Commercial Break

Wednesday, September 24, 2014

Nak kurus? Hidu makanan ini.

Pagi tadi saya ada post di instagram mengenai jenis-jenis makanan yang bila kita hidu je boleh jadi kurus. So ada yang mata blink-blink and tanya.."eh camner pulak hidu makanan boleh jadi kurus, tak logik"

Memang macam tak logik sebab selalu kalau hidu makanan, selera akan bertambah and rasa macam makan. Ini keadaan yang bunyi macam normal and macam logik. Sape berani mengaku bila dia hidu makanan yang wangi mengharum dia rasa tak selera? Ohh tipuu kecuali kalau awak pregnant atau sakit. Orang normal dan sihat biasanya kalau bau sedap mesti rasa macam nak makan.

Jadi, di sini saya listkan senarai makanan yang boleh kurus bila hidu, dan awak boleh cuba eksperimen pada diri masing-masing ye.. 

1) Minyak Zaitun

German Research Center for Food Chemistry buat kajian bahawa sekiranya awak menghidu minyak zaitun, signal akan di hantar ke otak awak dan awak akan terasa kenyang. 

Dan yang lagi menyebabkan berkobar-kobar nak makan minyak zaitun selepas ini, kajian menunjukkan juga, kalau  campurkan minyak zaitun dengan makanan lain untuk dimakan, ia dapat mengurangkan kalori makanan tersebut secara automatik. Ia juga kaya dengan  lemak sihat yang membantu memecahkan lemak pada perut. (Sape yang tak teruja dengar perkataan pecah lemak perut?)

2. Bawang Putih

Hasil kajian oleh Jurnal Flavour,  bau dan aroma bawang putih yang kuat akan mengecilkan portion suapan dan mampu membantu sesiapa pun mengurangkan selera untuk makan berlebihan. Unless kalau awak memang jenis gilakan bawang putih, kalau macam ni bahaya, awak akan bertambah gemuk kalau hidu bawang putih heee.

3.Epal Hijau dan Pisang

Hasil kajian Smell & Taste Treatment and Research Foundation mengatakan kalau awak rasa lapar, then awak ambik pisang dan epal dan terus hidu bau manis buah-buahan ini, awak akan dapat mengurangkan berat badan lebih banyak daripada mereka yang tidak menghidu langsung aroma buah-buahan tersebut kerana bauan ini dapat mengawal selera makan. 

4. Bauan Vanilla dan Peppermint

Bauan Vanilla dan peppermint juga akan menghasilkan kesan yang sama terhadap otak seperti epal hijau dan pisang tadi.

5. Limau Gedang

Kalau tadi tu kajian kebanyakannya oleh orang barat, kali ini mari kita tengok hasil kajian oleh orang timur pula. Osaka University di Jepun mengatakan bahawa interaksi bau buah lima gedang dengan enzim hati akan terjadi sekiranya awak menghidu buah limau gedang sebelum memakannya. Kajian mendapati bauan limau gedang dapat mengawal selera makan.

Semua orang boleh cuba...kita sama-sama tengok berjaya atau tidak :-)

No comments:

Post a Comment