Commercial Break

Tuesday, July 16, 2013

Harga bilik hotel di Makkah jatuh sehingga 150%

Harga bilik hotel di Makkah jatuh sehingga 150%

16 Julai 2013

JEDDAH: Harga bilik hotel di Makkah telah melalui perubahan radikal dengan sesetengah bilik hotel mengalami penurunan sebanyak 150 peratus.

Hal ini disahkan ketua Jawatankuasa Hotel dan Pelancongan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Makkah, Encik Fahad Al-Wethyiani.

"Kami telah menyaksikan penurunan harga sebanyak 150 peratus bagi bilik hotel sekitar Masjidil Haram dan bilik suite yang ada pemandangan terus ke Kaabah," katanya, ditukil laporan Arab News.

Projek pembangunan di sekitar Masjidil Haram bermakna hotel-hotel besar dengan puluhan ribu bilik akan dibina dan hotel-hotel ini akan menetapkan harga sebenar bilik-bilik hotel di bandar suci itu.

"Tahun ini, tempahan bilik berkurangan 15 sehingga 20 peratus. Pelabur kini menawarkan bilik hotel dengan harga lebih rendah kepada pasaran tempatan untuk meningkatkan tempahan," kata Encik Al-Wethyiani.

Tambahnya, harga bilik hotel kini kembali rendah setelah bertahun-tahun, sambil menambah syarikat pelancongan luar negara dan wakil penyedia khidmat Haji berperanan besar dalam mencipta pasaran spekulasi harga bilik hotel.

"Sebelum ini, sebuah bilik suite dengan pemandangan terus ke Kaabah pada 10 hari terakhir Ramadan berharga 180,000 riyal Saudi ($60,712.36)," katanya.

Harga bilik serupa, tambahnya, kini turun kepada 70,000 riyal Saudi untuk tempahan sepanjang bulan dan ini melambangkan penurunan harga sebanyak 150 peratus.

Menurut Encik Al-Wethyiani, kekurangan jemaah tahun ini telah menyebabkan keuntungan menurun, namun secara peribadi beliau mengalu-alukan keputusan untuk mengurangkan jumlah jemaah.

Katanya, ia bukanlah isu peribadi kerana projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi akan memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruh dunia, selain sektor swasta kerajaan itu.

Kerajaan Arab Saudi sejauh ini telah membelanjakan 100 bilion riyal Saudi untuk membangunkan Makkah menjadi bandar moden dengan perkhidmatan yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan berjuta jemaah.

Pembangunan di kawasan sekitar Masjidil Haram telah sampai kemuncak dengan pelbagai projek pembinaan hotel dan bangunanbangunan lain.

Antara projek pembangunan yang dirancang ialah Jabal Omar, di mana dua hotel akan dibangunkan setiap enam bulan.

"Ini akan menyumbang kepada kestabilan harga dan mengehadkan spekulasi harga bilik hotel yang menyebabkan kenaikan harga seperti yang pernah dilihat sebelum ini," kata Encik Al-Wethyiani.

Hal ini turut diakui naib pengerusi Jawatankuasa Penasihat Suruhanjaya Pelancongan dan Barang- Barang Purba Arab Saudi, Encik Hafez Al-Juhani.

Menurutnya, sektor perhotelan menjangkakan kerugian tahun ini.

Hal itu, tambahnya, telah mencetuskan rancangan penyusunan semula dan pelan harga untuk menarik jemaah tempatan serta dari negara-negara Teluk Arab.

Hasil tinjauan yang dilakukan pada bulan Syaaban dan Ramadan, Encik Saad Al-Qurashi menganggarkan kerugian 450 juta riyal Saudi bagi tempoh dua bulan itu.

"Dijangka kerugian mencecah 700 juta riyal Saudi bagi musim haji tahun ini," katanya, namun menjelaskan angka itu bukan rasmi. - Agensi.

"Terdapat usaha menurunkan harga bilik hotel 20 hingga 50 peratus. Jumlah visa yang dikeluarkan telah dikurangkan daripada 1.5 juta kepada 500,000 kerana projek-projek pembangunan. Ini telah memaksa hotel menurunkan harga."

- Encik Hafez Al-Juhani, naib pengerusi Jawatankuasa Penasihat Suruhanjaya Pelancongan dan Barang-Barang Purba Arab Saudi.

Sumber: http://cyberita.asia1.com.sg/

No comments:

Post a Comment