Commercial Break

Friday, June 14, 2013

Vitamin Rasulullah s.a.w

Suatu hari, puteri kesayangan baginda Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada Rasulullah akan kepenatan, keletihan dan kepayahannya sehari-harian melakukan kerja rumah. Malahan sampai menunjukkan tangannya yang dulu licin dan putih bersih yang kini telah pudar mudanya, melecet dan kusam. 

Oleh kerana tidak tertahan, Fatimah r.a memohon bantuan Rasulullah s.a.w agar menyediakan seorang pembantu baginya.

Tiada ayah yang tidak sebak, tiada ayah yang tidak sedu melihat anak kesayangan mengadu susah. Tetapi Rasulullah s.a.w bukannya ayah biasa. Baginda kekasih Tuhan. Baginda manusia agung. Baginda manusia terpilih. Baginda insan yang amat mulia.

Baginda duduk di tengah-tengah di antara Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah r.a. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 34 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"  

Kepada tak kira siapa di luar sana yang merasa kepenatan dalam melaksanakan tugas-tugas seharian, mari kita sama-sama istiqamah dalam mengamalkan bacaan-bacaan ini sebelum tidur. Ianya rahsia yang menjadikan Saidina Ali seorang pemuda yang sentiasa bertenaga.. 

Words of Rasulullah is like a diamond in the sky :-)

No comments:

Post a Comment