Commercial Break

Sunday, January 25, 2015

AUCKLAND - Auckland City Centre


Penghujung Spring di Auckland.

Suhu pagi itu 15’. Namun matahari cantik bersinar walaupun tidak panas. Cuaca sejuk dan kadang-kadang berangin menusuk sehingga ke tulang. Sejuk tanpa angin masih boleh tahan lagi. Sejuk yang berangin, menghembus kuat dan membuatkan mana-mana rakyat dari negara Khatulistiwa yang tidak biasa, menggigil-gigil tidak mampu menahan. Haruslah pakai berlapis-lapis.

Auckland tanpa ribut, hujan atau angin yang sangat kencang di penghujung Spring ialah rezeki. Cuaca di Aucland adalah unpredictable.

Saya bertuah kerana di Auckland saya menumpang di apartment seorang kenalan.  Apartment yang terletak di Symonds Street ini terletak betul-betul di kawasan University of Auckland. Yang paling tak tahan dan tak terbayang kerana University of Auckland ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Auckland City Centre. Hanya 5 – 10 minit berjalan kaki sahaja sudah berada di Auckland City Centre. Rasa tak tahan kerana geram dengan currency NZD yang mahal menyebabkan tidak boleh nak shopping dan berbelanja sesuka hati.Rasa tak terbayang bagaimananya nanti lorong-lorong di Auckland memanggil-memanggil untuk di kunjungi  setiap hari. Ianya hanya dengan berjalan kaki pun kan.

Pemandangan awesome dari tempat tinggal saya sepanjang di Auckland
Pasti saya tidak lupakan Albert Park kerana ia adalah destinasi pertama yang saya kunjungi di Auckand, hanya 5 minit berjalan kaki daripada Symonds Street. Ia terletak di antara Wellesley Street East dan Prince Street.

Albert Park ini adalah salah satu taman rekreasi di Auckland. Taman ini cantik, di jaga rapi, ada bunga-bunga, pokok yang besar amat dan juga statue/monuments. Nak jogging boleh, nak berkelah pun boleh. Masuk adalah percuma.






Di Auckland, kata-kata terkenal mengenai New Zealand iaitu yang mengatakan sheep is more than people (Ratio people: sheep = 4.5million: 60million!!) tak boleh nak aplikasi kat sini sebab Aucland ialah bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di New Zealand. Namun, ianya masih tidak sesak seperti bandar-bandar besar di negara-negara yang lain. New Zealand, kadar kepadatan penduduknya adalah antara yang terendah di dunia. Jumlah penduduk Australia ditambah jumlah penduduk New Zealand hampir menyamai jumlah penduduk Malaysia. Amazing sangat rasanya sebab New Zealand dan Australia besar, Malaysia kecil sahaja.

Uniknya, penduduk di Auckland terdiri daripada pelbagai bangsa, termasuklah mereka yang bekerja dan baru berhijrah di sini.

Di Auckland, wajah pelbagai kaum – Asia, Middle East dan tentunya Mat Salleh hampir sama ramai di sini. Ini termasuk kaum Maori, iaitu penduduk paling awal menghuni New Zealand. Senang je nak kenal Maori. Wajah dan warna kulit mereka seperti Melayu, tetapi badan mereka berangka besar dan tinggi.

Rata-rata orang Kiwi (panggilan kepada penduduk yang telah menghuni New Zealand sekian lama terdiri daripada orang Maori, Eropah, dan sedikit bangsa lain) bersikap peramah, senang di dekati dan tidak sombong. Cuma orang Maori yang berperawakan agak sedikit kasar, agak berbeza dengan penduduk Eropah New Zealanders atau kiwi New Zealand yang lembut dan peramah. Orang Maori, mereka asalnya ialah Polynesia Timur, yang paling awal datang ke New Zealand dalam satu siri migrasi sehingga terbinanya budaya mereka sendiri sehinggalah sekarang ini dikenali sebagai Maori.

Selain daripada penduduk asal ini, di Auckland juga ramai yang baru berhijrah samada bekerja atau belajar di sini. Paling ramai ialah wajah-wajah Korea, Jepun dan China.





I Site, segala informasi  mengenai tempat-tempat menarik dan pelancongan boleh di dapati di tempat ini. Melancong dan melawat Auckland memang mudah, tambahan hampir kesemua di sini pandai berbahasa Inggeris. Di I Site, mereka sangat membantu. 




Tambahan pula, setiap lorong-lorong di Auckland terdapat papan tanda seperti ini yang menunjukkan lokasi dan kedudukan semua tempat-tempat utama di sini.



Di penghujung Queen Street, terletaknya Britomart Transport Centre,  ianya merupakan stesen keretapi di Auckland. Ianya menghubungkan semua laluan-laluan keretapi berdekatan. 

Kalau nak cuba naik keretapi, mudah sahaja. Tanya apa sahaja di kaunter informasi yang terdapat di dalam bangunan Britomart ini.






Terdapat perhentian bas betul-betul behadapan dengan bangunan Britomart.


Di hujung persisiran pantai Auckland yang di kenali sebagai Harbour, tidak lengkap kunjungan sekiranya tidak singgah di Wynard Quarter kerana di sini terletaknya tempat tumpuan beriadah, view keindahan bangunan pencakar langit , kapal-kapal berlabuh  dan kafe-kafe santai.  Siren akan berbunyi menandakan jambatan akan di tutup untuk laluan kapal. Sekali lagi, masuk adalah percuma, :-) . 




Jika banyak duit, boleh cuba sewa satu kapal pelayaran yang macam ni, tapi nak ke sini mesti nak kena lalu jambatan ini. 




Selain daripada Wynard Quarter, di persisiran Harbaour ini banyak attractions. Antaranya ialah Ferry Building, bangunan yang cantik dan bersejarah ini.



Di sini juga terletaknya Downtown Terminal. Petang sikit lebih kurang pukul 5.30 petang, kelihatan berderet penduduk yang pergi-balik kerja menaiki ferry sedang beratur untk pulang. Ada yang siap angkut basikal. Penduduk New Zealand, mereka tidak bekerja hingga lewat malam. Pukul 5.30 tepat semuanya akan pulang ke rumah masing-masing. Mereka amat pentingkan kualiti hidup bersama keluarga, jadi satu kemestiaan bos akan halau pekerja sekiranya di dapati masih yang ada bekerja di pejabat lewat 5.30 petang. Bila melancong ke sini, mesti ramai yang rasa macam nak bekerja di sini.

Jadi tidak hairanlah Auckland tidak happening di waktu malam. Kedai-kedai, shopping kompleks, restoran-restoran, bar dan pub ialah segelintir premis sahaja yang masih buka sehingga mungkin pukul 10 malam. Kebanyakannya di tutup menjelang malam.









Selepas pukul 7 petang, jalan-jalan di Auckland mulai lengang. Namun pada masa Spring dan summer, sangat beruntung berada di New Zealand kerana waktu siangnya sangat panjang. Pukul 8, hari masih tidak gelap.

Jika tahan sejuk yang mencengkam, anda boleh pilih bersiar-siar di Auckland daripada lewat petang sehingga ke malam.



2 comments:

  1. salam. saudari, boleh sy tahu ada public transport tak after 12 midnight dari airport auckland ke city centre?

    ReplyDelete