Commercial Break

Thursday, May 22, 2014

Tahap Kesihatan Jemaah Haji tahun ini akan di saring dengan teliti

Berikutan penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di Arab Saudi, visa umrah untuk 15,100 bakal jemaah umrah Malaysia masih menjadi tanda tanya. 

Dan kerana itu juga, Lembaga Tabung Haji (TH) kini membuat kajian lebih teliti terhadap tahap kesihatan mereka yang akan dipilih mengerjakan ibadah haji di Mekah pada tahun ini. Ia adalah untuk kebaikan jemaah haji.

Berita daripada Sinar Harian bertarikh 21 Mei 2014 adalah seperti di bawah:


KOTA BHARU - Lembaga Tabung Haji (TH) kini membuat kajian lebih teliti terhadap tahap kesihatan mereka yang akan dipilih mengerjakan ibadah haji di Makkah tahun ini berikutan penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di Arab Saudi.


Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan bakal jemaah haji mempunyai tahap kesihatan yang terbaik untuk menghindarkan mereka dijangkiti penyakit berkenaan.

"Tabung Haji mempunyai sistem saringan kesihatan terbaik untuk bakal jemaah, kita tengah kaji dengan teliti siapa yang hendak pergi mengerjakan haji, kita tidak nak jemaah pergi dan meninggal dunia di sana kerana masalah kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Membara Seminar Keusahawanan Peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Abdul Azeez berkata walaupun saringan kesihatan yang lebih ketat dilakukan, ia tidak menjejaskan kuota jemaah haji negara ini kerana terdapat lebih satu juta orang berada dalam senarai menunggu untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi kini berusaha dengan inisiatif yang proaktif dalam memantau dan mengawal penularan penyakit berkenaan agar keadaan kembali normal, katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu akur dengan peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi dalam menangani penularan penyakit berkenaan.

"Kita kena hormat undang-undang negara Arab Saudi, dia bukan tidak beri (mengerjakan umrah) tetapi dia minta tunggu sekejap dia hendak kemas kini dalam konteks kesihatan.

"Kita nak pergi, ejen pelancongan hendak orang pergi, tetapi kalau kita tahu tempat itu bahaya buat masa ini biar mereka selesaikan dahulu masalah itu, mereka tahu tahap dan kawal situasi tersebut," katanya.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya kepada Malaysia sebuah negara yang sentiasa dihormati malah disanjung dalam mengendalikan jemaah haji dan umrah.

Akhbar hari ini melaporkan agensi dan syarikat pelancongan yang menguruskan perkhidmatan umrah dijangka mengalami kerugian sekitar RM100 juta jika sejumlah 15,100 permohonan untuk mendapatkan visa umrah tidak diluluskan. - Bernama


Sumber:

No comments:

Post a Comment