Commercial Break

Monday, July 1, 2013

Pertandingan fotografi Tabung Haji

Assalamualaikum wbt,

Anda banyak simpan gambar kenang-kenangan semasa melakukan ibadat Haji/Umrah? Ada khabar gembira untuk anda semua.. Apakata sertai pertandingan fotografi yang di anjurkan oleh Tabung Haji ini? Mana tahu ada rezeki menangi hadiah? Mari kita cuba!! 

Pertandingan fotografi yang bertemakan ‘Kenangan Abadi Tanah Suci’ ini di anjurkan oleh TH dan akhbar Harian Metro bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun TH dan akan berlangsung selama satu (1) bulan, bermula daripada 1 Julai sehingga 31 Julai 2013.


KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN IALAH:


1) ‘Memoir Silam Tanah Suci’
- Gambar lama (hitam putih) sebelum tahun 1970.
- Di dalam gambar perlu ada imej samada pengirim, ibubapa, datuk/nenek, saudara-mara atau kenalan si pengirim.

2) ‘Kenangan Tanah Suci’
- Gambar warna selepas tahun 1980
- Di dalam gambar perlu ada imej samada pengirim, ibubapa, datuk/nenek, saudara-mara atau kenalan si pengirim.

3) ‘Warna-warni Tanah Suci’
- Terbuka untuk kreativiti pengirim.
- Imej tidak hanya terhad kepada Landskap, Pemandangan, Bangunan, Aktiviti Ibadah Solat / Tawaf / Saie, Perniagaan, Potret, Kandid dan lain-lain.

Nak masuk pertandingan kenalah tahu hadiah kan? Hadiahnya adalah seperti berikut:

Tempat pertama Wang Tunai RM5,000-00
Tempat kedua Wang Tunai RM3,000-00
Tempat ketiga Wang Tunai RM1,000-00
10 x hadiah saguhati Wang Tunai RM 200-00 (setiap satu)
Jumlah Setiap Ketegori RM11,000-00 
Jumlah Keseluruhan Hadiah RM33,000-00

** Pihak penganjur pertandingan berhak meminda dan menukar hadiah tanpa syarat. 

Lagi sekali, jangan lupa tarikh TUTUP penyertaan ialah pada 31 JULAI 2013 dan sila gunakan borang asal yang boleh didapati di dalam suratkhabar Harian Metro (1 Julai 2013 - 31 Julai 2013). Untuk maklumat terma dan syarat pertandingan sila klik di sini
http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/pertandingan-fotografi

Jangan tunggu lagi..saya tahu anda semua memang banyak gambar yang menarik..hantarlah penyertaan anda sekarang! 

2 comments: