Commercial Break

Tuesday, February 5, 2013

Ben Thanh market


Oleh kerana trip kali ini adalah bersama-sama kaki kaki shopping, maka setelah berehat sebentar ala-ala kadar je kat hotel, kami tanpa berlegah-lengah lagi segera mengangkat kaki menuju ke...jeng jeng jeng apa lagi Ben Thanh Market!! Wah excited dan bertenaga sekali berjalan ke Ben Thanh market. Hilang penat lelah tak tidur semalam. Sebenarnya kalau ke Ho Chi Minh city, adalah tidak lengkap sekiranya anda tidak ke  Ben Thanh market ini kerana di sinilah terdapatnya segala barang-barang made in Vietnam yang sangat murah seperti kain cotton, Vietnam silk, kraftangan, baju sulam siap, dan banyak lagi. Hasil kerja tangan mereka memang no 1.

Ben Thanh Market adalah antara destinasi yang paling popular di Vietnam untuk mereka yang tujuannya datang ke Vietnam untuk membeli belah a.k.a shopping sakan.

Untuk ke Ben Thanh Market daripada hotel, kami hanya perlu berjalan beberapa meter sahaja.

Boleh tahan sesak di sini..jalanraya di Vietnam 90% adalah di kuasai oleh motosikal.




Tengok tu..merata-rata motor..



Nak melintas jalan di Vietnam sangat mencabar. Trafik light tidak lansung di gunakan. Kenderaan bergerak sesuka hati. Bunyi hon bising di sana sini. Tips nak melintas jalan? Jalan terus, dan melintas.. jangan takut-takut atau terhenti-henti. Jangan pandang kiri kanan macam yang kita belajar waktu sekolah. Sebab kat sini bila kita melintas mereka gerenti berhenti atau memperlahankan kenderaan. Anyway apa-apa pun ingat Allah, baca Bismillah and Tawakal kepada Allah.

Sedang melalui lorong untuk ke Ben Thanh Market..tiba-tiba terpandang satu bangunan yang mirip sangat dengan Menara TM (Telekom) di Pantai Baru. Wah kenapa ia berada di sini? Sangat-sangat sama.



Dan akhirnya kami tiba di hadapan Ben Thanh market.




Peta Ben Thanh market.









Antara barang-barang yang di jual di Ben Thanh market:


         
























Di sini saya nak berkongsi tips-tips untuk bershopping di Ben Thanh market.

Tips 1 : Sentiasa menjaga dan berhati-hati dengan barangan dan juga beg tangan anda. Sebab lorong-lorong di dalam Ben Thanh Market ini sangat sempit dan sesak. Kita mungkin tidak perasan sekiranya ada penyeluk saku berdekatan.

Tips 2: Pakai baju yang ringan dan sejuk. Jangan pakai baju tebal. Dalam Ben Thanh Market ni keadaannya agak panas kerana tiada tingkap dan keadaan pengudaraan yang agak lemah. Kalau boleh sentiasa bawa sebotol air mineral untuk di minum apabila haus.

Tips 3: Kedai-kedai kat dalam ni teramatlah banyak, bentuk dan rupanya lebih kurang sama. Sekiranya anda ada berkenan dengan satu-satu barang, tetapi masih ingin melihat perbandingan harga dengan kedai yang lain, jangan lupa lokasi kedai dan nombor kedai. Jadi kita boleh patah balik ke kedai yang dipilih selepas membuat perbandingan.

Tips 4: Penjual di sini, terutamanya wanita mempamerkan cara yang sangat unik untuk menarik pelanggan. Mereka akan menyentuh, menarik tangan dan menarik baju kita ke arah kedai mereka sambil berkata, "Kakak, sini murah." " Kakak cari apa?" (Jangan tak percaya mereka ni dah tahu beberapa patah perkataan melayu kerana ramainya Orang Malaysia datan ke sini.) Jangan ambil hati dengan perbuatan mereka. Ini kerana mereka tidak berniat untuk menyakiti kita. Cara seperti ini adalah budaya mereka, jadi jangan marah atau tersinggung. 


Tips 5: Sekiranya anda inginkan harga yang paling murah, pergi ke kedai sebelum pukul 8 pagi, kalau boleh jadi orang pertama yang menjejakkan kaki di kedai kerana kebiasaannya barang yang di jual di waktu pagi adalah murah dari waktu biasa. Mereka percaya, jualan murah di pagi hari akan membawa banyak rezeki di sepanjang hari.


Tips 6: Pekedai di Ben Thanh Market menerima duit bukan sahaja dalam matawang Vietnam Dong (VND), malah mereka juga menerima sekiranya kita membayar dengan USD dan MYR. Ada barang yang lebih murah di jual melalui USD dan ada juga sebaliknya. Tetapi untuk pengangkutan atau kemasukan ke tempat-tempat bersejarah, hanya VND yang diterima.



Tips 7: Barangan biasanya di jual 3 kali ganda lebih mahal daripada harga normal. Samada anda pergi ke beberapa kedai untuk membuat perbandingan atau sasarkan sahaja satu kedai dan tawar, tawar, dan tawar. Sekiranya anda tidak dapat menawar harga yang di inginkan, cuba berlalu pergi. Ada kemungkinan pekedai akan menarik tangan anda dan terus setuju dengan harga yang ditawarkan. Tetapi sekiranya pekedai hanya membiarkan anda berlalu, maksudnya harga yang ditawarkan itu tidak masuk akal dan terlalu murah.




Ben Thanh Night Market



Pasar malam Ben Thanh atau Ben Thanh Night Market, terletak di lorong bersebelahan Ben Thanh Market. Ia dibuka setiap hari dari pukul 5 petang sehingga 12 malam. Barang-barang yang di jual disini lebih kurang sama dengan sesetengah barang yang dijual di Ben Thanh Market, dengan harga yang lebih murah sedikit.  Pasar malam ini tidak kurang meriahnya seperti di Ben Thanh Market.


Anda mahu tahu pengalaman dari hari pertama lagi tentang Vietnam? Sila klik disini http://ijaie.blogspot.com/2012/11/vietnam-kudatang.html

Anda mahu tahu lagi banyak info tentang Vietnam atau Ho Chhin Minh? Semua info ada di sini http://ijaie.blogspot.com/search/label/Vietnam



2 comments:

  1. kedai di Ban Thant Market ni dibuka dari pukul berapa?

    Di mana selalunya hotel yang selalu jadi tempat penginapan orang dari Malaysia?

    ReplyDelete
  2. Maaf, lewat skit jawab :-).. Ben Thant market semasa saya pergi seawall 8 pagi sudah buka, tetapi sekaang tidak pasti pula.
    Manakala mengenai hotel pula, Tan Hai Long, hotel yang saya duduki tidak ramai Malaysian yang duduk, tetapi seorang kawan ernah memberitahu hote yang didudukinya ramai Melayu. InsyaAllah saya cuba mendapatkan maklumat tersebut dari kawan.

    ReplyDelete