Commercial Break

Thursday, January 30, 2014

Cara Pengiraan Bonus Tabung Haji 2013

Berikut ialah cara pengiraan Bonus Tabung Haji 2013:

a) BONUS TAHUNAN TH (6.0%)
Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2013)/12 bulan ) x 6.0%

b) BONUS HAJI (2.0% - Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji)

- Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980)

Kiraan : Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2013) / 12 bulan) x 2.0%...

- Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM9,980)

Kiraan: RM9,980 x 2.0%

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-6207 1919

Sumber: Tabung Haji

Friday, January 24, 2014

Big Bad Wolf kembali lagi!


Bagi para peminat dan penggemar buku yang sudah pernah mengunjungi pesta buku murah ini, atau lebih di kenali sebagai ‘Big Bad Wolf’ pastinya tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk mengunjunginya setiap kali ianya di adakan.

Dan berita gembira pastinya, kerana Big Bad Wolf akan berlansung lagi dalam masa terdekat ini,butir-butirnya adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 – 23 Februari 2014
Masa: 9 am – 9 pm
Tempat: MIECC @ MINES

Tagline yang digunakan kali ini sangat menggamit “Everywhere alse prices are going up…but with the Wolf prices are going down, down, DOWN!!"

Daripada pengalaman peribadi, tagline itu sangat bertetapan kerana sememangnya buku-buku yang di jual di sini sangat murah!


Suasana di dalam BBW. Yang bestnya ia di bahagikan kepada beberapa bahagian, jadi sangat mudah nak mencari buku-buku tertentu

Ini buku-buku yang telah di jala oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sepertinya mahu membawa balik semua buku dalam BBW!



Sunday, January 19, 2014

Khasiat Grapeseed Oil kepada kesihatan dan kecantikan kulit (Awet Muda dengan Grapeseed oil)

Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk menghidu udara di bumi ini dan menikmati hidup bersama orang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kebaikan Grapeseed Oil sebab ari tuh dan janji kat page RANIA HOMEMADE SABUN. (https://www.facebook.com/pages/Rania-Homemade-Sabun/124119211069430) – Siap bagi link lagi..paham-paham jek la ekk :-p.

Anyway, janjiku pasti di tepati.

Antara kebaikan dan khasiat Grape Seed Oil kepada kecantikan kulit adalah seperti berikut:

1)Menghilangkan jerawat
Grapeseed Oil mengandungi linoleic acid, iaitu sejenis bahan yang dapat menguatkan sel-sel kulit dan sekaligus memperbaiki atau menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat. Selain itu ia mampu bertindak sebagai agen antioksida dan anti inflamasi.a

2)Menegangkankan kulit
Salah satu bahan utama yang terkandung di dalam Grape Seed Oil ialah Astringent.Astringent ialah sejenis bahan yang mengaktifkan sel-sel kulit seterusya menegangkanya.

3)Mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata ( under-eye circles)
Kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam Grape Seed Oil dapat menghilangkan kesan lingkaranhitam di bawah mata dalam jangka masa panjang, jika di gunakan selalu secara berterusan.

4) Pelembap (Moisturizer)
Grape Seed Oil sangat mudah meresap ke dalam kulit dan mengandngi komponen yang mampu melembapkan kulit secara semulajadi.

5)Mengurangkan kesan anti penuaan
Menurut kajian oleh University of Maryland Medical Center, bahan antioksida semulajadi yang terdapat di dalam  grapeseed oil sangat berkesan dalam mengurangkan kesan-kesan penuaan.Ia dapat mengurang dan melambatkan kedutan, dan garis-garis penuaan termasuklah memberi kelembapan yang sebenar. Selain itu ia mampu manganjalkan kulit dengan kolagen dan elastin semulajadi.


Jadi tak hairanlah dengan ini grapeseed oil adalah antara bahan utama yang banyak di gunakan dalam produk kecantikan dan kosmetik seperti pelembap bibir (lip balm), pelembap muka(muisturiser), sunblocks, losyen dan banyak lagi. Banyak sungguh kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam grapeseed oil ni kan??

Tuesday, January 14, 2014

Jadual Kursus Asas Haji 1435 H

Berdebar, resah, risau..itu mungkin antara perasaan yang bercampur baur selain dari gembira tentunya bagi mereka yang bakal menunaikan haji pada musim yang akan datang ini. 

Selain daripada berdoa memohon Allah memberi yang terbaik, pastikan anda hadir ke kursus-kursus yang telah di sediakan oleh Pihak Lembaga Tabung Haji dan juga banyak membaca cerita-cerita dan ilmu Haji. Jangan risau, yang baik pastinya mengiringi anda.

Untuk Jadual Kursus Asas Haji 1435 H, anda bolehlah rujuk link berikut untuk maklumat lanjut 


Untuk mengetahui cerita haji hari demi hari bagi mereka yang pernah menunaikan Haji, anda mungkin akan tertarik membaca mengenai pengalaman Haji ini. Ia bermula daripada episod ini, teruskan membaca bermula dari link di bawah ini