Commercial Break

Tuesday, August 12, 2014

Penerbangan pertama jemaah haji 2014 pada 27 Ogos ini

Bakal jemaah haji tahun 2014 bersamaan 1435 H telah mulai menerima surat penerbangan haji. Debaran dan pelbagai perasaan yang sukar ditafsirkan pasti menjengah mengusai hati.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ialah pada 27 Ogos ini manakala penerbangan akhir ialah 27 September ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Rahim telah memaklumkan bahawa sebanyak 64 penerbangan dijadualkan bagi membawa 22,320 jemaah haji.

"Penerbangan pulang jemaah haji ke Malaysia dijadualkan 10 Oktober dan penerbangan akhir pada 8 November,"katanya
.
Tabung Haji memperuntukkan subsidi kos haji berjumlah RM130 juta berbanding RM100 juta pada tahun lepas.

Kos haji bagi setiap jemaah haji kekal iaitu RM9,998 namun subsidi yang ditanggung TH meningkat sebanyak RM6,175 untuk setiap individu pada tahun ini berbanding RM5,575 pada tahun lepas berikutan kenaikan pelbagai kos.


No comments:

Post a Comment