Commercial Break

Tuesday, January 20, 2015

Senarai makanan yang BOLEH / TIDAK BOLEH di bawa ke New Zealand (DECLARE ITEM)

Makanan halal mudah di dapati di New Zealand terutamanya di bandar besar seperti Auckland tetapi disebabkan matawang NZD yang lebih tinggi berbanding MYR, maka harga makanan menjadi mahal.

Disebabkan itu rata-rata rakyat Malaysia yang bercuti ke New Zealand akan membawa bekalan makanan sendiri.

Saya juga membawa bahan makanan dan ubatan sendiri yang memang cukup untuk keperluan selama berada di New Zealand. 

Namun hati-hati, kena ambil tahu senarai makanan yang BOLEH/TIDAK BOLEH di bawa masuk ke New Zealand. Untuk selamat, declare semua makanan / ubatan / supplements yang dibawa.

Di Malaysia, sebelum berangkat saya sediakan dahulu satu senarai lengkap GOODS TO DECLARE yang mengandungi butir-butir setiap jenis makanan / ubatan / supplements yang dibawa (nama, jenis, kuantiti, dsb).

Semua barang yang saya masukkan dalam senarai, saya asingkan kesemuanya, penuhkan dalam satu beg tanpa bercampur dengan beg-beg lain.

Di samping itu, di dalam kapal terbang, setiap penumpang akan di beri “Arrival Card”. Pastikan anda tanda “X”pada ruangan disediakan untuk makanan ataupun ubat-ubatan yang dibawa. 

“Arrival Cardini akan diperiksa dengan teliti oleh mereka. Jangan cuba sorokkan apa-apa kerana setiap beg mereka akan scan dengan teliti. Jadi, kalau rasa macam lupa nak declare dan ragu-ragu, buang sahaja barang tersebut  sebelum sampai ke tempat scan.

Sekiranya ada benda yang perlu ishytihar, kita akan di halakan ke laluan “Goods to Declare”. Kebanyakannya memang hampir kesemua harus melalui kawasan ini.

Di sini, semua orang kena buka beg dan tunjuk kepada kastam tersebut. Di sebabkan saya dah asingkan siap-siap barang yang saya declare dalam satu beg, maka hanya satu beg sahaja yang kastam tu buka, beg pakaian dia tak kacau lansung. Sebelum dia buka beg kita, masa ni hulurkan senarai “Goods to Declare” yang kita dah print siap-siap masa kat Malaysia lagi. Sekiranya kita benar-benar jujur dan ikut segala rules dan peraturan yang dah di tetapkan, InsyaAllah segala urusan di sini akan menjadi mudah dan lancar. Jika tidak, bersedialah untuk di denda / dibicarakan / di penjarakan.

Senarai makanan yang BOLEH dibawa:
  • Ikan sardin/tuna dalam tin.
  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi/Bihun sebarang perisa.
  • Rencah untuk masak-masak seperti sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff, Tesco dan sebagainya (kecuali yang ada bunga cengkih).
  • Kiub ayam, tomyam sebarang jenama seperti Maggi / Knorr.
  • Beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur.
  • Nescafe (yang tak ada susu, hanya guna non-dairy creamer).
  • Oat segera tanpa susu.
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil (kena ada bayi bersama).
  • Ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by your doctor). Contoh: Panadol, ubat selsema, ubat cirit birit dan sebagainya.
  • Rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket.

Senarai makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
  • Serunding daging/ayam.
  • Sebarang bahan makanan yang mengandungi telur.
  • Sebarang hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dan sebagainya.
  • Sebarang minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu ( contoh Milo 3-in-1).
  • Rempah ratus yang berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar.
  • Daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini.
  • Sebarang makanan yang berasaskan/mengandungi daging/ayam
  • Buah-buahan,sayuran
  • Daging/ayam
  • madu
  • makanan yang telah di masak tetapi tidak dipacking sempurna dan tidak di nyatakan ingredients
Untuk maklumat lanjut makanan/ubatan/supplemets terlarang boleh rujuk di sini:




42 comments:

  1. Banyak membanu utk kami melawat NZ tahun depan ..In Shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Kalau mcm minyak angin tu bole bawak x?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Maaf, minyak gamat saya tidak pasti. Minyak angin saya bawak lepas.

      Delete
  4. Saya bawa minyak angin lepas

    ReplyDelete
  5. Hi, if saya bawak makanan segera brahim pun xboleh ye ( nasi lemak ikan bilis, nasi beryani kambing)
    Bukan perencah. Makanan. Heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. yang it boleh InsyaAllah. Jangan lupa masukkan daam senarai Declaration ya

      Delete
    2. Sakinah, awak bawa nasi arab kambing, nasi lemak dulu lepas ke kat kastam aussie?

      Delete
  6. salam. nak tye, kalau mcm liquid such as lotion, shampoo tu smue leh bwk ke? hhuhu. tqq

    ReplyDelete
  7. Wsalam....mestila boleh...heheheh dengan syarat jangan letak hand carry ya :-)

    ReplyDelete
  8. salam sis.bole emailkan declaration food yg sis buat.sy nk buat rujukan.. ni email sy fadifudo@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...minta maaf sangat saya try cari tapi tak jumpe...takut dah terdelete. but if jumpe sye sharekan ye

      Delete
  9. Assalamualaikum,

    Susu formula budak boleh bawak ke? Saya InsyaAllah akan ke NZ juga pada 4 Dec nnt, tapi transit dulu di Sydney dan 6 Dec baru fly ke Queenstown. Risau juga sbb bila baca susu tak boleh bawa masuk, anak umur 5 tahun masih minum susu, takut beli susu kat NZ dia tak nak minum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Ya susu formula baby dibenarkan.

      Delete
    2. Just jangan lupa untuk declare ya

      Delete
  10. Smua makanan yg boleh bawa ni boleh hand carry tak

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.ikan bilis boleh bawa tak?

    ReplyDelete
  12. A'salam. Kalau Brahim's rendang daging ayam or kurma daging lembu yang dalam kotak tu boleh bawa ke?

    ReplyDelete
  13. Wsalam. Saya bawak ok, tapi kena declare.

    ReplyDelete
  14. Hi ija

    Awak still simpan lg tak contoh good to declare yg awak bg kat kastam NZ. Nk tgk mcm mane awak buat.

    ReplyDelete
  15. Hi....

    Itulaa puas saya cari semula sebab ramai yang mintak tapi tak jumpa pula.
    Basically awak asingkan ikut kateogari cth Supplement/medication, food etc then awak buat format nama produk, jenis, kuantiti etc

    ReplyDelete
  16. Hi....

    Itulaa puas saya cari semula sebab ramai yang mintak tapi tak jumpa pula.
    Basically awak asingkan ikut kateogari cth Supplement/medication, food etc then awak buat format nama produk, jenis, kuantiti etc

    ReplyDelete
  17. Hi.. if bawa kari ayam dlm tin , ( siap ada daging ayam , kentang dlm tu..)

    Kite just pnskn ...utk mkn.

    Boleh ke?

    ReplyDelete
  18. Salam... Kalau akak nak pos brg2 mknn mcmtu ke NZ utk anak disana... Mcmana pulak procedure nya ya?

    ReplyDelete
  19. Salam... Kalau akak nak pos brg2 mknn mcm tu... Mcmana pulak prosedure nya ya? Utk anak yg sedang belajar di sana. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.minta maaf kak ..ini sy tidak berapa pasti

      Delete
  20. assalamualaikum..nak tanya kalau susu formula baby or kanak2 tu susu coklat boleh ke bawak?

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum, 2 perkara nak tanya..
    1. kalau makanan di dlm bagpack yg sama dgn pakaian dan kita listkan semua items dlm beg tu dia akan cek 1 per 1 beg kita jgk ke?
    2. security check utk domestic flight sama jgk ke prosedur dia akan cek beg/brg2 yg kita bwk tu?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..it depends...ikut angin pegawai yg tengah check tu..setau sy domestic flight takde check

      Delete
  22. Kalau bawak prego (dlm botol) carbonara ngan bolognese boleh ke?

    ReplyDelete
  23. sambal ikan bilis boleh ke

    ReplyDelete
  24. Salam. Food declaration tu hanya perlu dibuat oleh individu yg pegang beg tu ke?

    ReplyDelete
  25. Salam. Food declaration tu hanya perlu dibuat oleh individu yg bawa beg isi makanan tu ataupun setiap org pun kena sediakan food declaration? Thank you

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Rokok boleh bwk tak sis..?

    ReplyDelete
  27. Minyak angin cap kapak tu kena declare tak? And kalau ubat cirit birit, panadol semua kena dapatkan prescribed dr doctor or just bwk tp declare? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hand carry ke? small size ok je.. tapi eloknya ubat2 letak dlm 1 bekas & setiap ubat tu ada label nama & prescribe yg sah la. 1 lg, last time (tatau skrg) kena transit skjp kat airport gold coast, kat situ pun ada screening beg + body jgk. sy punya susu dutch lady yg mini pack 1 kotak je pun kena rampas

      Delete