Commercial Break

Monday, July 14, 2014

Petua dan tips ubati sakit tekak

Sejak daripada mereka kecil, kami tidak gemar memberikan mereka ubat klinik jika mereka demam, batuk atau selsema. Seboleh-boleh cuba untuk merawat mereka dengan cara tradisional dan ubat dari klinik adalah jalan terakhir sekiranya cara tradisional tidak berupaya untuk menyembuh.

Contoh, untuk ubati demam, dulu saya ada berkongsi cara di sini http://ijaie.blogspot.com/2013/03/petua-mengubati-anak-demam.html

Baru-baru ini ketiga-tiga orang kanak-kanak riang ini telah di jangkiti sakit tekak yang agak teruk, di ikuti dengan demam panas, secara berturut-turut. Lepas seorang baik, seorang pula yang dijangkiti. Tahap jangkitan agak teruk hingga menyebabkan demam yang agak panas.

Seperti biasa kali ini saya memang tak beri ubat klinik, saya cuba ubati dengan cara tradisional. Ada beberapa petua dan tips berkesan untuk mengubati anak/diri sendiri sakit tekak dengan menggunakan cara tradisional iaitu:


1) Air Asam Jawa
Rasanya cara ni paling famous, rata-rata kat luar ramai yang dah tahu cara ni iaitu bancuh sedikit asam jawa dengan air suam, kacau rata. Tapis bijinya dan campur sedikit madu untuk menambah khasiat dan memberi rasa manis. Especially kalau nak bagi budak kecik makan, jangan bagi air asam jawa gitu je...tak lalu mereka nak telan.


2) Madu campur habbatus sauda
Nak lagi berkesan, campur satu sudu madu dengan sedikit Habbatus Sauda yang telah dikisar halus. Makan macam tu je. Habbatus Sauda yang telah di campur madu memang tidak ada rasa pahit lansung. Percayalah, kanak-kanak pun boleh telan. Untuk kanak-kanak, beri satu sudu dua kali sehari.
Cara ini, saya pun suka amalkan sekiranya saya sendiri yang sakit tekak. Memang sangat berkesan, Alhamdulillah.


3) Air garam
Kumur air garam sebanyak dua kali sehari.
Caranya: Ambil dua sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk. Selepas itu berkumurlah dengan air garam itu sampai habis.


4) Air Lemon
Ambil setengah biji lemon, campurkan dengan air suam dan madu. Kacau sebati. Minum, sampai habis, dua atau tiga kali sehari.


5)Jus timun.



Cara ini saya baru sahaja mulai gunakan baru-baru ini.
Potong beberapa hiris timun, kisar sampai halus. Ambil airnya. Campurkan dengan sedikit garam dan madu.
Cara ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada tekak, tetapi juga menyejukkan badan yang panas akibat demam.

Begitulah antara petua dan tips ubati sakit tekak secara semulajadi.

Boleh guna mana-mana cara di atas, ikut kesukaan dan kesesuaian badan seseorang. Untuk kanak-kanak, ikut mana yang dia sukai sebab tak ramai kanak-kanak boleh kita paksa minumkan sesuatu yang mereka tak suka.

Itu sahaja, selamat mencuba!!

2 comments:

  1. Replies
    1. Ya...jus timun amat berkesan terutama kalau demam kerana kesan penyejukan pada badan. Nanti try ya :-)

      Delete