Commercial Break

Thursday, June 27, 2013

Perkara yang mesti di lakukan oleh bakal-bakal Haji 1434 Hijriah

Masa belalu amat pantas, sedar tak sedar kita sudah menghampiri puasa. Dan selepas itu, pejam dan celik, akan tiba saat yang mendebarkan bagi bakal haji. Saya pernah melalui saat itu, dan percayalah, ia adalah saat yang tak mungkin akan di lupakan seakhir hayat ini.

Kepada bakal haji 1434 Hijriah, anda amat bertuah, bersyukurlah dan ucapkan tahniah pada diri anda sendiri. Anda akan melalui pengalaman yang amat manis sekali di tanah suci, Insya Allah. Pengalaman yang akan membuat anda tersenyum sendiri, walaupun ianya telah lama berlalu di telan masa. Pengalaman yang akan membuatkan anda mengalirkan air mata tanpa di tahan akibat rindu yang tidak tertanggung. Pengalaman yang akan membuatkan anda sebak di dada serta mahu mengalaminya walau berjuta kali. Pengalaman yang akan anda ulangi di kotak memori, tanpa pernah ada rasa jemu dan kesal walau sedikit.

Namun sebeum itu, banyak persediaan yang anda perlu lakukan. Jangan lupa, antara perkara wajib dan terpenting perlu anda lakukan ialah:-

1) menjalani pemeriksaan kesihatan,
2)membuat Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA)- Bakal Haji perlu menghantar Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) ke pejabat pengendali masing-masing untuk urusan penyediaan visa haji apabila diminta berbuat demikian. 

Pastikan anda melakukan semua perkara ini, selain daripada persediaan mental dan ilmu yang secukupnya sebelum menjejakkan kaki di tanah suci. Kepada para bakal-bakal Haji tahun 1434 Hijiriah kirimkan salam saya kepada Rasulullah s.a.w, dan doakan saya agar dapat menjejakkan kaki di sana lagi. Sobs..sobs


No comments:

Post a Comment