Commercial Break

Monday, April 1, 2013

Petua dan Tips anak cemerlang dan hebat

Mari kita amalkan...saya, dan kalian. Ia amalan ibu bapa hebat, semoga masyarakat kita akan lebih hebat, cemerlang dan terbilang.


1) Banyakkan berdoa dan berzikir semasa mengandung. Doa dan mohon bersungguh agar Allah anugerahkan anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. Percayalah, anak adalah dibentuk sejak di dalam kandungan lagi.

2) Banyakkan berdoa semasa membesarkan anak-anak. Sentiasa mohon agar anak menjadi yang terbaik dunia dan akhirat.

3) Amalkan memberi belaian kasih sayang, didikan yang baik dan motivasi berbanding menakut-nakutkan anak. Sebagai contoh menakutkan atau menggugut anak-anak dengan hantu dan tempat gelap. Ia menjadi kebiasaaan orang kita menggugut anak seperti ini sebab nak suruh anak kita mendengar kata. Sebaik-baiknya beri motivasi kepada anak agar menjadi berani. Beri contoh orang yang berani kepada mereka.Mari kita cuba dan lihat hasilnya..

4) Tegas dalam mendidik anak-anak. Beri mereka belaian kasih sayang, manjakan mereka tetapi di samping itu kena tegas dalam mendidik mereka. Contohnya sekiranya anak membeli permainan baru di kedai, sekiranya kita katakan tidak maka kita kena tegas dengan kata-kata kita itu walaupun hasilnya anak akan melolong atau meraung. Sebab sekiranya kita kalah dengan laungan mereka, maka mereka akan menggunakan taktik yang sama untuk membuat kita mengikut cakap mereka di masa hadapan.

5) Tegur anak secara positif. Jangan sesekali keluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak terutama ketika marah. 

6)Memberi didikan seimbang antara jasmani, rohani dan minda. Anak-anak tidak boleh di paksa mengadap buku sahaja 24 jam. Mereka harus di galakkan untuk bermain dan bersenam. Ia penting untuk kesihatan fizikal dan seterusnya mental.

7) Sentiasa memeluk dan mencium anak-anak. Mereka akan rasa di sayangi dan di kasihi.

8)Pastikan rumah sentiasa kemas, berikan contoh terbaik kepada anak-anak agar anak-anak tidak menjadi pemalas dan pengotor.

9) Sentiasa menghidupan sunnah nabi di rumah. Pelajarilah kehidupan nabi dan amalkannya di rumah. Contoh yang paling sennag ialah memberi salam.

10) Menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak kerana dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11) Sentiasa mendedahkan anak dengan model yang cemerlang contohnya dengan Rasulullah s.a.w

12) Jangan sesekali bertengkar di depan anak-anak. Kalau nak bertengkar sila jauh-jauh dulu ya. Pertengkaran akan menyebabkan anak-anak tertekan.


13) Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah. TIdak kira sahabat atau pun sahabat anak-anak, kalau boleh jauhkan mereka dari contoh-contoh yang tidak baik ini. Anak yang sedang membesar amat mudah terpengaruh dengan sebarang anasir.

14) Sentiasa mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di rumah samada dari TV ataupun video contohnya jauhkan dari rancangan yang memaparkan pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 

15) Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

16) Jangan bandingkan anak-anak dengan anak lain atau anak orang lain.

1 comment: