaran masuk, lokasi seterusnya iaitu Western Springs Lakeside Park pula ialah percuma.

Kawasan ini sangat luas, bersih, indah dan amat terkenal sebagai kawasan rekreasi penduduk setempat.

Saya pulang ke Auckland CBD dengan menaiki bas ke Queen Street dari perhentian bas Auckland Zoo ini.


1 comment:

  1. Salam kak ieja : if u dun mind, boleh share x any suggestion itinerary short trip 5 days kat chirstchurch.. email sy kak : fyra_230703@yahoo.com

    ReplyDelete