Commercial Break

Tuesday, April 22, 2014

TIPS DAN PANDUAN MEMBAWA ANAK KECIL SEMASA UMRAH

Ramai diantara kita yang mengerjakan umrah bersama isteri dan anak-anak kecil. Berikut adalah beberapa contoh keperluan persiapan yang diperlukan bagi mereka yang akan membawa anak-anak kecil bersama :-

1. Pakaian siang, malam dan sweater. Juga socks dan tudung.

2. Ubat-ubatan seperti PCM, ubat batuk, selsema – Lebih kurang seminggu sebelum pergi, sebaiknya bawa anak-anak jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor untuk ubatan dan panduan menghadapi anak tidak sihat. InsyaAllah, doktor kan berpengalaman.

3. Buku-buku dan alat tulis. Ini penting untuk buatkan mereka leka ketika kita sedang menguruskan urusan kita di dalam hotel terutamanya.

4. Biskut, coklat, air kotak, gula-gula. Biskut itu penting nak makan sambil-sambil isi masa lapang semasa di airport, dalam bas, di masjid.

5. Topi untuk pakai semasa keluar (Jika perlu)

6. Bawa selipar/ sandal yang flat, senang nak pakai dan cabut.

7. Carrier untuk anak kecil dan juga backcarry.

8. Tisu basah. Ini penting juga. Selain itu, tisu biasa juga. Banyak kejadian memerlukan tisu basah dan kering ini terutamanya berada dalam bas untuk perjalanan jauh seperti dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa yang agak lama.

9. Termometer. Mungkin juga coolfever.

Sebaiknya sebelum pergi umrah, mulalah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah. Selalulah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah ni, nak naik aeroplane, nak pergi Mekah, nak tengok Kaabah, nak pergi solat kat masjidilharam dan lain-lain. Berilah mereka pendedahan awal dan clue awal mana kita nak pergi dan apa tujuan kita ke sana. Boleh juga tunjukkan kat anak-anak keadaan tempat yang akan mereka pergi nanti seperti cerita-cerita travelog umrah di TV alHijrah dan juga ketika azan berkumandang yang menyiarkan live Kaabah.

No comments:

Post a Comment