Commercial Break

Thursday, August 28, 2014

Khasiat dan resepi air campuran jus buah-buahan untuk merawat penyakit dan menyihatkan tubuh badan

Kebanyakan dari kita suka sangat minum air manis kordial atau air berkarbonat. Air begini memang sedap tapi kesannya terhadap kesihatan pun sedap.


Apa salahnya sekali sekala, ataupun kalau boleh tiap-tiap hari kita minum air semulajadi yang di campur dengan buah-buahan, kerana air begini akan membantu kita untuk lebih sihat.

Air masak atau air suam yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum, supaya khasiatnya meresap dan bercampur dengan air suam.

Nak tahu apa khasiatnya?

Mari cuba resepi ni di rumah:

1) Teh hijau, pudina, limau nipis

Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan


2) Strawberri, kiwi

Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,
menyeimbangkan gula dalam darah


3) Timun, limau nipis, lemon

Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan


4) Lemon, limau nipis, oren

Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati


Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.

Wednesday, August 20, 2014

Strategi elak virus MERS-CoV

Bagi mengelak jangkitan virus Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV), pada tahun ini Lembaga Tabung Haji (TH) tidak mengadakan lawatan ke ladang-ladang unta untuk para jemaah.

Untuk mengelak jangkitan virus ini, TH juga meminta para jemaah haji supaya sentiasa memakai topeng mulut dan hidung (mask). TH akan membekalkan penutup mulut dan hidung di stesen-stesen berlepas nanti.

Selain itu, jemaah haji juga dinasihatkan agar mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan.

Jemaah juga disarankan agar  membawa sejadah sendiri ke masjid untuk menjamin kesihatan masing-masing.

Para jemaah perlu sentiasa peka dengan gejala-gejala penyakit itu seperti  demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

Namun begitu, jangan terlalu bimbang dengan virus MERS-CoV ini, sentiasalah mematuhi arahan TH demi keselamatan dan kesihatan masing-masing.


Wednesday, August 13, 2014

Gambar wajah Bilal/Muezzin Masjidil Haram

Selama ini ramai yang mengenali Imam-imam Masjidil Haram kerana bukan sahaja alunan bacaan mereka menggetarkan jiwa dan melontarkan jemaah dalam lembah kekusyukan, malah suara merdu mereka juga sudah cukup membuatkan para pendengar merindui dan mencintai mereka. Untuk melihat wajah dan maklumat Imam Masjidil Haram boleh klik di sini http://ijaie.blogspot.com/2012/07/day-36-27-november-2011-part-1-imam.html

Bilal/Muezzin tidak kurang memainkan peranan penting menarik para jemaah dengan alunan azan yang merdu beralun. Ramai yang tidak mengenali mereka berbanding Imam Masjidil Haram. Di bawah inilah wajah-wajah bilal/muezzin yang menjalankan tugas mulia itu mengikut giliran yang telah di jadualkan. 



Sumber gambar: Saudi Gazzette

Tuesday, August 12, 2014

Penerbangan pertama jemaah haji 2014 pada 27 Ogos ini

Bakal jemaah haji tahun 2014 bersamaan 1435 H telah mulai menerima surat penerbangan haji. Debaran dan pelbagai perasaan yang sukar ditafsirkan pasti menjengah mengusai hati.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ialah pada 27 Ogos ini manakala penerbangan akhir ialah 27 September ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Rahim telah memaklumkan bahawa sebanyak 64 penerbangan dijadualkan bagi membawa 22,320 jemaah haji.

"Penerbangan pulang jemaah haji ke Malaysia dijadualkan 10 Oktober dan penerbangan akhir pada 8 November,"katanya
.
Tabung Haji memperuntukkan subsidi kos haji berjumlah RM130 juta berbanding RM100 juta pada tahun lepas.

Kos haji bagi setiap jemaah haji kekal iaitu RM9,998 namun subsidi yang ditanggung TH meningkat sebanyak RM6,175 untuk setiap individu pada tahun ini berbanding RM5,575 pada tahun lepas berikutan kenaikan pelbagai kos.