Commercial Break

Wednesday, October 23, 2013

Dua zikir yang mendatangkan rezeki

DUA zikir nama Allah ini, yang kalau kita amalkan dengan ikhlas dan kushuk InsyaAllah akan dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus serta setiap apa yang kita mahu akan diperkenan oleh-Nya. 

1. YA WAHHAAB
 Yang Maha Pemberi
 - Dizikir 300 kali sehari selepas solat fardhu dan 100 kali selepas solat tahajjud 3/7 malam berturut-turut. InsyaAllah setiap permohonan kita akan dimakbulkan. 

2. YA ROZZAAQ
 Yang Maha Pemberi Rezeki
 - Dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga dan dari arah yang tidak disangka-sangka!



Tuesday, October 22, 2013

Amalan ketika berwuduk

Banyak hikmah akan amalan berwuduk dalam Islam. Untuk menambah keberkatan dalam wuduk, ketika ambil wuduk niatkanlah dalam hati seperti ini:

1. Ketika berkumur:
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka:
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan:
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri:
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala:
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga:
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan:
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri:
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, tempat-tempat yang baik dan bukan tempat-tempat maksiat"