Commercial Break

Friday, December 21, 2012

Makmal Analisis Halal Malaysia Akan Dibina Di Bandar Enstek Nilai


Makmal analisis halal JAKIM yang sedang dibina di Bandar Enstek, Nilai akan mengukuhkan peranan JAKIM dalam pensijilan halal Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom sempena perasmian majlis pecah tanah makmal tersebut.
Beliau berkata makmal itu kelak akan menjadi pusat hentian setempat kepada industri penyelidikan dan pensijilan halal dunia memandangkan kelengkapan yang dimiliki makmal itu. Ia akan turut memberi faedah besar kepada ekonomi negara menerusi pensijilan halal Malaysia yang telah diiktiraf seluruh dunia dan secara tidak langsung mengangkat imej Malaysia sebagai peneraju utama pensijilan halal.

Projek pembinaan makmal analisis halal ini telah diluluskan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dengan peruntukan kos projek sebanyak RM 49.7 juta dengan siling bagi tahun 2011 hingga 2013 sebanyak RM 27.5 juta.

Makmal ini merupakan fasa pertama daripada keseluruhan projek Institut Halal Malaysia yang dijangka boleh diduduki mulai Ogos 2014 dan dijangka boleh beroperasi sepenuhnya secara rasmi mulai Januari 2015. Sepanjang tahun 2014, makmal ini akan menjalani ujian percubaan peralatan bagi memastikan kesediaan untuk menerima sampel bermula Januari 2015.
Projek ini akan dibangunkan di atas tapak seluas 6.18 ekar (luas tapak keseluruhan ialah 45.5 ekar /18.4 hektar) dengan konsep rekabentuk dan pelan susunatur yang telah dimurnikan dalam Makmal Pengurusan Nilai (VM). Bangunan makmal akan terdiri dari 3 Seksyen Makmal, 2 Unit Pengurusan dan bangunan sokongan. Tiga (3) Seksyen Makmal adalah seperti berikut:
a. Makmal Kimia:
i. Unit fiber, kulit dan bulu
ii. Unit alkohol
iii. Unit protein dan gelatin
iv. Unit lemak dan minyak
v. Unit aditif
b. Makmal Bioteknologi:
i. Unit Pengspesisan Daging
ii. Unit Genetic Modified Organism (GMO)
c. Makmal Mikrobiologi:
i. Unit Patogen
ii. Unit Standard (hygiene)
Manakala Seksyen Pengurusan terdiri dari yang berikut :-
a. Unit Pentadbiran Makmal
b. Unit Kualiti (menyelaras pematuhan akreditasi dan dokumentasi)
Kewujudan makmal tersebut juga secara tidak langsung diyakini dapat mempercepatkan tempoh proses permohonan sijil halal sedia ada yang memakan masa selama 30 hari.

17 Disember 2012
SUmber: Website JAKIM

No comments:

Post a Comment