Commercial Break

Tuesday, June 3, 2014

Melancong ke Beijing - Day 3 - Tembok Besar China (Great Wall)

Sebelum meneruskan perjalanan ke Tembok Besar Cina, kami singgah untuk makan tengahari dan bersembahyang dahulu di sini. Ia adalah satu gedung membeli-belah, terdapat juga restoran Muslim dan surau di dalam ini. Sangat lapar sampai lupa nak ambil gambar makanan..


Saya perhatikan surau dan masjid di Beijing ni sangat bersih, teratur, sampaikan selipar yang kita guna selepas berwuduk juga mereka pastikan kita letak semula di tempat asal. Dan yang paling best, toilet ada air!

Sejadah dah tersedia tersusun rapi. 

Kami meneruskan perjalanan ke Tembok Besar Cina. ia terletak agak jauh, dan jalannya berbelok-belok dan berbukit bukau, ia seperti menuju ke Cameron Highland dan Genting.
Walaupun mata agak mengantuk dan sepertinya mahu tidur, pemandangan di kiri kanan lebih menarik untuk di tontoni. Antara view di sepanjang perjalanan.






Tembok Besar Cina. Great Wall of China. Atau dalam bahasa Cina Tradisional lebih dikenali sebagai bandar/kota panjang. Ia adalah salah satu 7 Wonders of the World. Atau 7 Keajaiban Dunia.

Apa sebenarnya yang menjadikan ia Great Wall yang sangat mashyur sehinggakan ia tersenarai sebagai salah satu 7 Keajaiban Di Dunia? Di sini saya rumuskan supaya semua orang tahu kenapa Tembok Besar Cina begitu ajaib sekali

1) Tembok Besar Cina merupakan siri tembok yang mulai di bina sejak zaman Cina silam lagi iaitu sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 semasa zaman Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

2)Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 8,851.8 km dan merentasi beberapa negeri di China. Mari kita tutup mata dan fikir serta bayangkan. Berapa panjang 8,851.8 km tu? Ajaibkan?

3) Ramai tenaga petani telah di kerah untuk membina tembok besar dan ramai yang mati semasa membinanya. Oleh sebab itu ia juga digelar sebagai 'kubur terpanjang' di bumi.

4)Berita tentang kehebatan Great Wall telah tersebar luar dari China seawal 14 century lagi. Antara yang mula-mula sekali memperkatakan tentang Tembok Besar Cina ialah pedagang Arab.

5)Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.

6)Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu

7)Oleh kerana sangat panjangnya Tembok besar cina ni, maka ianya tidak hanya mempunyai satu pintu masuk sahaja, tetapi 9 pintu masuk. Anda boleh memilih untuk masuk melalui mana-mana pintu iaitu 
a)Juyongguan Pass (Juyong)
b)Badaling
c)Mutianyu
4)Simatai
5)Jinshaling
6)Gubeiko
7) Huanghuacheng
8)Jiankou
9)Water Pass (Shuiguan)

Dalam banyak-banyak pintu masuk ini, kami pilih Mutianyu Great Wall kerana di sini kami boleh naik cable car untuk ke atas dan turun melalui Tobbogan. Dengar kata, Great Wall Mutianyu tidak sesibuk Great Wall Badaling atau Juyongguan. Great Wall Mutianyu pun boleh tahan panjangnya ialah 2.5 kilometer, jadi kalau nak pergi dari hujung mula ke akhirnya mungkin memakan masa selama lebih sejam. Sempat juga kami menjengah-jengah kawasan sekitar semasa Mr Tour Guide sedang mendapatkan tiket kami.
Pintu masuk Mutianyu Great Wall

Papan tanda besar, menceritakan serba sedikit tentang Great Wall dan sejarahnya

Berhadapan dengan pintu masuk Great Wall ini banyak kedai-kedai menjual souvenir, tetapi kami tak beli pun sebab harganya agak mahal sedikit.

Dah selesai urusan pembelian iket, kami pun naik ke atas dengan menggunaan cable car. Ingatkan jauh, rupanya dekat je, tak sampai 10 minit dah sampai atas. Jadi bagi mereka yang tak mahu penat naik tangga tembok besar yang amat tinggi tu, boleh lah pilih laluan yang sama dengan kami ini, tapi kena berani naik cable car dan berani turun melalui tobbogan.


Budak kecik yang berani ni pun boleh naik...kita dewasa pun pasti lagi boleh.
Pokok berbunga yang cantik ini menyambut ketibaan kami sebaik sahaja sampai di atas..




Alhamdulillah, sejuta syukur akhirnya dapat menjejakkan kaki dan menyaksikan sendiri kehebatan akal dan tenaga manusia yang di kurniakan Allah s.w.t. Rasanya tidak perlu berkata apa-apa mengenai tembok besar ini, gambar sudah menyatakan segala..



Ada juga peminat dari negara lain yang terpegun menyaksikan kami bergambar.






Menahan sabar dukung budak berat ni semata-mata nak gambar cantik



Merentasi, menghayati, mengkagumi tembok besar ini sampaikan kepenatan kami hilang begitu sahaja. Tidak mampu diluahkan dengan kata-kata akan kekaguman terhadap keajaiban ciptaan manusia ini.

Perjalanan balik dalam van baru terasa letih. Sempat beli strawberi yang lazat dan manis di tengah jalan.

Bukan setakat indah khabar dari rupa. Strawberi ini memang lazat dan manis.

Berakhirnya trip hari ketiga kami di Beijig, pastinya membawa sekali memori manis tersemat di dalam hati.

Tidak sabar menunggu hari esok pula untuk menyaksikan sendiri Beijing yang unik ini. 


Nota: Entri Beijing ini bersambung dari entri tempoh hari


14 comments:

  1. Replies
    1. Best Alhamdulillah.. :-) Kalau ada rezeki pegila mlancong ke Beijing

      Delete
  2. salam kenal ;)
    nak pi satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal :-)

      InsyaAllah kalau ada rezeki satu hari nanti

      Delete
  3. Toboggan tu blh ke utk budak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh, tapi kena duduk atas orang dewasa

      Delete
  4. Ok ke pergi beijing? Dgr kata bnyk penipuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah so far kami pergi ok je :-)

      Delete
  5. salam.. kalau naik guna cable car ni.. ada tak org tempatan jual plat besi & cenderahati buluh boleh tulis nama kita..
    email saya norwahidayaakub@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norwahida,
      Maaf saya tak pasti sebab saya tidak beli barang-barang di situ and tidak perasan pulak...

      Delete
  6. Hai..bolwh tau tak kita melancong ke beijing guna agen travel apa ya..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambik travel agent yang memang dari China. Caousin sye yang tinggal di sana yg kenalkan

      Delete
    2. Saya ambik travel agent yang memang dari China. Caousin sye yang tinggal di sana yg kenalkan

      Delete