Commercial Break

Wednesday, July 17, 2013

Haid di bulan Ramadhan - Pahalanya sama banyak dengan orang yang berpuasa?

"Alahai, period!! Wahh tensennya."


Saya rasa ramai kawan-kawan dan para wanita anggun di luar sana akan mengalami perasaan yang sama seperti saya apabila di datangi haidh di bulan Ramadhan yang mulia. Hati sudah berkobar-kobar untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Azam baru nak bertekad dan menjadikan Ramadhan ini adalah yang terbaik berbanding Ramadhan yang lepas. Siap ada prepare checklist - tak nak mengumpat, nak habiskan Quran satu kitab, nak sembahyang terawikh tiap-tiap malam, nak bangun solat Tahajjud, nak jaga pandangan mata, nak jadi isteri paling solehah etc.

Bila datang haid terasa angan-angan yang telah dibina musnah buat sementara, tambahan lagi nanti nak kena qada' lagi puasa di bulan lain. 

Tetapi tidak ramai dari kita yang sedar bahawa wanita yang di datangi haidh di bulan Ramadhan juga dapat pahala sama banyak dengan orang yang sedang berpuasa, malah mungkin lebih lagi dengan rahmat Allah s.w.t. 

Alhamdulillah, di takdirkan pagi tadi selepas sahur saya 'ter'menonton rancangan Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria di kaca tv. Ustazah ni bahasanya lemah lembut, tutur katanya enak di dengar. Wajahnya jernih, mekap pun tak tebal. Antara serba-sedikit intipati perkongsiannya mengenai fadhilat di datangi haidh di bulan Ramadhan ialah:

1) Membaca doa pada hari pertama di datangi haid.

Di riwayatkan daripada Saiyidina Aishah R.A, diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi


"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:

"Alhamdulillahi `Alaa Kulli Haalin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zanmbin"

Ertinya:

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Siratul Mustaqim dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.

Baca ayat di atas kemudian lanjutkan dengan berdoa dengan perasaan rendah diri, khusyuk, dan penuh harapan dan sungguh2 yang lainnya seperti memilih waktu yg doanya di makbul yaitu waktunya mustajab seperti setelah shalat, hari jumaat, bulan ramadhan, tengah malam. dan satu sepertiga malam.

MasyaAllah, baru kita tahu kan pahala dan rahmat yang boleh kita dapat walaupun haidh?

2) Semasa di datangi haidh, jangan resah walaupun tidak dapat bersolat terawkh kerana kita akan dapat pahala sembahyang terawikh apabila suami pergi menunaikan solat terawikh di Masjid sambil kita duduk di rumah menjaga anak-anak dan rumah tangga. Tingginya darjat seorang wanita ialah apabila rumahtangganya terjaga, aman dan bahagia. Lebih-lebih lagi jika seorang surirumah yang duduk di rumah, dia bukan sahaja dapat pahala kerana menjaga anak dan rumah tangga, malahan dia dapat pahala, sama dengan suaminya yang keluar bekerja mencari rezeki. MasyaAllah. Mulianya seorang isteri yang menjaga rumah tangga dengan sebaik-baiknya. The most honoroble proffesion. Dan adalah di ingatkan, pahala yang si isteri / ibu perolehi ialah apabila dia menguruskan rumahtangganya dengan baik dan sang suami redha akannya.

3)Tambahan, salah satu cara untuk mendapat pahala di bulan Ramadhan ialah, membasahi lidah dengan berzikir. Lagi pula, membaca AlQuran. Menurut ustazah, ada banyak mazhab berbeza pendapat mengenai wanita haid yang membaca Al Quran. Ada pendapat yang mengatakan tidak boleh. Ada pendapat yang mengatakan boleh dengan surah yang pendek, tetapi tidak boleh sentuh Al Quran itu. Dan Ustazah mengikut pendapat yang mengatakan boleh baca AlQuran dengan surah yang pendek, tetapi jangan di sentuh AlQuran itu.

Harapannya dengan perkongsian ini wanita di luar sana tidak mengeluh dan rasa bersyukur apabila di datangi haidh di bulan Ramadhan. Maha suci Allah, rahmatnya amat luas..bergantung kepada kita untuk memilih jalanNya..


3 comments:

  1. As salam,

    Terima kasih atas perkongsian. Memang tercari-cari doa semasa 1st day puasa ni masa tengok rancangan ustazah ni baru-baru ni.
    Cuma nak tambah sedikit. Menurut ustazah tersebut,beliau membaca al-Quran tapi surah yang pendek sahaja.
    Berkenaan amalan yang suami lakukan di bulan Ramadhan dan isteri mendapat pahala,hanya jika si isteri menguruskan rumahtangga dengan baik seperti menjaga anak,etc. Juga termasuklah bila si suami redha sahaja.Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Subahanallah,banyak manfaatnya.Terima kasih atas perkongsian yg menarik ini.Moga Allah memberkatimu :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, terima kasih akan feedback yang di beri. Saya telah tambah pegisian di dalam isi blog di bawah tajuk tersebut. Terima kasih tak terhingga

    ReplyDelete