Commercial Break

Friday, June 6, 2014

Tips-tips persediaan umrah

Untuk panduan bakal jemaah Umrah, ini di antara tips-tips persediaan sebelum menunaikan umrah:

1.Latihkan diri mendekati masjid, perbanyakkan solat sunat dan perbanyakkan membaca AlQuran 

2.Cuba hadiri Kursus Ibadah Umrah yang dianjurkan oleh penganjur. Jangan ambil mudah walaupun yang sudah berpengalaman, cuba hadir terutama untuk mengingatkan kembali perkara-perkara penting berkisar umrah.

3.Pastikan passport expired tak kurang dari 6 bulan sebelum tarikh berlepas.

4.Sediakan dokumen yang lengkap untuk visa (sijil lahir, ic dan sijil lahir, ic mahram kita (telah disahkan JPN))
    * Mulai Feb 2013, Arab Saudi telah mengetatkan peraturan iaitu perempuan umur bawah 45 tahun harus ditemani oleh mahram yang sah. Tiada lagi tumpang mahram. Mesti mahram seperti suami/ayah/abang/adik lelaki. Bapa saudara/sepupu lelaki/ etc. Proses ini agak rumit dan kemungkinan besar visa tak diluluskan jika ada keraguan dari pihak Arab Saudi.

5. Dapat Suntikan Meningitis ACYW 135 (kebanyakan klinik ada menyediakan suntikan ini, beritahu sahaja suntikan untuk ke umrah).  Buku vaksin ini perlu ketika menyerahkan dokumen untuk permohonan visa.

6. Persiapan pakaian asas -
Contoh untuk wanita:
   * Bawa jubah yang sesuai dan secukupnya untuk menunaikan haji/umrah. Pakaian boleh hantar ke dobi cuma hanganya agak mahal lebih kurang sehelai baju berharga 10 riyal = RM10.
   *Sediakan stoking sekurang-kurangnya 3 pasang
   *Sediakan telekung 2 pasang
   * Inner  yang sesuai untuk jubah putih sebab di takuti pakaian bewarna putih jarang

Boleh juga rujuk Senarai Kelengkapan Haji ini (namun tak perlu bawa semua jika untuk umrah)

Nota: Semua pakaian ini ada di jual di PRODUK HAJI DAN UMRAH

7. Bawa ubat-ubatkan dan makan vitamin

8.Elakkan membawa wang tunai yang banyak untuk ke tanah suci. Jemaah dinasihatkan buka akaun simpanan di Bank al-Rajhi dan dapatkan kad ATM bank tersebut. Aktifkan kad ATM sebelum berangkat ke tanah suci. Had pengeluaran maksima untuk sehari di tanah suci ialah SAR 5000.

9. Banyakkan membaca buku mengenai umrah, Mekah, Madinah atau baca cerita tentang pengalaman orang lain.

10. Banyakkan latihan fizikal sejak di tanahair lagi kerana si tanah suci kita akan banyak menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan tawaf serta saie. Cuba lakukan dua bulan sebelum berangkat ke tanah suci.

No comments:

Post a Comment