Commercial Break

Thursday, May 2, 2013

Pendaftaran Badal Haji 1434 H

Untuk makluman semua. 
Pada 8 Mei 2013 (28 Jamadil Akhir 1434H) bermula jam 9:00 pagi, Tabung Haji akan melaksanakan pendaftaran Badal Haji bagi musim haji 1434H.  

Bagi yang berminat, anda boleh hadir sendiri ke mana-mana kaunter TH dengan membawa myKad dan Buku Akaun Simpanan TH masing-masing. 


Anda boleh mendapatkan borang Permohonan Pelaksanaan Badal Haji dan Umrah HB/1 di cawangan TH tersebut. Dan syaratnya ialah pemohon hendaklah terdiri daripada pendeposit TH. 

Harga pelaksanaan Badal Haji 1434H ini adalah RM2500 bagi 1 permohonan. Bayaran akan ditolak dari akaun TH pemohon. 


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi, Tabung Haji Contact Center di talian 03 6207 1919.


Nota: Badal Haji ini akan di laksanakan oleh penduduk asal Mekah yang terdiri daripada bangsa Melayu, Pattani atau Indonesia. Mereka ini dipilih setelah berjaya melalui temuduga oleh pihak Tabung Haji.


Sumber: Tabung Haji

No comments: